[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon City Tour (Seonamsa Temple)
00:42
Dari Naganeupsong Folk Village, kami bergerak ke pit stop terakhir dalam city tour Suncheon ni iaitu Seonamsa Temple. Perjalanan ambil masa dalam sejam juga so sempat la layan mata sekejap.
Seonamsa Temple
Seonamsa Temple ini famous sebab ini antara Buddhist temple yang lama di Korea.
Macam kebanyakan Buddhist temple lain dekat Korea ni, Seonamsa ni pon terletak jauh ke dalam hutan.
Dari entrance pintu masuk utama dia kena jalan sejauh 1km untuk sampai ke main ground temple complex ni.
Seonamsa Temple ni terletak dekat belah barat Mt. Jogye. Area Mt. Jogye ni luas sangat, kalau hiking dari hujung ke hujung mau ambil masa sehari. |
Tenang sangat trek nak masuk ke Seonamsa ni, pokok-pokok semua rendang sahaja |
Papan tanda Jogyesan Seonamsa |
Ramai juga orang Korea yang datang ke sini dan kebanyakannya perempuan. Buat saya tertanya adakah Seonamsa ini temple untuk minta cari jodoh? |
Landmark paling famous dekat Seonamsa Temple ni adalah bridge yang dari celah arch dia boleh nampak part of Seonamsa Temple. Saya ingatkan nak turun bawah dan ambil gambar macam dalam Google Image ni tapi dilarang Tour Guide sebab baru lepas hujan jadi kawasan licin.
Bridge yang famous tu di sebalik pokok-pokok |
Berpuas hati jelah dengan gambar ni >.< |
Selepas berjalan 1km, barulah kami sampai ke pintu gerbang Seonamsa Temple |
Salah satu temple dalam Seonamsa ni |
Ada upacara tengah berlangsung masa ni jadi kami tak dapat nak masuk dalam temple |
Saya rasa ramai yang suka warna temple dekat Korea ni kan? Mula-mula pergi Korea dulu saya tak suka sebab saya rasa warna warni sangat, tapi bila dah lama-lama ni rasa cantik pula... |
Pokok yang berusia 600 tahun |
Tandas yang dah berusia beratus-ratus tahun |
Tandas ni katanya ada pengaliran udara yang baik untuk zaman dia, yang mana bau-bau yang tak sedap tu semua naturally flow out... Tapi masa saya pergi ni tandas dia agak berbau orz
Bye bye Seonamsa Temple! |
Dari Seonamsa Temple, Tour Guide kami bawa lalu kot tengah hutan kecil, ada daki sikit-sikit.
Lepas berpeluh-peluh dalam 15 minit camtu kami sampai ke Suncheon Wild Tea House.
Sampai-sampai tu kami dibawa ke seat yang berbalkoni so dapatlah angin sikit.
Lepas duduk sekejap ada pekerja yang datang explain pasal wild tea ni.
Dia memang 100% cakap Korea je satu apa pon saya tak faham. Masa ni pon memang dah penat jadi saya tak fokus dah.
Oh! Nak minum teh Korea ni juga ada tertib dia macam minum teh Cina atau Jepun- kena basuh cawan dengan air panas dulu, tuangan pertama tu tak diminum dan serve orang yang paling tua/dihormati dulu.
Suncheon Wild Tea House |
Permandangan dari balkoni tempat kami duduk |
Kami lama juga lah di sini, Tour Guide kami pon macam dah semput hehe
Untuk balik ke bas, menapak balik trek 1 km tadi.
Dalam bas, memang semua lentok habis. Sedar-sedar je dah sampai depan Suncheon Station balik.
Masa ni dah pukul 5.30 ptg jadi saya just pusing-pusing cari tempat makan tapi tak jumpa yang meyakinkan so last-last saya balik hostel dan terus pengsan tidur.
Trip saya di Suncheon sampai di sini, esoknya saya akan ke Boseong pula.
Sebagai penutup, saya letak gambar favourite saya di Suncheon- trek nak ke Seonamsa ni.
Saya rasa trek ni cantik sangat dengan pokok rendang-rendang ni Pastu terfikir dah berapa tahun agaknya pokok-pokok ni kan |
13 comments
One good thing pasal ikut tour ialah dpt tido dlm bas in between tempat2 yg nak dituju.
ReplyDeleteYg itu heaven sgt pada saya.. sbb kalau gerak sendiri kena alert 100%
(Hergh rojak buah nya bahasa ku huhhu)
Setuju tang tido tu, dapat rehat dan tak payah fikir bila nak kena turun bila nak kena tekan loceng.
Delete(Hee itu kan kelebihan orang Malaysia, boleh cakap rojak :D)
jalan sejauh 1 km? jauh jgk tu kalau sejuk x de hal kan.. temple utk doa cepat dapat jodoh? heheeh...
ReplyDeletekalau letih mmg lena lah tido....best plak trip ni rasa cam nak try lah ke sini
Jalan dia banyak pokok kiri kanan tu so tak adalah rasa panas sangat.
DeleteSilalah ke Suncheon nanti kak JM, banyak tempat best dekat sana. Kak JM bila next trip ke Korea ni?
Aik sori kak JM, saya terdelete pulak reply saya dekat akak.
DeleteSilalah pergi sini kak JM, saya sangat recommend Suncheon ni!
Kay, sya pun ada google gambar bridge ty.syang kan takdpt nk turun..yg hiking dari hujung ke hujung tu mnarik tak agak2 nya viewnya
ReplyDeleteKalau tak ada tour guide tu saya redah je hehe Tapi fikir saya ni bawah tanggungjawab dia masa tu, kalau tergelincir ke jatuh ke menyusahkan dia pula jadi sabar je la :(
DeleteSaya rasa menarik tau, sebab boleh sampai ke lagi satu temple yang famous tu, Songgwangsa. Zilla cuba refer link bwh ni:-
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=815441 <- ada list course hiking
http://shomuni.blogspot.my/2008/03/buddhist-temples.html <- blog orang yang penah buat hiking
Tak pon Zilla google "Jogyesan hiking", saya tengok banyak juga blog pasal ni.
salam singgah :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah!
Deleteknpe dolce tu? pakai perfume dolce gabbana ke? :p
ReplyDeleteHaha taklah, saya suka makan benda manis, jadi letaklah dolce tu.
DeleteDolce tu maksudnya sweet dalam bahasa Itali/Sepanyol/Latin :D
Ikut tour best nye sebab dapat tidur in between. Xde istilah terlajak stop hahaha. Tapi tu jelah time limited untuk explore sendiri. Google image tu lawa lah Kay. Xde rezeki betul nak dapat untuk simpanan sendiri kan.
ReplyDeleteHihi betul tu, tak payah pikir banyak-banyak, ikut je. Kadang-kadang saya suka ikut bus tour ni, boleh rehat dan ikutttt je :D
DeleteBie sila revenge ambil gambar bridge tu untuk saya kalau pergi Seonamsa Temple ni ya!