[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : ♪ Hayato no Kaze Express Train ♪ Kagoshima-Chuo ~ Yoshimatsu Part 1

10:57


Dah lama tak menulis di blog, alasannya satu sahaja, saya busy yang amat dengan kerja. 2, 3 minggu ni barulah rasa reda sikit, barulah rasa lapang sikit nak menulis.

Mari kita sambung cerita Kyushu last year. Dah nak dekat setahun dah orz.
Lepas balik dari Kagoshima City Tour, saya ambil train untuk ke Kumamoto.
Dari Kagoshima Chuo, boleh je naik Sakura Shinkansen direct ke Kumamoto, lagi cepat.
Tapi sebab saya nak naik design train, saya ambil jalan jauh.

Route yang saya guna :: Kagoshima-chuo -  Yoshimatsu - Hitoyoshi - Shin-Yatsuhiro - Kumamoto.
Sedikit jauh tapi sangat best sebab dapat naik train yang macam-macam design!
Plan saya lepas Kagoshima City Tour tadi ingat nak pergi makan sekejap, sebab saya perasan ada kedai makan dekat floor atas Kagoshima Chuo station. Tapi sekali tengok jam ada dalam 30 minit je sebelum bertolak jadi cancel plan makan. Sempatlah ke konbini beli onigiri dengan air sebelum turun ke platform. Turun-turun tengok train dah ada menunggu.

Train berkilat habis! Terasa betapa gigihnya pekerja JR ni gilap train diorang.
Pandangan sisi train.
Sesuai sebagai sightseeing train, window dia memang besar.
Juga berkilat tak ada habuk atau grease langsung!

Bahagian depan train. Sangat klasik!
Sebenarnya adik ni offer saya bergambar dengan tarikh depan kepala train ni tapi saya tak nak. Saya suruh dia bergambar hehe Mula-mula dia pon segan, cakap tengah kerja la. Tapi akhirnya adik ni setuju diambil gambar. Saya suka uniform dia, sangat masuk dengan design train ni kan.

Nama train ni adalah "Hayato no Kaze"
Apa maksud Hayato no Kaze ni?
Hayato, literally maksud dia adalah orang falcon. Haya - falcom + to = orang. Katanya zaman dolu-dolu, suku Hayato ni duduk area Kagoshima ni.
Kaze pula maksud dia angin.
Jadi Hayato no Kaze = Angin Orang Falcon. Bunyi tak sedap langsung bila translate. Angin Jejaka Falcon, better kan? Mungkin JR nak sampaikan yang train ni semantap suku Hayato yang dianggap macam orang yang kuat zaman dulu.
Tapi kalau ada yang suka J-Drama macam saya, bila nampak perkataan hayato saya terbayang Hayato dari Gokusen 2 yang kacak itu je hehe

Interior train ni semuanya dari kayu.
Saya suka sangat train-train ni, rasa nak bermastautin dalam train je!
Langsir depan tandas pon guna warna yang masuk dgn interior train.
Earth tone ya orang panggil tone warna train ni?
Sebab ada beberapa minit lagi nak berlepas, saya keluar train balik bila nampak satu train kuning masuk. Ni pon salah satu wishlist train saya, tapi kali ni saya tak sempat nak naik. Train Nanohana ni lalu tepi laut juga, khabarnya pemandangan dia sangat cantik.

Nanohama Express Train, mu tunggu ku datang!
Sedang saya syok usha Nanohana train ni, tiba-tiba dengar bising-bising. Oh, ada segerombolan pekerja JR datang dan ada yang pakai costume Santa Clause. Baru saya teringat yang hari ni adalah Hari Christmas.

Rombongan Santa 
Hadiah dari Santa Claus.
Caramel Corn ni antara snack favourite dekat Jepun dulu.
Sedap sangat ok! Setahu saya tak ada bahan yang tidak halal/mencurigakan pasal snack ni,
siapa yang yakin silalah beli sekali.
Rasa dia macam jajan perisa durian masa kita kecik-kecik dulu, tapi yang ni rasa caramel.
Bila train dah nak bergerak, kami disuruh lambai bendera ke arah snowman dan Santa atas platform. Saya pon ikut je la, lagipun dah dapat rasuah makanan kan hehe

Bye bye snowman!
Tak dapat snowman real pon tak apalah.
Bila train dah gerak baru perasan yang dekat bendera ni ada lukis train yang saya naik ni jugak.
Terer kan sapa yang lukis ni.
Route train Hayato no Kaze ni, akan lalu sebelah Kinko Bay dulu sebelum merentas pergunungan di tengah kepulauan Kyushu. Kiranya boleh tengok pemandangan laut dan juga darat. Saya memang lucky sebab cuaca cantik sangat hari tu. Teringat-ingat lagi cuaca yang best ni1

Kinko Bay dan Sakurajima dari jauh
Semakin jauh meninggalkan Sakurajima.
Rasa rindu pulak dengan tempat ni.
Walaupon saya sekejap je di Kagoshima, saya memang jatuh hati habis.
Antara tempat yang saya teringin nak repeat...
Selalunya dalam design train dekat Jepun akan ada stamp macam ni.
Kalau ada kesempatan naik, bolehlah cop kat mana-mana (jangan cop kat paasport sudah)
buat kenangan.
Lawa kan laut dia. Juga bersih betul.
Stop pertama - stesen Hayato.
Cantik stesen dia kan, sangat klasik dengan buluh-buluh semua kan
Selepas stesen pertama tadi, train akan mula masuk ke dalam hutan dan route dia akan start mendaki
Train hari saya naik ni sangat kosong, dalam gerabak ada dalam 5 orang je kot.
Maybe sebab masa saya pergi ni Jepun belum start cuti akhir tahun lagi

Stop-stop lepas ni adalah lebih menarik, ada stesen yang dah berusia lebih 100 tahun, juga ada stesen yang masih ada kesan Perang Dunia Kedua. Saya akan sambung dalam next entry ya.

You Might Also Like

4 comments

  1. How are you dear? Lama x terjah sini... hopes sihat selalu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi SS! Saya sihat-sihat je. TQ SS!

      Delete
  2. kay,

    apa nama castle yang dikelilingi hamparan awan yang kay tunjukkan pada saya haritu ya? nak cuba cari info mengenainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Zilla!
      nama castle tu Takeda Castle :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~