[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon City Tour (Deep Rooted Tree Museum)

18:37


Selepas lunch sekejap, saya gerak ke destinasi kami seterusnya:- Deep Rooted Tree Musem.

Deep Rooted Tree Museum

Muzium ni letak dia betul-betul sebelah Nagan Village ni.
Muzium ni terbahagi kepada 2:- satu bahagian dalam bangunan dan satu lagi hanok dekat luar.

Dalam muzium ni tersimpan collection oleh Han Chang-gi iaitu seorang editor yang dilahirkan di Suncheon. Saya tak sure semua collection tu milik Han Changi-gi ni ke tak sebab banyak artifak yang rare. Dalam muzium ni tak boleh ambil gambar jadi kami just pusing tengok-tengok je.
(Ada pekerja muzium yang ikut dan tolong explain, tapi dia cakap laju sangat so saya terus putus asa nak dengar.)


Lepas round dekat dalam, kami dibawa tengok hanok dekat luar pula.
Hanok dekat muzium ni adalah hanok tradisi yang ada 8 bahagian- ada main house, house untuk ibu bapa, house untuk warga tua, dapur etc (yang lain tu tak sure sangat sebab saya tak faham TG tu cakap apa orz Saya cuba google juga tapi tak banyak info pasal ni)


Sebelum masuk. Cuaca masih mendung


Lepas keluar je dari muzium, cuaca dah elok sangat Alhamdulillah


Masa lalu bawah pintu masuk ni, saya rasa macam ditranspot balik ke zaman dolu2






Tempat simpan kimchi dan soy sauce


Salah satu houses dekat hanok ni. Mesti dah beratus-ratus tahun tapi still tahan sampai sekarang


Kami dekat muzium ni tak lama, tak sampai sejam pon.
Dari kawasan Nagan dan Deep Rooted Tree Muesum ni kami naik bas lagi sekali ke destinasi terakhir dalam city tour Suncheon ni - Seonamsa Temple.


You Might Also Like

10 comments

  1. Bila berjalan ni antara part paling merisaukan ialah bila hujan kan. Lucky you, dari segelap2 langit terus bertukar cerah secerahnya 😊

    Sebagai peminat folk village, kena dtg jgk la suncheon ni rasanya, sbb tembok kt sini unik warnanya. Lain dr yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu memang syukur sangat cerah balik sebab kalau ikut forecast akan hujan sampai petang.

      Lain ya tembok dia? Saya tak ingat tembok dekat Bukchon macam mana (juga malas nak google hehe) tapi kalau saya tak silap yang dekat Jeonju pon warna macam ni. Ke dia ikut region ek? Kena research lagi ni.

      Delete
    2. Kalau x silap saya yg dkt korean folk village, yongin warnanya mostly putih2 kelabu.. tp ada juga yg perasan yg warna kuning cenggini..

      kalau hanok yg dkt jeju temboknya warna hitam.

      Delete
    3. Oooh observant betul Didi ni. Saya google semalam kan katanya dia ikut region dan zaman hanok tu dibina. Aish makin bertambah pula benda yang nak diusha di Korea ni orz

      Delete
  2. emang sunyi sepi ke tempat ne kay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi ni memang kami je. Mungkin sebab off season dan hari biasa kot? Tapi Nagan sebelah tu ramai je orang sbnrnya.

      Delete
  3. suka cerita Deep Rooted Tree...tak sangka ada muzium..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cerita tu memang best kan! tapi muzium ni tak ada kaitan dengan drama tu pun sebenarnya :)

      Delete
  4. lengang!!! ada penjaga x tempat tempat...kalau tempat camni bagi sis JM 30min pun dah cukup hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjaga ada, tapi dia duduk dalam bangunan. Masa ni panas sangat, saya pon malas nak lama-lama hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~