[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Sakurajima Part 1

00:30

Sambungan dari sini :- Kagoshima City to Sakurajima

Selepas menaiki ferry dekat 20 minit, ada announcement yang kami dah nak sampai Sakurajima so saya cepat-cepat turun dan naik bas balik. Sampai di jetty belah Sakurajima, bas buat pitstop sekejap dekat office dia sebab ada beberapa orang lagi yang join dari sini.

Ada 3 orang yang naik, 2 orang Thai dan seorang ni saya rasa foreigner juga, tapi sampai ke sudah saya tak tau dia orang mana (dan saya agak anti social masa ni, malas nak bermesra).
Untuk foreigner, kami diberi buku panduan dalam Bahasa Inggeris sebab tour guide kami explain dalam Bahasa Jepun je.

Pemandangan depan jetty.
Tour guide kami buat quiz, siapa tahu ini tempat apa?
Yang berbumbung dan berdinding cantik ni.
Siapa betul dapat gula-gula limau.
Jawapan dia adalah kubur. Kubur di Sakurajima berbumbung dan berdinding sebagai protection dari letusan gunung berapi. Buat makluman, Sakurajima ni hampir setiap hari dia meletus, kadang-kadang keluar asap dan ada hari yang keluar batu juga. Jadi, untuk melindungi nenek moyang mereka, di Sakurajima ni kubur dia special ada rumah.
Kalau datang sendiri boleh berenti sekejap dan fefeling kat sini.
Lawa betul pemandangan dia kan.
Bas kami menelusuri jalan tepi pantai dan kemudian lereng bukit untuk ke destinasi pertama kami :-

Yunohira Observatory

Yunohira Observatory ni adalah tempat tertinggi dan terdekat untuk tengok Sakurajima ni. Kalau hari Sakurajima meletus, observatory ni kadang-kadang akan ditutup sebab serpihan lava dia boleh sampai ke sini.
Nampakkah apa yang saya nampak?
Ada batu bentuk love kat situ.
Beria kami ingatkan natural, rupanya mereka bentukkan batu tu. Cheit!
Sakurajima... time tak meletup ni cantik sangat kan.
Tour guide kami tengah explain mengenai sejarah dan pembentukan Sakurajima
Sakurajima ni adalah part of Kirishima-Kinko Bay National Park. Dulu-dulu Sakurajima ni kecil je, keluasan asal dia adalah yang warna kuning muda tu. Selepas 2, 3 letusan besar yang digambarkan dengan warna oren dan hijau tu, pulau ni jadi semenanjung yang bersambung dengan mainland.

Hari kami pergi ni, Sakurajima ni tak meletus atau berasap langsung.
Dari observatory tadi, kalau cuaca cerah macam ni boleh nampak sampai Kagoshima city sana
Lawa betul tempat ni, gunung, laut semua ada.
Rasa nak pindah Kagoshima pon ada. Dan dan je kan :D
Pokok keliling Sakurajima ni hidup subur hasil dari lava
Dah sampai waktu berlepas so jom naik bas balik
Walaupun tak dapat jawab kuiz tadi, tetap dapat gula-gula yay :D
Gula-gula ni perisa oren.
Oren kecil adalah salah satu hasil tanian Kagoshima yang famous.
Perjalanan menuruni bukit.
Selepas menuruni bukit, kami menelusuri jalan raya tepi pantai sekali lagi untuk ke bahagian belakang Sakurajima. Sekali lagi saya terwow dengan keindahan laut Kinko Bay ni.

Salah satu aktiviti utama di Sakurajima adalah perikanan dan ikan paling banyak
ditangkap adalah "katsuo".  Saya google nama English dia Skipjack Tuna.
Katsuo ni sedap tau, rasa macam ayam lagi-lagi kalau digoreng ala-ala KFC tu.
Batu-batu bersegi ni diletak untuk menghalang hakisan ombak dan juga mengurangkan kadar hentaman ombak pada tebing.
Katanya, ombak Kinko Bay ni makin kuat selepas Sakurajima makin luas dan mengecilkan Kinko Bay.
Kiranya ombak sampai tebing lebih cepat dari dulu-dulu dan tak sempat nak release
kuasa ombak dalam laut sebelum sampai tebing.
Sampaikah apa yang saya nk cerita? 
Nampak tak pulau kecil kat tengah laut tu?
Sehingga 2, 3 tahun lepas ada dalam 50 orang tinggal situ tapi lepas Sakurajima menunjukkan tanda nak meletus besar-besaran bila-bila masa sahaja, mereka semua dipindahkan.
Tengoklah betapa jernihnya air kat sini
Saya menyimpan harapan untuk kembali ke sini time summer dan mesti nak masuk laut mandi!
Hampir setengah jam dalam bas, kami sampai ke destinasi kedua kami :-

Kurokami Buried Tori-i Shrine

Nampak tak pintu gerbang tu tinggal 1/4 je kat atas tanah?
Dulu-dulu, ada sebuah shrine nama Kurokami Shrine di Sakurajima ni sehinggalah pada letusan besar pada 1914, Lava dari letusan tu telah menenggelamkan hampir 2/3 dari tori-i shrine ni. *Tori-i tu macam pintu gerbang la. Letusan pada 1914 tu sangat besar, asap dia je setinggi 7,000m tau. Tapi kematian masa tu bawah 50 orang sebab 2, 3 hari sebelum letusan tu ada gempa bumi jadi penduduk dia dah sempat lari.

Ada lukisan yang menunjukkan lava telah menenggelamkan hampir 2m dari pintu gerbang.
Masa saya tengok ni, memang mengucap terus, tak boleh bayang berapa dasyatnya letupan masa tu kalau lava dia je
dah sedalam 2 meter..
Buat yang memerlukan bantuan visual letusan Sakurajima, boleh refer sini :- Letusan pada tahun 2009 & yang terbaru pada Feb 2016. Tapi ini semua kecil-kecil je.

Ada penerangan pasal letupan 1914


Dengan perasaan berat membayangkan dahsyatnya letupan gunung berapi ni, saya naik bas semula untuk ke destinasi kami seterusnya...

You Might Also Like

4 comments

  1. kay,

    saya teringin nak p rishiri island..nak panjat mt rishiri...tapi jepun, entahlah..bilalah nak sampai huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti sampai la tu Zilla, insyaAllah :D

      Delete
  2. bersihnyaaa tempat orang.. btw ni kan tengah winter.. memang tadek snow eh ?
    CT nye misi hunt snow tinggi betis x tercapai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply Siti! Aah area Kyushu ni dia just sejuk je jarang ada snow. Kalau nak snow paras betis cuba ke Hokkaido takpon Nagano.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~