[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : Seoul Eulalia Festival 2015

13:23


Lepas dapat check-in hotel, makan dan solat (juga golek-golek di atas katil), petang tu saya ke Seoul Eulalia Festival. Nak ke sini saya study blog kakak kawasan Korea, BibiEr yang dah pergi last year.
Terima kasih Bibie, senang sangat follow direction, juga dapat mentally prepared untuk daki 291 steps hihi

Seoul Eulalia Festival

Festival ini diadakan setiap tahun pada bulan Oktober di Haneul Park.
Haneul Park ni pula salah satu park dalam World Cup Park - refer sini for more details on this World Cup Park.

How to get to Haneul Park (from Visit Seoul Website): 
-Walk out exit 1 of World Cup Stadium Station (Line 6)
-Walk towards the stadium parking lot
-Turn right at the large road, walk a few hundred meters past the overpass
-Cross the street, then follow the signs to the park


Keluar dari exit 1, saya agak pening nak cari tangga ni.
Lepas naik tangga ni, ke kanan untuk turun ke parking.
Pusing-pusing kawasan stadium sekejap.
Luas rupanya, dan lagi besar dari yang dekat Japan punya

Dari tangga nak ke parking, dah boleh nampak banyak pokok-pokok kuning merah.
Wa~i!

Saya sangat sakit hati dengan tangga ni...
Susah gila nak turun sebab dia rendah sangat! Ugh!

Rupanya parking lot dekat stadium ni besar amat...
2, 3 kali juga saya tanya orang kat mana sebab tak sampai-sampai, takut juga sesat kan.
Saya jalan dalam 20 minit jugalah dekat sini, banyak kereta jadi kena hati-hati.
Nasib baik view lawa, jadi tak adalah rasa bosan sangat :D





Akhirnya! Sampai juga dekat starting point tangga zigzag tu.
Asalnya saya ingat nak naik shuttle bus je, tapi barisan nak naik bas panjang bebenor.
Jadi nak tak nak, saya gagahkan diri juga naik. (Tapi, sejujurnya saya langsung tak yakin yang saya boleh sampai atas.)


Hello 291 steps!

Banyak kali juga saya berhenti-henti, tak cukup nafas OK!
Nasib baiklah diorang ada sediakan tempat rehat dekat beberapa spot kat tangga tu.

Ok, lagi 75 steps! 

Akhirnya selepas dekat setengah jam daki tangga, saya berjaya sampai puncak!
So sekarang boleh berlagak saya dah pernah daki 291 steps :D
Dari puncak tu, kena jalan lagi dalam 15 mnt ++ untuk sampai ke Haneul Park.
Masa ni memang rasa lone ranger habis sebab ramai gila couple Korean tengah berdating sambil nak ke Haneul Park juga.
Kebetulan juga hari saya pergi ni adalah hari last festival ni, lagilah ramai orang orz

Orang ramai sangat

Saya ikut sahaja crowd masuk dalam park.
Memang lawa pada saya, lalang tu semua jadi warn gold je sebab kena sunset. Excited jugalah pusing-pusing sebelum start rasa gatal-gatal...








Saya asalnya nak ke observation deck tu, tapi orang ramai bebenor jadi saya main tepi-tepi je lah.
Sekali jumpa photo spot, jadi saya join beratur ambil gambar juga.


Memang lawa... Masa ni rasa berbaloi panjat 291 steps tadi ha!

Gambar favorite saya (budget artistik)

Saya kat sini tak lama, sebab saya ada allergy dengan pollen dan senang kena hay fever. Masa ni pon dah berair mata dan hidung jadi saya cepat-cepat lari balik. Balik, saya naik shuttle bus dan dicharge KRW2,000.

Sekali sampai hotel, muka saya jadi gatal sangat-sangat T_T Nasib baik ada angkut ubat, jadi malam tu makan ubat dan duk diam-diam je (walaupun dalam hati meroyan nak pergi Garosugil sobs)


You Might Also Like

6 comments

  1. Best nya haneul park.. kita mmg belum sampai sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tau! Wajib masuk itinerary kalau pergi time autumn :D

      Delete
  2. Di korea mmg kan.. terlalu ramai pasangan di sana sini. Kalau d tempat lain x de la nampak ramai sgt. Xde l terasa sgt kita2 yg lone ranger ni. Huhhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Saya selalunya tak kisah pon sorang2, tapi dkt Korea ni semuanya berpasangan, lama-lama sentap juga hihi

      Delete
  3. Saya tengah survey blogs untuk plan itinerary, excited bila jumpa perkataan Garosugil! Itu memang aim saya kalau ke Seoul tapi belum lagi saya jumpa entry blog Malaysian yang ke sana. Pernah tulis entry mengenai Garosugil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Here we go:- http://lifeisdolce.blogspot.my/2015/11/travelog-jun-2015-south-jeolla-seoul.html
      Ada lagi satu entry rasanya, tapi tak banyak info dalam tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~