[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Daehan Dawon Green Tea Plantation, Boseong
00:15
Hari ketiga di South Korea- 06 Jun. Juga hari terakhir saya di Suncheon.
Rasa sedih pula nak tinggalkan Suncheon selepas jumpa orang-orang yang peramah dan tak lokek menolong.
Sebelum bergerak, saya bungkus 2 stick Old Town White Coffee dan maggi kari, kemudian gantung dekat kedai ahjusshi yang banyak tolong saya hari pertama hari tu. Itu sahaja saya mampu tinggalkan sebagai ucap terima kasih.
Dari depan Suncheon Station, saya ambil bas ke Suncheon Bus Terminal. Bas no berapa tu saya dah lupa sebab ada ahjumma yang tolong lepas saya cakap saya nak ke bus terminal. Naik bas kurang 10 minit, dan sebenarnya kalau jalan kaki dalam 20 minit je.
Suncheon Station yang agak moden |
Suncheon Bus Terminal ni bukan letak tepi jalan, jadi masa turun bus tu saya agak confused ke mana nak pergi. Rupanya dari hentian bas tu, kena pusing belakang dan masuk satu jalan ke dalam.
Terminal adalah bangunan yang ada bumbung hijau-hijau macam dalam gambar bawah ni.
Masuk-masuk je ke terminal, saya terus ke kaunter tiket dan beli tiket ke Boseong.
Adik kaunter tu cakap bas akan berlepas dalam masa 10 minit jadi dia pesan suruh saya naik bas terus sebab bas dekat Korea ni tak akan tunggu orang.
Anak panah merah tu tunjuk Suncheon Bus Terminal |
Bus ke Boseong sudah menunggu di pintu 9 |
Harga tiket dari Suncheon ke Boseong berharga KRW6,300 |
Saya ingatkan bas saya ni adalah bas direct, rupanya bas henti-henti.
Banyak lalu atas highway tapi ada juga masuk kampung-kampung.
Kebanyakan yang naik bas sekali dengan saya adalah warga emas, agaknya orang muda ramai yang dah berhijrah ke kota-kota besar.
Dalam sejam perjalanan, bas sampai di Boseong iaitu hentian terakhir.
Stesen bas Boseong ni sangat kecil dan tak ada apa-apa, kaunter tiket hanya ada satu dan pekerjanya langsung tak boleh cakap bahasa Inggeris.
Nasib baiklah saya ada print nama-nama tempat dalam Hangul jadi main tunjuk-tunjuk sajalah.
Saya asalnya nak tanya pasal bas ke Seoul dekat kaunter supaya nanti senang nak budget masa kan.
Sekali adik kaunter tu ternampak kertas saya tulis green tea plantation, terus dia gelabah bagitau saya yang bas ke plantation tu akan berlepas dalam masa 3 minit. Bas dari terminal ni ada satu dalam sejam je, jadi kalau terlepas memang akan terpaksa melangut dekat situ. Apalagi, terus saya ke tempat naik bas, nasib baik bas belum gerak!
Dari Boseong bus terminal ke tea plantation tambangnya saya bayar pakai T-Money tapi kalau tak silap dalam KRW1,200. Bas ni pon bas henti-henti jadi sila alert dengan sekeliling. Tengah jalan akan nampak dia tulis "Boseong Plantation" dan bas akan berhenti area situ. Perjalanan dalam 20 minit jugalah.
Boseong Intercity Bus Terminal |
Bas berhenti di middle of nowhere |
Dari hentian bas, kena jalan ke atas sikit dan barulah nampak pine trees yang ditanam sepanjang menghala ke pintu masuk plantation yang saya nak pergi iaitu Daehan Dawon. Dekat Boseing ini banyak plantation lain tapi saya ke Daehan Dawon sebab ini yang paling besar dan tersusun.
Tengah jalan-jalan tu, ada satu kawasan kecil yang ada pokok teh sikit-sikit, tapi dah sangat cantik! Makin excited saya nak masuk dalam!
Agak was-was masa ni, betulkah ini jalannya? |
Dekat Korea banyak metasequoia tree macam ni kan? |
Kawasan ladang teh yang kecil tapi sangat cantik! |
Lepas jalan lebih kurang 10 minit akhirnya sampai di pintu masuk dia. Sebelum pintu masuk itu ada deretan kedai-kedai jual makanan dan minuman berasaskan green tea.
Tiket masuk berharga KRW4,000.
Di sebelah kaunter tiket ada rak untuk letak barang jadi saya tinggalkan bagpack saya di situ.
Dapat brochure dan tiket simpan beg |
Inilah kaunter tiket dan rak tinggal barangnya |
Lepas masuk dalam, kena jalan sikit lagi untuk sampai ke area pokok-pokok teh.
Sekali dah sampai, tergamam sekejap tengok tingginya tangga ke atas. Ada banyak peringkat tapi puncak dia agak tinggi lah. Ada dalam setengah jam juga saya mendaki. Saya just pusing slow-slow sambil ambil angin (dan ambil nafas sebenarnya :D )
Permulaan tangga untuk ke atas |
Mula-mula agak kecewa tengok pemandangan ni sebab ada rompong-rompong putih tu |
Sekali bila naik ke atas lagi, pokok-pokok kat atas ni semuanya hijauuuu |
Cantik dan tersusun saja. Rasa tenang (dan dahaga plak) tengok hijau-hijau ni |
Saya sambung mendaki ke atas lagi sebab tengok semua orang ke sini |
Pemandangan di tengah-tengah route. Cantik sangat, saya suka! |
Selepas berpeluh-peluh akhirnya sampai juga saya ke punchak! Wee! |
Sebenarnya nak sampai ke puncak tu agak sengsara, tangga dia memang makin curam dan tak ada tempat pegang yang solid. Kalau tergolek, memang bye-bye lah.
Nak turun tu, saya tak nak dah lalu route sama jadi ambil route belakang ingatkan senang. Sekali, sama je! Lagi mencabar adalah, siap kena lalu dalam anak sungai lagi.
Pemandangan terakhir dari punchak bukit. |
Route belakang untuk turun. Mula-mula masih bertenang dengan pokok pine cantik kiri kanan. |
Ini adalah separuh dari route belakang ni. Tak sangka memang hutan betul jalannya. |
Ada banyak sungai-sungai kecil macam ni. Saya sempat rasa air dia, sejuk amat! Rasa lega bila buat basuh muka yang berminyak amat. |
Selepas berjaya sampai bawah, rasa tak puas menjamu mata lagi jadi saya patah balik ke area tea plantation. Pusing-pusing 2, 3 round sampailah tengah hari.
Syukur sangat hari tu langit biru dan tak hujan |
Berhenti sekejap makan roti sambil tengok orang-orang Korea datang piknik dengam family. Kebetulan hari saya pergi ni adalah public holiday jadi ramailah orang Korea |
Rasa nak golek-golek je atas pokok-pokok ni! |
Makin tengahari makin ramai orang Korea datang, jadi suasana pun jadi meriah. Jadi kalau tak suka sendat-sendat, saya cadangkan ke Boseong ni pagi-pagi masa orang tak ramai sangat. Best bergambar dan tenangkan fikiran.
Memikirkan saya nak ke Seoul hari ni, saya gerak ke Boseong bus terminal.
Tapi mestilah makan green tea ice cream dulu kan! Ice cream dia sedap sangat, bau dan rasa green tea tu memang pekat... Sampai sekarang pon teringat hehe!
Gerai green tea ice cream |
Dari green tea plantation ni nak balik ke Boseong bus terminal, kena lintas highway untuk ke jalan seberang. Bas hanya datang 1-2 kali sejam, jadi pandai-pandai budget timing.
Masa saya tengah tunggu bas, kebetulan ada couple Korea ni nak ke Boseong juga jadi mereka ajak saya share taxi. Kami dicharge KRW10,000 so tak adalah mahal sangat.
Cerita dari Boseong ke Seoul akan bersambung nanti :D
10 comments
wpun tak berhajat nak singgah ke ladang teh tu tapi entry ne membantu..skurangnya saya dah ada gambaran utk terminal bas tu...
ReplyDeleteladang teh tu mmg cantik..saya baca kalau time winter derang siap buat light festival di sini...
maaflah saya tak ada banyak gambar dalam terminal bus tu, asyik terkejar bas sahaja tak sempat nak petik kamera...
Deleteaah memang cantik tau! bau pon sedap, bau green tea hehe asyik lapar je bila pusing-pusing situ
eehh takpe kay..ini pun dah sgt membantu sebenarnya..saya pun kalau dah terkejar mmg tak akan ingat dah pasal kamera hehehe
DeleteInsyaAllah kalau ada rezeki teringin gak nak singgah ladang teh ini..mgkn trip yang akan datang pulalah kot *entah bilalah tu huhuhu
ada plan nak ke Korea lagi ke?! saya nak ikut boleh? *sila jangan masukkan hardcore hiking hehe
Deletechantek gmbr koreanyerr ;p
ReplyDeleteTerima kasih. Memang kawasan cantik, siapa-siapa ambil gambar pon akan jadi cantik juga :D
DeleteMesti puas hati dpt tgk kebun teh saujana mata memandang. Suka berdiri antara pokok2 teh tu. Tp my experience last time di kebun teh ranau sabah..cuacanya panas menyengat. Jd fefeeling nya kureng huhu. Apapun penyudahnya makan green tea ice cream tu mmg terbaik..terasa2 jgk kat tekak ni hehe
ReplyDeletePuas hati sangat hihi Saya pon pegi pagi-pagi, sebab takut panas kalau dah tengahari (puteri lilin lah sangat kan). Green tea ice cream tu memang sedap, tapi pada saya tak sesedap yang dekat Kyoto punya.
DeleteEntry yang saya tunggu2!!! Lambat sikit dapat baca. Lawa sangat lah Kay. Kalau buat photoshoot ala Hindustan pun best. Wonder how it looks like during autumn.
ReplyDeletePhotoshoot ala Hindustan... mesti cantik! Kalau OOTD lagi cuns kan! Bie buatlah, saya pemalu nak bergambar.
DeleteAutumn mesti cun, pokok-pokok pines semua tu warna kuning jeeee. Ah, jangan tempt saya untuk repeat hahaha