[TRAVELOG] Mar 2016 - Seoul : Edisi Pengenalan Part 1
01:15
Dah hampir 2 minggu balik dari Seoul.
Trip pendek ke Seoul, 5H4N. 2 hari pertama dtemani MM (ex-boss saya yang sudah balik Jepun) dan 3 hari terakhir pula saya bersendiri mencari ketenangan (cewah!).
Tapi sudahnya lagi berserabut dari sebelum pergi.
Saya pergi ni akhir bulan 3, di Tokyo sakura dah galak berkembang tapi Seoul masih dingin sedinginnya. Bunga pun masih malu-malu nak berkembang.
Trip kali ni tak kemana sangat, cuma cuba menghabiskan Seoul wishlists saya yang panjang berjela.
Bukchon Hanok Village
Access : Anguk Station (Line 3), Exit 3
Boleh refer page Visit Seoul ni untuk maklumat lanjut,
Ke sini atas permintaan MM yang baru terjebak dengan Seoul :)
Kami pusing satu Bukchon Hanok Village ni tak sampai sejam, too hot and too crowded.
Last-last turun Samcheondong dan minum sakura latte di Coffee Bean.
Susah sangat nak jumpa lorong yang tak ada orang macam ni |
Sakura baru nak berkembang |
Kami ternampak signage Bukchon Village Observation Point. Sebab nampak ramai Korean yang tuju situ, kami pon menyibuk ikut. Dan inilah view dari observation point tu... |
Bongeunsa Temple, Gangnam
Access : Bongeunsa Station (Line 9), *saya lupa exit berapa, sorry!
Juga boleh jalan dari Cheongdam Station (Line 7) atau Samseong Station (Line 2)
Boleh refer page Visit Seoul ni untuk lebih banyak info.
Saya ke Bongeunsa Temple ni secara tak sengaja sebenarnya.
Asalnya saya nak ke SM Artium dekat COEX sebelah temple ni, sekali tengah google info terbaca yang ada bunga dah kembang dekat Bongeunsa ni.
Jadinya saya melencong sekejap ke Bongeunsa, sambil nak usha station baru, Bongeunsa (Line 9).
Line 9 ni baru je extend sampai Sports Complex dan Bongeunsa adalah one stop sebelum Sports Complex. Stationnya baru yang masih bersih berkilat!
Bongeunsa Temple ni pada pendapat saya special sebab 2 perkara :- pertama adalah sejarahnya yang panjang, temple ni dibina hampir 1,000 tahun lepas pada zaman Silla Kingdom tau! Dan keduanya sebab lokasinya yang betul-betul tengah Samseong area, iaitu area high-end office dekat Gangnam. Bayangkan, tengah-tengah skycrapers tu boleh ada temple dengan kawasan yang luas macam ni.
Oh, sebelum ada yang teruja nak ke sini, sila maklum bahawa temple ni masih functioning, jadinya memang orang datang sembahyang dan bau setanggi pon kuat. Tapi, pada saya, kalau niat kita bukan untuk sama-sama join sembah tuhan dia, tak ada salahnya ke temple tapi saya akan elakkan dari masuk ke area sembah-sembah dia tu, cukup sekadar tengok dekat luar.
Bongeunsa Temple ni betul-betul seberang COEX Convention Center. Hotel yang tinggi tersergam tu adalah Intercontinental COEX. |
Bila saya naik ke atas sikit, barulah ada banyak bunga-bunga sikit. Pokok di sini banyak yang tinggi-tinggi, lenguh nak mendongak. |
Saya rasa bunga pink ni cantik semacam walaupon tak berdaun |
Tak banyak sangat pon pokok yang dah berbunga, tapi cukuplah untuk merasai spring |
First time berjaya setting macro dekat camera sendiri... sadis! |
Saya suka gambar ni, rasa macam saya dari zaman dulu sedang mengintai kemodenan Seoul |
Lagi satu keistimewaan Bongeunsa ni adalah ada satu pokok sakura dekat tengah-tengah ground dia yang selalu bloom awal dari pokok-pokok lain dekat temple ni |
Masa saya datang ni, bunga sakura ni dah bloom hampir separuh. Tak perfect, tapi masih lagi cantik pada mata saya |
King Sejong Statue Light-up Event
Access : Gwanghwamun Station (Line 5), exit 1, 2 or 5 (semua boleh sampai insyaAllah)
Tengah ada event light-up King Sejong Statue ni sempena 130 tahun persahabatan Korea-France jadi satu malam saya singgah kejap. Lampu tepi-tepi tu mesti ada makna dia, tapi sayangnya tak ada explanation dekat mana-mana, agak kecewa di situ.
More info on this event boleh refer sini :- Korea Joongang Daily. Oh, event ni akan berakhir 14 April ni.
Seonyudo Park
Access : Seonyudo Station (Line 9), Exit 2
* Kena jalan agak jauh dari station, dalam 20 minit, cross jambatan semua.
Seonyudo Park ini antara port dating untuk warga Seoul - sunset dia antara yang tercantik di Seoul pada saya. Juga sangat cantik musim bunga dan autumn. View masa autumn boleh sneak peek di sini.
Seonyudo Park ni adalah island di tengah-tengah Han River. Kawasannya tak luas mana, ada sepagi dah cukup nak round semua. |
Bunga baru nak bercambah |
Yang ni pon sama, menghitung hari untuk berkembang sebagai bunga |
Tapi ada juga dah hampir blooming macam ni |
Dan memang rezeki saya, ada sepohon sakura yang sudah mekar :D |
Oh lupa pula saya nak share, Seonyudo Park ni sejarahnya juga panjang. Sebelum direnovate kepada park untuk orang ramai, Seonyudo ni adalah tempat pembaikpulihan air dari industrial waste. Arkitek dia redesign park ni untuk mixed kan nature dengan hasil tinggalan konkrit.
More stories on Seonyudo Park : Visit Seoul page.
Dari Seonyudo Park ni, kalau keluar ikut exit belakang dia, boleh cross Han River ke Hapjeong Station (Line 2). Jambatan ni satu-satunya jambatan Han River yang ada walkaway untuk pejalan kaki katanya.
Dari Seonyudo Park ke seberang sini, saya ambil masa dalam setengah jam juga nak cross... |
Yay, crossed one of my Seoul wishlist :D |
Dan di Seonyudo Park ni juga akhirnya saya jumpa pokok bunga golden bells ni. Buat yang tak tahu, orang-orang Korea terutamanya warga veteran dia akan kaitkan pokok ni dengan spring tapi kebelakangan ni sakura pula dah jadi trademark spring di Korea.
Saya suka bunga ni, ceria dan rasa semangat pon naik :D (ayat pujuk diri sendiri nak menghadap monday blues esok!) |
10 comments
kay, cantiknya haih! terbakar saya dibuatnya huhuhu
ReplyDeletemianne Zilla! next year ya! :D
Deletekay, ingatkan saya tau lebih2 lagi kalau ada promo..maklumlah dah tua2 begini, takut lupa :D
DeleteInsyaAllah, akan saya roger2 Zilla kalau nampak Air Asia buat sale ya!
DeleteKay, apa yg berlaku. Kenapa jadi lagi berserabut dari sebelum pergi. Wae yo wae yo. *modemenyibuk*
ReplyDeleteHaha saya tengah gedik nak tukar kerja, tapi bila tanya ramai orang, banyaklah pendapat dan buat saya berfikir macam-macam, akhirnya makin confused D:
DeleteSS pernah jugak plan nak ke Bukchon Hanok Village masa jejak kaki ke Seoul... Last2... Punya pemalas menapak jauh... So... Pi tempat lain... he he he...
ReplyDeleteItu maksudnya kena repeat Seoul dan pergi Bukchon hehe!
Deletesalah timing lah Kay..kalau g bulan 4..sakura tgh galak berkembang...memutih jek sana sini
ReplyDeletehehe itu plan tahun depan :D
Delete