[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Chiran Samurai District Part 2

22:11

Sambungan dari Chiran Samurai District Part 1 

Rumah 3 : Rumah Hirayama Ryoichi

Saya rasa rumah no 3 ni adik beradik atau saudara mara dengan rumah no 2,
sebab nama family mereka sama - Hirayama.
Rumah ni pon separuh didiami cucu cicit dia, so ada certain area tak boleh masuk.
Agak rugi sebab saya rasa rumah hujung tu macam cantik jer.
Rumah ni pon lagi satu contoh rumah samurai yang pintu masuk dia tersorok.
Dekat hujung-hujung tu baru nampak pintu kecil menuju garden dia
Saya rasa setiap susun atur garden ni ada maksud dia, tapi saya tak jumpa apa-apa maklumat
(mungkin ada kat mana-mana tapi saya malas nak cari)
Masih ada saki baki autumn walaupun masa ni dah akhir bulan December
Keluar dari rumah ke-3, agak jauh sikit nak ke rumah ke 4.
Masa ni hujan dah stop sekejap dan langit dah membiru sikit.
Tapi kawasan ni masih lengang, mungkin sebab dah dekat pukul 5 petang masa ni.

Chiran ni juga famous dengan landskap yang cantik membelakangkan gunung-gunung di Kagoshima
Lagi satu ciri rumah samurai adalah pagarnya dibina tinggi-tinggi macam ni.
Juga banyak ditanam pokok-pokok supaya orang dari luar susah nak intai apa yang berlaku di dalam,
tapi orang kat dalam boleh nampak orang di luar..
Oh jalan di Chiran Samurai District ni tak adalah lurus sepanjang masa,
ada juga sudut-sudut macam ni yang membolehkan samurai ni menyorok masa nak ambush penceroboh
Ada teahouse juga di sini.
Rumah ni pon asalnya rumah samurai tapi diubah suai jadi teahouse.
Saya tak singgah pon sebab mengejar masa.
Rumah 4 : Rumah Sata Mifune
Rumah no 4, 5 dan 6 pon mesti bersaudara, semuanya Sata.
Rumah ni lain sikit dari rumah lain sebab jumpa garden dulu dan
ada pagar lain untuk masuk ke kawasan rumah dia.
Sini pon ada pokok yang belum gugur daun sepenuhnya.
Rumah ni bertutup habis, nak intai-intai dalam pon tak boleh

Separuh jalan tu saya rasa putus asa, macam tak abis-abis jalan. Dengan hujan sekejap-sekejap, dengan makin gelap, dengan tak ada orang. Masa ni mula rasa apalah aku buat kat sini sorang-sorang. Menyesal tak study berapa besar kampung samurai Chiran ni.

Tapi lepas fikir-fikir balik, dah sampai jauh-jauh ni, jalan je la sampai habis kan.
Kebetulan masa ni saya terserempak dengan satu pasangan ni, Mereka tegur saya dulu sebab mereka cam saya dari museum tadi (sah-sahla cam kan, saya je kot orang bertudung kan Chiran petang tu.)
Lepas borak sekejap (dan hilang sunyi) saya sambung jalan-jalan.

Rumah 5 : Rumah Sata Tomiko 
Pasangan yang dekat hujung tulah yang tegur saya tadi
Rumah no 5 ni pon lebih kurang nombor 4 tadi, ada garden
then baru ada pintu kecil untuk masuk kawasan rumah.
Saya rasa garden rumah no 5 ni paling complicated, banyak hiasannya.
Rumah no 5 ni tak ada beranda macam rumah lain dan dibina atas tanah.
Eh, semua rumah bina atas tanah kan. Maksud saya, rumah ni dbina melekat atas tanah.
Yang lain semua ada ruang antara tanah dan lantai.
Rumah 6 : Rumah Sata Naotada 
Setiap rumah ada pintu gerbang macam ni. Sangat gah kan!
Boleh rasa kekuasaan satu-satu family tu
Rumah ni pagar dia adalah pokok-pokok ni.
Oh, masa saya sampai ni lampu oren tu tiba-tiba terpasang.
Agak cuak tapi kemudian saya fikir mungkin lampu tu dipasang sensor..
Kalau ada orang masuk, dia ternyala.

Garden rumah ni pon terletak belakang pagar daun ni
Ada pintu kecil untuk masuk ke garden dia
Okay, garden rumah no 6 ni pon sangat impressive.
Saya terbaca yang batu-batu putih yang digunakan kat sini adalah hasil ledakan gunung berapi
di selatan Kyushu ni dan hanya digunakan di Chiran.
Dari rumah no 6 nak ke rumah no 7 agak jauh juga berjalan.
Tengah-tengah jalan tu nampak patung ni bertenggek atas tangga.
Tergezut sekejap saya. Rasa seriau so saya cepat-cepat  jalan.
Rumah 7 : Rumah Mori Shigemitsu
Akhirnya sampai ke rumah no 7!
Saya rasa rumah ni baru sikit dari rumah lain-lain, tapi still beratus-ratus tahunlah
Siap ada wall art, tapi sayangnya saya tak faham apa yang dilukiskan.
Ke sebenarnya dinding dia dah terhakis dan buruk?
Garden rumah ni special sebab ia adalah satu-satunya yang ada elemen air.
Design garden ni melambangkan kawasan Chiran yang ada gunung dan sungai.
Batu-batu atas tanah ni pon dipasang untuk kelirukan musuh.
Dipasang seolah-olah menghala ke pintu masuk tapi sebenarnya batu vertical
dengan pintu utama yang tersorok dengan pokok-pokok.
Akhirnya habis 7 rumah samurai saya cover :D
Saya suka ke tempat macam ni, banyak benda yang kita boleh belajar. Saya rasa samurai-samurai ni smart sangat buat macam-macam helah dekat rumah mereka untuk mengelakkan senang diserang hendap.

On the way nak ke bus stop, ada kolam air panjang ni.
Terkejut saya nampak ada ikan koi putih tu berenang bebas.
Ikan koi putih ni mahal sangat-sangat tau, puluh-puluh ribu kalau yang cantik macam ni.

Nak ke Chiran Samurai District ni, kalau dari Chiran museum tadi naik bas turun dekat stop Nakagori. Then jalan dalam kampung Samurai dan naik bas dari next stop iaitu stop Bukeyashiki.
Bus stop dan Samurai Chiran District Map

Bus stop yang sangat retro
Masa saya sampai bus stop, ada dekat setengah jam lagi next bas nak sampai, Nak duduk sejuk, jadi saya berdiri-diri sambil lompat-lompat panaskan badan. Hari makin gelap tapi kadang-kadang ada juga orang lalu, ada juga budak-budak sekolah berlari-lari so tak adalah takut sangat.

Naik-naik bas je, terus terlelap. Berani tidur sebab dari Chiran ni nak balik ke Kagoshima Chuo ambil masa sejam dan tambang bas adalah JPY980.

You Might Also Like

2 comments

  1. satu soalan, mana p orang2 kg di kawasan ni kay? sunyi sepi sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah-rumah yang saya pergi ni memang dah tak ada orang duduk dah, tapi sekeliling kampung ni ada je orang cuma tak masuk camera. lagi satu, kampung-kampung jepun memang dah tak ramai sangat orang, ada pon orang-orang tua je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~