[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : Brooch Hunting & Asam Pedas di Namdaemun

21:30


Hari terakhir di Seoul sobs!
Sebelum gerak ke airport tengah hari nanti, saya ada misi nak beli brooch di Namdaemun. Saya sebenarnya tak berapa suka ke Namdaemun ni kalau sorang-sorang, rasa macam diperhatikan dan buat saya nervous tak tentu pasal.
Kalau bukan sebab kakak saya kirim, tak akan sampai punyalah sini. Saya dahla ingat-ingat lupa kat mana bangunan E-Lengddang tu jadi malam sebelum tu memang study abes sebab tak nak sesat. Kalau sesat nanti tak pasal-pasal ada yang kena beli tiket baru. Haru!

Ok, nak ke sini, turun Hoehyeon Station (Line 4) , keluar exit no. 5.
Boleh refer sini untuk map : Visit Korea page.

Keluar nanti akan nampak alley ni belah kanan. Masuk alley ni dan jalan terus.


Jalan terus lagi sampai jumpa Information Counter ni belah kanan.
Bangunan E-Lengddang tu dalam 10 langkah ke depan dari counter ni.


Inilah bangunan E-Lengddang tu, yang warna hijau kat bawah ni.
Sekali pandang mengingatkan saya pada bazar-bazar dekat Kota Bharu sana.


Nak ke stall jual brooch , kena naik ke Tingkat 2. Joms! Silalah sediakan wang tunai dan skill tawar-menawar!



Namdaemun Market ni buka setiap hari kecuali Ahad & Public Holiday.
Isnin - Jumaat buka dari pukul 7pagi sampai 5.30 ptg, hari Sabtu akan tutup awal pukul 2.
Tapi masa saya pergi ni, dalam pukul 8 pagi, kebanyakan kedai dah buka tapi pekerja dia ramai yang tengah bersiap (makan breakfast, ramai ahjumma tengah curl rambut etc) jadi kalau nak membeli dengan selesa mungkin better datang lepas 9 pagi.



Dekat tangga juga ada peta stall macam ni. Saya ni buta arah jadi saya snap siap-siap, senang nak refer nanti. Tujuan saya semestinya stall no #209 yang famous dengan orang-orang Malaysia tu. Masa saya sampai, ahjumma baru siap makan dan tengah minum kopi. Saya terus pilih, minta kurang sket, minta free sket (hehe) dan bayar. Less than 30 minutes saya dah kuar dari bangunan E-Lenddang ni.

Oh, ada satu design brooch ni saya beli 10 tahun lepas masih lagi ada terjual dekat kedai ahjumma ni. Saya tak pasti sama ada design tu ada balik or memang tak terjual sejak 10 tahun lepas or design tu memang evergreen *eceh! tapi disarankan minta ahjumma tu keluarkan design baru-baru tau. Masa saya 1st sampai, ahjumma tu buka kotak yang ada design 10 tahun lepas tu, tapi saya buat muka tak berminat so lepas tu baru dia buka kotak-kotak lain.



Lega bila dah settle barang kakak saya kirim, terus rasa lapar hehe
Terus teringat ada lorong asam pedas dekat Namdaemun ni jadi saya terus terjah ke situ.
Dari E-Lengddang tadi, jalan straight ke atas lagi (meaning makin jauh dari Exit subway tadi).Nanti akan nampak papan kuning tulis "Hairtail Alley" ni. Nak senang, cari kedai spek bawah ni. Lorong dia agak kecil, jadi kalau ramai orang memang boleh terlepas pandang.



Zoom sikit papan tanda dengan ikan yang posing tak hingat ni.




Saya asalnya nak ke kedai yang Kak Zarina post dalam blog dia ni : Honam Sikdang in Namdaemun.
Sekali kedai tu belum buka lagi jadi saya pusing-pusing dalam lorong ni dan nampak ahjussi kat bawah tengah prepare pot masak asam pedas tu.

Lepas tanya dia dah bukak ke belum dan ada pork ke tak, dengan yakinnya saya masuk dan order "galchi jorim". Tapi saya buat lupa cakap nak ikan apa... Jadinya dapatlah ikan yang macam ikan parang yang banyak tulang tu sobs!



Menu dekat kedai ni, semuanya 8,000W kecuali yang last tu.
2 paling atas adalah galchi jorim (belah kiri adalah galchi jorim ikan parang banyak tulang), yang tengah tu ikan bakar. 2 yang paling bawah tu saya tak dapat baca sebab tulisan Jepun dia tak ada maksud...


Masa saya sampai, ada 1 couple Japanese tengah makan dan sorang ahjussi Korea.
Duduk tak sampai 10 minit, beratur makanan depan mata... (ah sangat lapar bila tengok balik T_T)


Zoom sikit asam pedas dia! Siap dapat "keranchim" free. Saya sangat suka hehe "Keranhim" ni adalah makanan Korea yang saya paaaaaaaaling suka! Sedap ok!



Bercinta jugaklah nak abiskan semua makanan tu. Asam pedas dia lagi kick dari Heuksando dekat Myeongdong tu. Tapi anehnya saya tak sakit perut walaupun pedas dia lagi menyengat. Oh, btw, saya rasa Heuksando tu dah tutup, masa saya pergi ni kedai dia dah tak ada >.< Kalau betul tutup dan bukan pindah, sedih rasanya, dah berkurang kedai yang boleh dimakan di Myeongdong.

Lagi satu nak share, walaupun alley ni nama dia sempena ikan yang ala ikan parang tu, di sebelahnya ada alley jual pig feet. Jadi terpulanglah kepada masing-masing ya.

Pagi-pagi memang alley ni sunyi, tapi kalau 11:00 am ke atas, ramai orang jadi jangan cuak nak ke sini ya

Dah siap makan, saya balik ke Myeongdong dan pekena coffee sebelum gerak ke airport.
Kalau tak minum Vienna Coffee ni, rasa trip saya ke Seoul tak akan lengkap (over!)



You Might Also Like

9 comments

  1. kay, nanti bawa saya try asam pedas ne ye?

    ReplyDelete
  2. Alamak kalau betul heuksando dah ditutup agak sedih jugalah.. sbb tu antara kedai yg senang nak dicari bila ronda2 area myeongdong kan.. huhuhu tgk gambar kay ni buat saya rasa membuak2 nak cari kedai makanan korea halal..tp sini bkn lah spt kl huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa memang dah tak ada tau... sedih sangat.
      Datanglah KL weekend bila-bila, boleh kita dating makan makanan korea halal ;D

      Delete
  3. Kay...bangunan E Lengdang tu warna hijau eh..sbb last trip sis JM ke bangunan e Lengdang gak tapi warna oren...kedai no 209 dan 210..2 kedai ni jual murah..brouch paling murah 1,000 won dan bila beli kat sini siap bagi free brouch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik kenapa saya pergi ni warna hijau? Ke bangunan ni satu dinding warna hijau satu lagi warna oren?!
      Kedai 209 tu memang murah kan, lagi-lagi kalau dia tau kita orang Malaysia.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM! Sorry saya terdelete pulak comment akak!

      Aah, saya tanya kedai sebelah Heuksando tu dia kata dah tutup sobs Saya cuba tanya dia pindah ke mana-mana ke? tapi pakcik kedai sebelah macam malas nak layan cheit!

      Delete
  5. Dua2 ada oren n hijau.. Jgn gaduh2... Dah ada tmpt duduk lagi diluar kalau letih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~