[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : Garden of Morning Calm

00:00


Walaupun dah lebih 2 minggu masuk tahun baru, tetap nak wish tahun baru juga hehe
Selamat Tahun Baru! Semoga tahun 2016 ni lebih baik untuk kita semua, insyaAllah.

Azam tahun ni, banyak, nak ambik exam JLPT, nak update blog at least sekali seminggu (awal-awal dah fail orz), nak berhubung balik dengan kawan-kawan lama, nak test market kerja baru, nak dapatkan lesen memandu... berderet kan! Kita tengokla yang mana terlaksana ya.

Cerita saya ke Kyushu bulan 12 akan start lepas habis cerita Seoul akhir bulan 10 hari tu.
Kali ni sambung cerita di Seoul hari ke-2. Paginya saya ke Garden of Morning Calm dan petangnya berjalan-jalan di Samcheongdong, malamnya saya shopping di Myeongdong.

Garden of Morning Calm

Garden ni letaknya dalam daerah Gapyeong, ramai yang ke sini gabung dengan Nami Island & Petit France kan.  Tapi saya tak ada mood nak bersesak ke Nami jadi saya ke Garden of Morning Calm je.

Nak ke sini, kena turun Cheongpyeong Station. Dari Euljiro-Il-Ga, stesen terdekat dengan hotel saya kena tukar train 2 kali, sekali di Wangsimni dan lagi sekali di Sangbon, ambil masa dekat 2jam juga.
Pagi-pagi lagi dah keluar, sekali bila sampai Cheongpyeong Station, ada banyak masa lagi sebelum bas first jadi saya pusing-pusing sekejap.


Saya perasan banyak information board station dekat Korea suka tulis "pleasure ground", bunyinya agak serakahkan?
Saya faham la maksud dia mungkin tempat rekreasi kot, cubalah cari perkataan English yang lagi elok bunyinya.

Bas ni under Gapyeong City Tour.
Gapyeong City Tour ni harga dia KRW5,000 dan kita boleh naik turun ke beberapa attaction macam Nami Island, Petit France etc. 
More info pasal Gapyeong City Tour :- boleh refer Visit Korea page ni.
Oh, nak naik bas ni kena pergi Exit 2 tau (saya pon dapat info dari blog Azra ni, tq ya!)
Juga kalau rajin jawab survey dekat page KTO Malaysia, boleh dapat free tau.


Timetable ke Garden of Morning Calm

Timetable dari Garden of Morning Calm
Betul-betul depan station ni ada bukit.
Ramai sangat locals yang datang dengan hiking attire. 

Penat duduk dekat tempat tunggu bas tu, saya jalan-jalan tepi stesen.
Sekali jumpa ada walkway buat dengan kayu jadi saya jalan je tengok sampai ke mana.
Rupanya just taman kecil ja, tapi siap ada reban ayam itik.

Masa ni sejuk bangat, jalan sambil lompat2 untuk dapatkan haba 

Terkejut saya tengok ada reban ni.
Tak bau busuk so maksudnya ada orang jaga la kan

Tak tahan sejuk, saya patah balik masuk station dan minum kopi sampailah waktu bas gerak.
Bas agak penuh pagi tu, nasib baik dapat duduk. Kalau tak, mau ada yang buat aksi jatuh atas bas sebab jalan nak ke Garden of Morning Calm ni agak pusing-pusing.

Dalam bas dekat 30 min juga dan akhirnya sampai di Garden of Morning Calm.
Mak aiiih ramainya orang, rasa nak menangis tengok lautan manusia.
Tapi inilah padahnya datang hari Ahad, hari orang-orang Korea ni berekreasi dengan family.

Anyway, garden ni memang lawa betul. Terkesima, terkagum sekejap tengok pokok dan landskap dekat sini.

Banjiran orang ramai


Pokok yang tinggi dengan bentuk ala pokok bonsai tu usia dia 100 tahun tau

Lawa... lama juga lah saya termenung di sini

Asalnya saya nak duduk dekat bangsal ni kejap, tapi lepas tu ramai sangat orang buat photoshoot di sini,
jadi segan pulak

Dah banyak daun yang luruh juga

Gambar ni sebenarnya diambil oleh seorang ahjussi yang kesian tengok saya terkial-kial nak dapatkan shot yang lawa.

Sini pon ramai orang, sampai kena beratur nak ambil gambar

Ini cubaan saya tiru ahjusshi punya style... Failed!

Saya tak lama sangat pon dekat sini, balik ke stesen dengan bas pukul 12.
Ramai sangat orang sampai rasa lemas... Pengajaran untuk saya adalah, janganlah terjah tempat macam ni pada hari Ahad.


You Might Also Like

8 comments

  1. Selamat tahun baru kay!

    Samalah. Impian saya nak update kerap dari tahun sebelum nya sudah ke laut dari awal..

    Cantik kan tmn ni? Teringat masa pegi 2012 dulu, begitu excited mencari filming location utk a few kdramas. Tp nak menyampaikan dari 1 taman ke taman yg lain tu mmg ya ampun jauh nya..

    N saya ada pengalaman x best d sini bila mana terlepas bas nak balik & kena menunggu lebih sejam dlm kesejukan.. masa tu hujung autumn n nak masuk winter..ada 1 pondok bertutup tp x ada heater so masih terasa kesejukannya. Saya sampai baring mengerekot atas kerusi panjang. Dah mcm pengemis jalanan pun ada huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga Cikgu Didi!

      Uih saya tau pondok tu! Masa saya pergi pon tak ada heater, beria masuk nak panaskan badan sekali kecewa >.< Kesiannya, mesti sejuk gila masa tu kan. Dahlah sejam. Tapi, pengalaman macam ni memang pahit masa kena, tapi bila diingat balik, itulah antara yang kita paling ingat kan!

      Delete
  2. mmg agak phobia jalan2 hari ahad di korea sana ... org melimpah ruah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Stress bangat, nak jalan pon tak boleh kan!

      Delete
  3. Kay, caiyukkk untuk lesen memandu tu..

    ReplyDelete
  4. exam JLPT tu ..exam apa eh..aha...sah la x de lesen memaneu lagi sbb Kay baru je balik msia

    Garden ni mmg cantik on autumn..oh Korea.. i will repeat...x jejak lg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. JLPT tu stands for Japanese Language Proficiency Test. kalau nak kerja syarikat Jepun banyak yang nak ada sijil ni.
      hehehe saya sebenarnya asyik tangguh nak gi sekolah memandu >.<

      yess! silalah pergi kak JM! cantik sangat!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~