[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : Samcheongdong

14:00


Balik dari Garden of Morning Calm, saya ke Samcheongdong. Plan asal adalah nak cari boots winter untuk trip saya ke Kyushu dekat JayHaus, tapi masa saya pergi ni diorang tengah buat summer sales lagi >.< Bekum ada winter shoes jadi saya balik dengan tangan kosong. Juga sempat terjah satu bundle shop, tapi tak ada hasil juga sebab kali ni kedai ni dah plak jual winter clothes. Summer clothes dah masuk stor katanya. Aish, timing memang ke laut kali ni. Tapi mungkin Dia tak nak bagi saya shopping banyak sangat hehe

Frust tak dapat beli apa yang diplan, akhirnya saya just jalan-jalan dekat Samcheongdong sampailah Gyeongbokgung.


Kalau lintas jalan dari Insadong, akan masuk lorong ni.
Kiri-kanan adalah all girls school.
Sangat jeles sebab sekolah diorang dekat Samcheongdong. Sekolah saya dulu tepi highway je.

Kalaulah sekolah saya selawa ni, mesti saya dah jadi best student dulu (dan2 je)

Kalau ke Samcheongdong, saya suka masuk lorong-lorong kecil macam ni.
Pernah sekali tersesat dan termasuk kawasan rumah orang kaya Bukchon.
Nasib baik tak kena saman pasal trespassing.

Akhrinya, saya mencuba juga churros yang menjadi kegilaan di Seoul ni.
Sedap tu sedap, tapi tak adalah sampai nak beratur berjam semata-mata

Lagi satu sebab saya suka ke Samcheongdong ni - kedai-kedai style Bukchon ni banyak dan comel2.
Tapi hari saya pergi ni hari Ahad, mana2 pon penuh. Nak melayan perasaan sorang2 pon tensi!

Inilah kedai bundle yang saya masuk tu.
Kebanyakan bundle dari USA dan Europe, harga pon not bad.

Pokok-pokok yang baru nak menguning

Simpang keluar ke Gyeongbokgung.
Saya rasa langit hari tu sangat lawa...

Area Gyeongbokgung ni banyak daun dah bertukar warna dan gugur



Dah penat meronda kawasan (cehhh :D) saya patah balik ke Insadong.
Ingat nak makan sujebi yang famous tu, tapi sekali ramai mak aih orang beratur. Terus kensel dan balik Myeongdong je lah.

Insadong 



You Might Also Like

8 comments

  1. Rindunya pemandangan pokok kuning oren tu!!

    Baca entri ni terserlah ketensenan kay sbb ramai org di mana2 hehe..

    Suka area insadong sbb kurang sesak n pada saya ada kedai souvenir yg jual brg dgn harga lebih murah dr myeongdong. Ada 1 henbeg saya beli dkt area insadong dah nak masuk thn kedua pakai masih elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nampak sangat tensennya kan!

      Saya pon suka Insadong, barang dia pon lebih berkualiti dan proper dari Namdaemun kan.

      Didi, bila nak repeat Korea? :D

      Delete
  2. berkali2 ke Seoul tapi x jejak lg Garden of Morning Calm dan Railbike tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu maksudnya kena repeat lagi Sis JM :D

      Delete
  3. Bekum ada winter shoes ke BELUM hihhihi..tapi dah jumpa winter shoes waktu last trip kan kan kan hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je typo ya Sis JM hihihi
      Ya, terima kasih sebab temankan saya cari winter shoes hari tu! #muahciked

      Delete
  4. Samcheongdong ni cantik kalau autumn kan...plan nk ke sana SOLO hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan nak g solo kak JM ni dah setahun saya dengar, bila nak jadinya? Tak sabar nak dengar cerita solo versi akak pula!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~