[TRAVELOG] Apr 2015 - Ke Bumi Himalaya : Gempa Bumi Nepal & Hari-hari di Pokhara

23:00


Sambungan dari selepas kami berlepas ke Pokhara di sini

Flight kami dari Kathmandu ke Pokhara berlepas selepas delay 10 minit. Flight sekejap je, dalam 40 minit. Oh lupa nak share yang dalam flight ni free seating, siapa cepat dia dapat. Dari balai menunggu ke aircraft kena naik shuttle bas jadi kena pandai-pandai pilih seat dekat dengan pintu supaya senang nak dash rebut seat. Ramai orang pesan duduk belah kanan sebab kalau cuaca elok boleh nampak Himalaya Range. Tapi hari yang saya naik tu cuaca tak menyebelahi kami so nampak awan sahajalah.

Airport Pokhara agak kecil dan sangat manual jadi lamalah juga kami menunggu luggage keluar. At one point, saya rasa nak je pegi join pekerja dia asingkan beg, lambat sangat! Kalau tak ada masa, saya recommend jangan check-in beg dekat Nepal ni, nak tunggu luggage keluar je dekat sejam.


Saya tengah ambi gambar airport, sekali pakcik ni lalu dan suruh saya ambil gambar dia sama.
Layankan jelah :D

Kami sepatutnya dijemput seorang kawan kami, tapi bila keluar dari airport tu tak nampak pula bayang dia. Kami tunggu dekat setengah jam sampailah airport kosong, tak datang-datang juga kawan kami ni. Kami pon gerak keluar gerak dari airport dan plan nak naik bas ke area Lakeside tempat hotel kami. Dari depan airport Pokhara ni, ada bas yang lalu untuk ke area Lakeside. Area Lakeside ni kira main area untuk tourist dekat Pokhara ni, accommodation, kedai souvenir, kedai kelengkapan mendaki dan restoran/cafe bersepah.

Tengah kami tunggu bas tu, ada sebuah kereta datang dan tanya kami, adakah kami kawan Mamaji? (Mamaji adalah nama samaran kawan kami). Katanya dia diupah Mamaji untuk jemput kami. Mula-mula tu was-was jugalah tapi lepas soal siasat dan yakin dia kawan Mamaji kami pon naikla kereta dia.

Masa ni betul-betul tengahari, dalam 15 minit lepas pukul 12 macam tu dan matahari pon tegak atas kepala. Sebelum naik kereta, saya rasa terhuyung-hayang sikit, mula ingatkan sebab penat so saya abaikan je lah.

Dari airport Pokhara nak ke Lakeside ni sebenarnya dekat sahaja, kalau jalan tak sampai setengah jam saya rasa. Sepanjang perjalanan ada banyak kedai jual-jual pakaian dan dari dalam kereta, saya perasan tirai besi kedai-kedai tu semua menggulusur jatuh hempap patung-patung pakaian. Masa ni saya macam, oh, bahaya kalau besi tu jatuh atas orang, tapi nak buat macam mana negara ni memang macam ni kot, binaan dia loose.

Kemudiannya barulah saya terasa yang kereta kami bergoyang. Terus driver tadi stopkan kereta dan kami turun. Masa ni memang rasa bumi bergoyang dan local semua dah lari keluar dari kedai dan kumpul ramai-ramai. Masa ni goyang sekejap je, kurang 2 minit saya rasa.

Saya pandang travelmates saya, mereka pandang saya. Dan kami sepakat cakap gempa ni dalam 2 hingga 3 magnitude rasanya sebab tak ada bangunan roboh. Macam mana kami boleh agak macam tu?

Kami semua pernah tinggal dekat Jepun dulu dan Jepun kan memang banyak gempa bumi jadi diorang memang selalu latihan gempa bumi. Masa saya dekat U dulu, bomba datang ke dorm U dengan simulation car, kita akan masuk dalam tu dan dia akan gegarkan kereta tu ikut magnitud. Sampai sekarang saya teringat kengerian magnitud 7 ke atas. Masa saya kerja pon setahun ada 2 kali latihan meghadapi gempa bumi. Dan magnitud 2 hingga 3 tu memang selalu ada jadi masa ni kami tak adalah panik lagi.

Kami ajak driver gerak ke Lakeside sebab rasa lagi selamat kalau dah sampai hotel. Masuk je area Lakeside, sekali lagi rasa bumi bergoyang dan lagi lama dari tadi. Aisy. Driver kami stop dan kami turun kereta, Gempa kali ni memang lama dan makin kuat. Gempa berhenti selepas 5 minit macam tu (5 minit agak lama untuk gempa ya).

Kami terus gerak ke hotel dan masa ni keadaan agak chaos. Kali terakhir Nepal dilanda gempa adalah 90 tahun lepas jadi logikla diorang panik kan. Driver kami dah tawar hati nak jalan, risaukan keluarga dia so kami minta dia tinggalkan kami di hotel dan suruh dia balik.

Lepas check-in, kami ke main street dekat Lakeside dan masuk satu random cafe ni, plan nak berbincang sebab tiba-tiba ada gempa kan. Cafe kami masuk tu ada satu pekerja je sebab yang lain dah lari balik...


Lepas gempa tadi, locals ramai tak berani masuk rumah jadi mereka lepak luar 

Tengah kami gigih berbincang, masa tulah Mamaji sampai, Katanya dari bawah dah boleh nampak saya yang bertudung ni. Ikut kata Mamaji, gempa ni tak kuatlah (Mamaji pon pernah duduk Jepun dulu) jadi dia nak ajak kami ke rumah kawan dia atas bukit. Kami pon ikut jelah sebab kami plan kami memang free and easy dekat Pokhara ni.

Rumah kawan Mamaji ni memang atas gunung betul, adalah dalam sejam dari Lakeside. Masa ni kami masih ceria lagi, ialah dah lama tak jumpa Mamaji juga excited dapat jalan-jalan dengan tour guide free.
Dari rumah kawan Mamaji ni, boleh nampak Annapurna Range tapi sekali lagi kami dicemburui awan sobs


Kalau hari cerah mesti cantik kan

Lepas minum chai secawan dua dan makan kek, kami patah balik ke Lakeside. Masa ni, handphone travelmate saya berbunyi. Rupanya dari mak dia yang sudah menangis-nangis sebab keluar breaking news yang Nepal dilanda gempa bumi tahap 8 magnitud. Penat kawan saya nak tenangkan mak dia yang dia tak apa-apa.

Masa ni barulah kami tahu tahap seriusnya gempa bumi tadi... Saya terus call mak saya cakap saya selamat dan kami pon tak ada mood sangat nak jalan dah. Balik hotel dan terus tengok TV, baru tahu ramai yang terkorban di Kathmandu, Paling buat kami seriau adalah bila keluar berita pasal Changu Narayan yang rosak teruk. Kami di sana pagi tadi... Kalaulah kami tak usaha juga naik flight asal kami ke Pokhara dan stay di Kathmandu 2, 3 jam lagi, apalah nasib kami. Masa ni memang rasa syukur sangat-sangat denganNya.

Petang tu kami ke Fewa Lake, kononnya nak layan sunset tapi sekali lagi kami dikecewakan... Langit mendung semacam, Oh, masa ni sekeliling Fewa Lake ni ramai locals yang buka khemah, mereka takut nak tidur rumah sebab khabarnya ada gelombang kedua gempa bumi malam itu.


Fewa Lake yang suram

Masa ni dah start rasa cuak memikirkan flight balik ke Kathmandu esoknya. Saya juga ada connecting flight balik ke KL malam esok. Dalam fikir-fikir tu saya terlelap juga tapi dapat tidur sekejap-sekejap sahaja sebab dalam 2, 3 jam sekali ada gempa kecil... 





You Might Also Like

8 comments

  1. Ya Allah seriau nya kan klu ada disana.. nasib sis ngan kawan2 selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak seriau la juga, tapi dekat Pokhara ni still OK lagi.

      Delete
  2. Nasib baik sangat awak memang dah terlatih dengan keadaan gempa. Siap boleh tau berapa magnitud semua. Haritu gempat kat KK, less than 10 seconds je pun saya dah rasa nak pitam. Ni kan pula 1-2min. Sampai sekarang kalau ingat balik, mesti sakit kepala. Alhamdulillah Kay, awak selamat balik Msia. Cuma tulah memang xdapat bayang, baru pagi tu je korang mendaki kat sana. Petang nye, dah musnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau first time kena gempa bumi mesti dah panik gila sebab gempa hari tu agak dahsyat. Tapi saya sebenarnya lepas balik Malaysia, 2, 3 minggu jugakla rasa pening dan kadang-kadang terumbang-ambing.

      Delete
  3. nasib takde apa yang berlaku..my trip ke nepal patutnya ogos ini dibatalkan sebab tak nak ambil risiko..harap2 ada rezeki untuk ke sana next year...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, keadaan kat sana pon macam tak stabil sangat lagi kan, better tangguhkan trip dulu. mesti cantik-cantik gambar Nepal awak nanti! (saya pulak yang excited)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~