[TRAVELOG] Jan 2016 - Seoul & Gongju : Edisi Pengenalan

14:03


Trip wajib setiap awal tahun, my year won't start without a trip to Seoul ;)
Seoul sangat sejuk kali ni, satu hari tu suhu dia sampai -18, rasa macam nak tercabut hidung!

Trip kali ni saya banyak duduk Seoul, hanya satu hari saya keluar ke Gongju. Asalnya saya nak ke Buyeo juga, tapi atas sebab tertentu (boleh baca sebagai malas, tak tahan sejuk, sibuk nak melepek di cafe je, sakit kaki) saya cancel ke Buyeo. Oh, trip kali ini istimewa sebab hari pertama dapat jumpa ehem, ehem, Kak JM & Siti Yang Menaip. Terima kasih sudi dinner dengan saya dan minta maaf apa yang kurang ya!

Turn Seoul trip ni akan sampai lepas habis cerita Kyushu (bilakah itu!), jadi kali ni saya share highlights dia dulu.

Gongju 

Beria nak ke Gongju dan Buyeo sebab nak pergi latest UNESCO site dekat Korea - Baekje Historic Areas . Tapi last-last saya ke Gongsanseong Fortress & Songsan-ri Royal Tomb di Gongju je. Sejuk sangat satu hal, lagi satu saya terpeleot masa mendaki dekat fortress tu, Malamnya kaki saya bengkak jadi hilang terus mood nak berjalan keluar Seoul.

Access to Gongju : 2 hours by bus from Seoul, KRW9,000.
                                Dari Gongju New Bus Terminal, saya naik cab je @ KRW3,000.

Gongsanseong Fortress, Gongju
Tempat ni memang cantik, tapi masih lagi di peringkat permulihan jadi banyak area ditutup.

Mendaki dan mendaki dalam sejuk dan angin kuat, tengah-tengah mendaki tu snow turun jadi agak licin.
Agak cuak jugak sebab fortress ni tak ada pagar, kalau salah langkah boleh tergolek ke bawah terus.

Bandar Gongju dari atas fortress

Sempat juga ke Songsan-ri Royal Tombs

Seochon

Saya rasa kalau ke Seoul, semua pernah dengar Bukchon kan tapi tak ramai yang pernah dengar Seochon. Kalau Bukchon tu, banyak rumah-rumah kerabat diraja dan golongan atasan zaman Joseonkan, manakala Seochon ni rumah-rumah scholar dan academician dari zaman yang sama. Hanok kat sini tak segah Bukchon, tapi still worth to visit. Oh, King Sejong yang cipta Hangul tu asal dari Seochon ni tau.

Sekarang Seochon ni tengah hot sebab banyak cafe dan art gallery.
Kalau suka jalan-jalan dan tak suka ramai orang sangat, saya sangat recommend Seochon ni.

Access to Seochon : Gyeongbukgung Station (Line 3), exit 2 or 3.


Banyak cafe dan kedai hipster macam ni

Salah satu gallery yang mempamerkan Yellow Pumpkin by Yayoi Kusama


Hari terakhir di Seoul, salji turun sekejap-sekejap.
Excited la juga mula-mula tapi lepas tu stress bila salji dah cair dan jalan jadi licin >.<


Salji di Cheonggyecheon Stream

Sempat juga ke Skin Food Flagship Store di Garosugil.
Kalau beli barang Skin Food dekat sini, boleh dapat 50% off untuk semua minuman di cafe dekat 2F dia.

Akhirnya saya sampai juga ke area K-star Road ni
Perasaan saya agak berbelah bahagi, sebab saya rasa patung bear ni merosakkan suasana classy Cheongdam-dong ni.
Btw, bear hitam putih ni TVXQ! punya, ada banyak bear lain juga untuk idol2 famous lain.

Dan seperti biasa, mesti kaki gatal nak ke Myeongdong.
Kalau sehari tak ke Myeongdong, rasa macam tak lengkap itinerary (ok, ni statement tipu).
Ini adalah sunset di hari terakhir di Seoul.

Aish, bila tengok gambar Seoul ni, rindu pula! Bilakah Air Asia nak buat sale lagi...

You Might Also Like

12 comments

  1. perghhh!!! Seoul dah jadi trip tahunan Kay ehhh...this coming april dah ada tiket ke Busan...nampaknya perlu cancel..sedih

    ReplyDelete
  2. BEST dapat jumpa Kay yang sangat ohsem!!! sangat PERAMAH!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish janganlah puji macam tu, malu I!!!

      Delete
    2. Alaaaaaaaaaa... Nakkkkk jumpa gak... ha ha ha..

      Delete
  3. keinginan utk ke South Korea sentiasa ada maybe bukan Seoul tp ke another area

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya, tapi walau pergi area lain tetap nak singgah Seoul, dapat 4 jam je pon cukup hehe!

      Delete
  4. Bila KD nak jumpa SS pulak? Uhuk Uhuk Uhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. One fine day nanti ya SS, insyaAllah :D

      Delete
  5. Ehemm, kita bila lagi kay? Hehehe..tak sabar nk bercherry blossom dgn kay ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~