[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Hotel BonBon, Seoul
13:30
Pada saya, hotel adalah part terpenting dalam satu-satu trip tu. Iyalah, selepas sehari suntuk jalan, kalau balik hotel yang kurang best, nak rehat pon xboleh. Tak kisahlah hotel tu murah atau mahal, yang penting saya selesa.
Kalau ke Seoul, selain selesa, saya akan pilih yang dekat dengan subway dan ada wifi. Bila dah beberapa kali ke Seoul, saya dah tau pattern pergerakan saya (apakah ayat ini?!) so saya akan aim guesthouse/hotel area Euljiro-Il-Ga atau Jongno-Sam-Ga sebab dekat dengan banyak line train, airport bus banyak dan bus dalam bandar pon banyak.
Kali ni saya book Hotel BonBon. Hotel ni dekat sangat dengan exit no 2 stesen Euljiro-Il-Ga, jalan xsampai 5 minit. Saya book through Expedia, bilik single dapat RM145 semalam termasuk taxes.
Front desk hotel |
Saya rasa hotel ni terbagi saya double room, bed dia besar semacam |
Ada tv, small refrigerator, towels |
Bilik air pun luas dan ada washlet |
Apa yang saya suka tentang hotel ni:-
1. Lokasi yang sangat strategik untuk saya- Myeongdong, Insadong kedua-duanya walking distance. Myeongdong seberang jalan tak sampai 5 minit dah sampai.
2. Stesen subway dan bus stop memang depan hotel je.
3. Bilik air private dan luas, juga berwashlet so senang nak beristinjak.
4. Manager Clark dan assistant dia Mr Lee sangat peramah dan memang sentiasa bersedia nak menolong. Mr Lee ni pernah dok Ipoh setahun so dia boleh cakap Melayu sikit2.
Apa yang saya mehh dengan hotel ni:-
1. Tak ada lift. Saya dapat bilik tingkat 5, memang sangat hazab naik turun tangga hari-hari.
2. Satu row dengan hotel ni banyak kedai minum-minum so kalau balik lambat memang akan terserempak dengan ahjussi-ahjussi yang tengah mabuk.
3. Dinding bilik dia agak nipis. Boleh dengar orang bilik depan or bilik sebelah buat apa heh
Kalau barang xbyk, saya memang akan stay hotel ni lagi sebab dgn lokasi dia yg sgt mantap tu boleh dpt harga bawah RM150 memang sangat berbaloi! Mungkin next time saya akan request lower floor siap siap masa booking.
~♡~
Malam tu, lepas dah rehat, mandi, saya ke Myeongdong.
Usha barang and harga dulu, baru senang nak budget untuk shopping.
Dah penat jalan-jalan, saya ke Beans Bins yang bawah Savoy Hotel.
Saya suka lepak makan waffle dan minum kopi kat sini sambil layan perasaan.
Juga suka tengok orang lalu lalang kat bawah.
Set saya makan kat bawah ni adalah Apple Cinnamon Waffle, Set A (with coffee) @ KRW6,900.
~♡~
8 comments
not bad location sangat strategic!
ReplyDeleteyup! sgt excited masa jumpa hotel ni, location dia memang kena dgn saya :D
DeleteBestnya korea....nak pi lagi tapi xdak geng sob sob...
ReplyDeleteKorea memang best kan?! Ajakla husband pergi lagi sekali.
Deletex de lift tu yg hazab...pastu ahjussi yg mabuk tu x kacau org kan kay
ReplyDeleteape? next trip? kali ke berapa tu heee
Ahjussi2 tu xkacau pon, dia just pandang pelik sbb kita betudung kan. tp sbb sy sorg2 mlm tu so cuak sikit la.
DeleteKali keberapa? Hehehe biarla itu menjadi rahsia antara saya dan oppa imigresen korea (ayat gatal)
Hotel price dh ok tp bila xde lif tu mmg kena pk 2 3 kali jgk arr
ReplyDeleteYa betul... Dahla seoul ni berbukit2, kalau blk hotel pon nk memanjat tangga plak mmg xsanggup kan.
Delete