[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Chiran Samurai District Part 1

22:56

Sambungan dari Chiran Peace Museum - Part 2.


Dari muzium kamikaze tadi, saya sambung jalan ke kawasan rumah samurai pula. Ada bas sebenarnya, tapi basnya datang setiap setengah jam. Lagipun kalau jalan tak jauh sangat, dalam 20 minit camtu jer.
Sepanjang jalan pon banyak rumah-rumah persendirian yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional so tak bosan sangatlan bila jalan.


Atap hitam ni adalah salah satu ciri rumah di Chiran ni yang dikekalkan sejak zaman samurai dulu katanya

Dah jalan lebih 20 minit tu, saya ingatkan saya dah sampai jadi saya masuk satu simpang ni.
Lagipon makcik dekat kaunter information Chiran Museum tadi ada mention yang simpang nak masuk ke kampung samurai ada rumah tradisional jadi saya dengan konfidennya masuk satu lorong ni.

Cantik kan rumah-rumah diorang? Saya suka rumah klasik-klasik macam ni.

Bila masuk lorong ni rasa macam ditransport ke zaman dolu-dolu
Signage kedai ni retro habis kan?!
Dah masuk dalam lorong tu, rasa pelik pula tak nampak-nampak apa sign ke kampung samurai yang saya nak pergi tu. Nak tanya orang pon, tak ada orang langsung la pulak. Saya pula memang tak ada sense of direction, baca kot bahasa Melayu pon sesat apatah lagi bahasa lain T_T

Pusing-pusing jalan sampailah terjumpa sungai kecil ni.
Bersih sangat air dia kan?
Kalau bukan winter dah lama saya terjun tiruk masuk.
Akhirnya jumpa juga orang!!
Lepas pusing-pusing dekat area sungai tu, akhirnya saya terjumpa juga pakcik yang tengah main dengan cucu dia ni. Dapatlah saya bertanya jalan yang benar ke kampung samurai yang saya nak pergi tu. Rupanya saya dah tersalah masuk lorong tadi dan kena jalan ke depan lagi.

Dari sungai tu saya jalan kurang dari 10 minit dan nampak kedai bawah ni.
Dekat kedai ni boleh beli ticket untuk masuk area kampung samurai.
Bayaran masuk 500JPY untuk adult dan 300JPY untuk kanak-kanak.

Tempat beli ticket. Ini sebenarnya adalah kedai beras...
Nenek yang jaga kaunter ni dah tua sangat, saya rasa over 90 kot.
Memang dah bongkok macam nenek kebayan. 
Dah dapat tiket, marilah masuk ke kawasan samurai ni!
Masa ni dah start hujan rintik-rintik, apalah nasib saya, selalu kena hujan time jalan2.

Entrance ke kampung samurai.
Memang tak ada orang jaga check tiket, jadi kita kena jujur sendiri la.

Ada map yang tunjuk kat mana rumah-rumah samurai

Sebelum masuk explore, mari kita belajar sikit pasal samurai dan kampung samurai Chiran ni.
Samurai ni rasanya ramai yang tahu adalah pahlawan zaman dolu-dolu dekat Jepun. Selain dari pahlawan, samurai ni juga ramai yang jadi penasihat leader zaman tu sebab diorang pandai membaca dan ada pengetahuan pasal maths.

Samurai-samurai ni banyak clan, dari bawah dekat Kyushu ni sampailah ke area Tokyo sekarang. Setiap clan ada castle dan pengikut sendiri. Bila dah banyak clan, mestilah ada banyak idea dan berebut kuasa kan. Baanyak berlaku pertelingkahan sehinggalah samurai di kawasan Edo (Tokyo sekarang) buat system baru dan hancurkan semua castle samurai ni dan panggil semua ketua samurai duduk dalam Edo. Selepas beberapa tahun di Edo, samurai ni akan dibenarkan balik ke kawasan masing-masing dan menyebarkan kekuasaan Edo. Kiranya, Edo adalah pusat pemerintahan zaman tu la, dah tak ada castle kecik-kecik.

Tapi samurai dekat Satsuma (Kagoshima sekarang), yang dipanggil Shimazu clan, mereka tak ikut cara Edo ni. Semua samurai leader dia dihantar ke seluruh kawasan untuk jaga kawasan masing-masing. Kiranya lebih mesra rakyat lah.

Chiran ni pula adalah salah satu kawasan dalam Satsuma dan rumah-rumah samurai yang tinggal sekarang adalah dari zaman Shimazu clan ni. Ada 7 buah rumah yang masih elok dan dibuka untuk kita tengok dan belajar!

Joms!

Rumah 1 : Rumah Saigo Keiichiro

Setiap rumah diletakkan papan tanda dengan nama pemilik mereka
Salah satu ciri rumah samurai adalah kita takkan nampak pintu masuk dia dari pagar.
Macam rumah ni, masuk-masuk je kita hanya nampak pokok kan?
Tak tahu pintu masuk rumah dekat mana. Ini sebenarnya nak bagi confuse musuh.
Setiap rumah juga ada private garden yang intricate macam ni.
Sangat lawa kan?! Bayangkan garden ni dibuat 300 tahun lepas tau!
Masih lagi dijaga cantik.

Berkilat cermin kat sini.
Saya dok berangan bestnya kalau dapat golek-golek kat beranda ni petang-petang.
Lagi ciri utama kampung samurai adalah lorong-lorong yang lurus macam ni. Lorong-lorong ni dibuat lurus supaya tak ada orang boleh menyorok-nyorok. Semua boleh nampak dengan jelas.
Lorong dia lurus selurusnya kan!
Rumah 2 : Rumah Hirayama Katsumi


Mari kita masuk ke rumah kedua pula

Rumah ni pon ada garden juga.

Salah satu sebab saya sangat suka Jepun adalah kebersihan dia.
Kita tengok pon rasa tenang kan.

Rumah kedua ni tak banyak sangat yang dapat saya tengok, pintu dia pon tertutup masa saya sampai.
Lagi satu, masa ni dah start hujan dan tiba-tiba saya rasa cuak sebab tak ada orang langsung. Rasa meremang bulu roma so saya lari keluar dari rumah no 2 ni.
Salah satu lagi rumah samurai yang ada.
Tapi rumah ni tak dibuka untuk pengunjung sebab masih ada orang menghuni di sini.

Ada banyak lorong-lorong kecil macam ni.
Saya ada masuk satu, jalan sekejap tapi saya patah ke pangkal jalan sebab rasa macam nak sesat.
Semua jalan nampak sama je tau. 

Dalam hujan tu saya meneruskan perjalanan ke rumah ke 3 dan seterusnya...

Chiran Samurai District
Dibuka sepanjang tahun dari pukul 09:00 hingga 17:00.
Boleh naik bas dari Kagoshima station, Kiire Station, Matsuzaki Station.


You Might Also Like

5 comments

  1. terbayang2 filem The Last Samurai bila baca entry ini, kay...

    saya peminat sejarah..so bila baca kisah2 begini saya jadi teruja sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum berkesempatan tengok filem tu. Best kah?

      Delete
    2. saya dah 3 kali tengok kay..mmg best..ada satu lagi film berkenaan samurai tapi saya lupa tajuk apa..yg tu pun best, dan ending dia saya nanges huhuhu

      Delete
    3. Zilla tengok sampai 3 kali tu mesti best, kalau ada kesempatan nanti saya tengok. Lagi satu cerita tu pun cerita yang dibuat oleh Jepun ke US?

      Delete
    4. trylah tgk kay..manatau terminat dgn jalan ceritanya...yg satu lagi tu film jepun..tahun lepas kalau tak silap astro ada siarkan di kix channel..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~