[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Edisi Pengenalan

02:15


Trip terakhir untuk tahun 2015, saya ke Kyushu. Trip yang singkat, total 4 hari je dekat sana tapi saya rakus sumbat semua tempat yang saya nak pergi. Dah lama teringin nak ke Kyushu, dari zaman belajar sampailah zaman kerja tapi tak terpergi-pergi sebab di Jepun travel dalam negara lagi mahal dari travel ke oversea. Tiket flight ke Seoul selalu boleh dapat lagi murah dari tiket shinkansen ke Fukuoka, jadi selalu tangguh nak ke Kyushu sampailah dah balik Malaysia.

Trip ni sebenarnya hampir tak jadi, busy busy busy, juga 2, 3 minggu ni saya asyik tak sihat.
Tapi saya degil nak pergi juga, jadi memang kerja 7 hari seminggu dan 2, 3 hari sebelum cuti memang bertapa dekat office.

Itinerary pon siapkan masa tengah transit dekat Ho Chi Minh (wi-fi airport HCMC sangat laju!). Touch down je Fukuoka terus sihat :D Tak batuk sampailah masuk office pagi semalam (rasanya saya allergic office la hehe).

Sebelum saya melalut panjang lagi, meh saya share itinerary dan gambar ya!
Tapi sebelum tu, soalan yang selalu dapat adalah kenapa Kyushu?
Jawapan nakal saya adalah lelaki Kyushu ramai yang kacak dan sopan, jadi saya nak cari jodoh hehe!
Jawapan rajin saya adalah sebab saya nak menjejak sejarah Jepun. Kyushu ada banyak cerita, dari mitos Amaterasu, zaman samurai Satsuma, era Meiji Restoration hinggalah ke Perang Dunia ke-2.


Tempat-tempat yang saya cover kali ni

Saya masuk Kyushu dari airport Fukuoka (FUK).
Dari FUK, saya ke Hakata station, tukar JR Kyushu Pass, book shinkansen & limited express trains.
Basically itinerary saya macam ni:-

  Day 1 : Hakata - Kagoshima - Chiran Peace Museum & Samurai House - Kagoshima
  Day 2 : Sakurajima - D&S Train - Kumamoto
  Day 3 : Kumamoto - Takachiho Gorge - Kumamoto - Nagasaki
  Day 4 : Gunkanjima - Peace Park - Hakata
  Day 5 : FUK - KUL

Setiap kali saya tunjuk itinerary ni dekat boss-boss Jepun saya, rata-rata akan cakap biar benar nak cover semua ni. Saya pon tak yakin sebenarnya, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Pemandangan dari dalam Ibusuki no Tamatebako Train (Kagoshima-chuo -> Ibusuki)

Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilot - ini adalah tempat yang saya paling nak pergi.
Sampai sekarang teringat-ingat surat yang ditulis oleh kamikaze pilot Jepun ni sebelum misi diorang.

Salah satu Japanese garden dalam rumah samurai di Chiran.
Gambar saya hampeh sangat, sebab garden-garden dia semuanya cantik tau.

Sakurajima, salah satu volcano yang masih aktif di Jepun.
Hari saya pergi ni adalah hari ke-100 volcano ni  tak berwap
(Untuk pengetahuan, Sakurajima ni selalu berasap dan sedang menunggu masa nak meletus besar-besaran.
Last letusan kecil adalah bulan 8 hari tu)

Ke salah satu stesen kayu tertua di Jepun - Osumi-Yokogawa Station.
Masih kukuh dan cantik

Pemandangan dari dalam train dalam perjalanan dari Kagoshima ke Kumamoto

Takachiho Gorge - antara tempat terlawa dan mystical saya pernah pergi di Jepun.
Selain famous dengan air terjun ni, Takachiho juga terkenal dengan Amaterasu iaitu salah satu dewi agama Shinto.
Saya memang jatuh hati habis dengan Takachiho ni- next time memang akan aim pergi time autumn
dan tidur satu malam dekat sini.

Sempat juga ke Hashima Island, atau lebih famous dengan nama Gunkanjima, Battleship Island.
Saya rasa bertuah sangat sebab tour guide yang bawa group saya join tu pernah tinggal dekat Gunkanjima ni dulu.

Impression saya terhadap Gunkanjima ni berubah habis lepas dengar cerita tour guide tu.
Pulau yang banyak meyimpan kisah kejayaan dan kejatuhan Jepun, juga kisah ketekunan orang Jepun.

Nagasaki Peace Park adalah satu lagi wishlist saya.
Tak puas pergi kali ni, ramai sangat orang.
Tapi, apa yang sempat saya lihat dan rasa buat saya sangat tak suka pada peperangan.

Oh, lagi satu sebab saya nak sangat ke Kyushu adalah sebab nak naik D&S train under JR Kyushu.
* D&S = Design & Story. Saya hanya dapat naik 1/3 kot dari semua D&S dekat Kyushu ni.


Ibusuki no Tamatebako aka IbuTama (Kagoshima-chuo - Ibusuki)

Hayato no Kaze (Kagoshima-chuo - Yoshimatsu)

Isaburo-Shinpei (Yoshimatsu - Hitoyoshi) & Kyushu Odan Tokkyu (Hitoyoshi - Kumamoto)

Limited Express Kamome (Shin-Tosu - Nagasaki)

Kagome (Nagasaki - Hakata)

Saya akan slow-slow cerita pasal Kyushu trip ni ya!

Till then, 良いお年を ! < Yoi-otoshi wo! >
* Dalam budaya Jepun, "Yoi-otoshi wo" ni selalu kedengaran time-time year end ni. Diucapkan semasa kita jumpa orang tu untuk kali terakhir pada tahun tu. Tapi, phrase ni pakai time year end je, janganlah pula cakap pada bulan Ogos walaupon korang yakin takkan jumpa dah orang tu sampai tahun depan! Btw, maksud dia lebih kurang "wishing you a good year" la.

You Might Also Like

15 comments

  1. Cantiknya gambo-gambo tu...namun panggilan ke Jepun belum datang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya main tekan je kamera ;)
      Hehe takpe, nanti sampai la seru Jepun tu nanti.

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru Kay....bila sampai msia...jap nak baca entri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru to Sis JM juga :D Sampai Malaysia 28hb hari tu.

      Delete
  3. kalau travel terus rasa sihat ye..same to me heee

    Jawapan nakal tu sis JM suka tetapi kalau jawapan rajin tu...sis JM x minat sgt tempat sejarah ni kalau pegi pun mesti nk skodeng lelaki kacak tu heheheh

    Untunglah sbb kay pandai cakap Jepun..kalau sis JM ke Kyushu mesti meraban lah

    alaaa baru nak ucap "Yoi-otoshi wo" tp hari ni dah tahun baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dapat jumpa lelaki kacak adalah bonus kalau time travel ni kan!
      Kyushu ni sejarah dia banyak, tapi tempat dia lawa-lawa tau Kak JM. Pada saya rugi kalau tengok tempat je tanpa menghayati sejarah dia.

      InsyaAllah tak meraban Kak JM, Kyushu lagi senang dari Tokyo/Osaka/Kyoto tu.

      Lepas tahun baru, ucapan dia Akemashite Omedetou Gozaimas!

      Delete
    2. Yup i saw akimashite omeideito gozaimas a lot here n there hee

      Delete
  4. Selamat Tahun Baru Kay Dolce!

    Patutlah senyap hehehe. Akan sabar menanti entri Jepun Kay.. Kagoshima is one of my bucket list, sebab follow ig sorang lady ni yg kawin dgn mamat jepun berasal dari kagoshima =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga Cikgu Didi!

      Entry Jepun tunggu sekejap ya, ada Seoul sikit lagi nak habiskan!
      Apa IG Didi? Nak follow! Saya chelica_32 :D

      Delete
  5. Miyazaki tak cover eh? Plan nak pegi miyazaki autumn next year ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply!
      Miyazaki saya pergi Takachiho je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~