[TRAVELOG] Mar 2016 - Seoul : Edisi Pengenalan Part 2
01:15
Bersambung dari sini : Mar 2016 - Seoul : Edisi Pengenalan Part 1
Sebelum fly lagi saya dah berazam nak makan satu dessert satu hari hehe Perangai tamak tak habis-habis kan! Kali ni sangat gigih bawa bekal dari Malaysia sebab nak budget makan dessert!
Sulbing Korean Dessert Cafe
Access : Merata-rata di Seoul!
Ah, Sulbing! Cafe yang memperkenalkan snow ice untuk bingsu yang dah jadi trend dekat Korea sekarang ni. Menu paling famous adalah Injeomi Bingsu, tapi menu special untuk musim spring ni adalah bingsu strawberry. Ada dalam 4, 5 jenis tapi saya makan Strawberry Cheesecake Bingsu.
Menyesal beli satu share berdua hehe Satu bowl ni saya mampu habiskan sorang :D Strawberry dia manis bangat *_* |
Patbingu Food Court Shinsegae Department Store
Access : Express Bus Terminal (Line 3, 5 and 7), Exit 8
Saya dah pernah datang cafe ni dulu, tapi atas permintaan MM saya pergi lagi sekali.
Kali ni ambil strawberry bingsu, dan kali ni kami tamak ambil sorang satu! Memang berbaloi
Yang warna pink tu adalah mashed strawberry, tak sweet sangat, tak masam sangat. Masuk je dengan mochi 3 ketul kat atas tu. |
홍두빙 (Hon Du Bing?), Myeongdong
Access : Myeongdong Station (Line 4), keluar mana-mana exit pon takpe. Kedai ni atas Espoir yang satu row dengan Olive Young yang besar tu. Ada patung anjing jenguk keluar ke jalan besar ikut tingkap dia.
Saya dah agak lama aim nak ke cafe ni sebab nampak dia ada half menu untuk seorang.
Lepas tengok light-up King Sejong, teringin nak makan bingsu tapi saya dah sorang-sorang masa ni. Then teringat pasal cafe ni.
Ingatkan nak order Strawberry Bingsu (lagi!) tapi dah sold out jadi saya ambil Oreo Bingsu.
Cafe ni pon pakai snow ice. Sedaplah, tapi still tak boleh lawan Sulbing pada saya. |
Dessert Lab, Gourmet Dessert Food Court, Incheon Airport
Gourmet Dessert Food Court dekat Incheon Airport ni baru bukak bulan 10 last year.
Food court ni ada kioks dari cafe-cafe famous dekat area Cheongdam dan Hongdae. Kiranya dah tak perlu ke dua area tu untuk menikmati dessert diorang yang famous-famous tu.
Food Court ni terletak atas Departure Floor. Sebelum masuk immigration, kalau perasan ada eskalator naik atas kan. Haa, kat atas tu ada banyak restoren dan Gourmet Dessert ni terletak kat hujung sekali.
Kiosk-kiosk yang ada |
Lepas pusing-pusing, saya decide beli kek kedai ni, sebab abang ni je yang faham English dan faham apa yang saya tanya sebagai Muslim |
Dessert Lab ni famous sebab dia mengolah dessert traditional Korea ke design moden |
Coffee dia biasa-biasa je, tapi green tea roll cake dia tu sedap bangat! Tak rasa pahit, tapi still boleh rasa ke'green-tea'an dia tu. |
Dok-dabang, Shinchon
Access : Shinchon Station (Line 2), Exit 2
Keluar exit, jalan straight menuju ke Yonsei University sampai jumpa Holly's Cafe. Cafe ni terletak di tingkat 8 bangunan sebelah Holly's Cafe tadi.
Dibuka setiap hari dari 10:00 sampai tengah malam, kecuali Ahad buka pukul 11:00 dan tutup pon pukul 11:00.
Dok-dabang adalah short-form untuk Doksuri Dabang.
Doksuri maksudnya helang dan Dabang pula kopitiam.
Helang juga adalah lambang Yonsei University.
Nampakkah kaitannya di situ?
Dok-dabang ni sejarahnya panjang, walaupun tak sepanjang Yonsei University sendiri.
Cafe ni pernah ditutup sebab owner dia sudah uzur dan baru-baru ini cafe ni dihidupkan semula oleh cucu owner dia dulu.
Saya suka cafe ni sebab dia macam library, sesuai untuk
Oh, kalau order minuman dekat sini, automatik dapat refill sekali (tapi refill dia Americano je lah).
Entrance dia pon klasik! |
Bahagian dalam cafe, macam rumah pon ada kan |
Saya order cappucino, rasa dia sedap je pada saya. Mungkin sebab tak ramai customer petang tu, saya dapat kek free! |
Edisi pengenalan pon dah panjang berjela kan! Cerita penuh tak tau bila akan keluar tapi saya dah tak ada tiket ke mana-mana selepas ni, jadi bolehla duk diam-diam dan siapkan travelog yang tak habis-habis!
10 comments
kay, semuanya nampak tempting sungguh! haih! tergugat dibuatnya :D
ReplyDeletesaya pon jadi mengidam nak makan dessert lepas taip entry ni.
Deleteapalagi Zilla, balik kerja nanti singgahlah mana-mana cafe yang patut :D
wowowo tak boleh..tak boleh..kalau dah petang2 saya cuma terbayang periuk nasi di rumah je kay, lain saya tak nampak dah :D
Deletecenggitu la plak! kalau camtu, nanti bila kita ngedate lah kita pergi makan dessert ;D
DeleteOooohhhh Tidakkkkkk!!! Why Why Desert???? Lapaqqqqq! Cehhh.. Nyesal tertengok... Ha Ha Ha...
ReplyDeleteSorry SS! Kalau saya turun JB nanti jom saya belanja dessert Johor hehe
DeleteNak try Dok Dabang nanti view autumn lawa kan. Hahahaha.
ReplyDeleteDemmmm, saja je nak bagi terbakar kan! Huhh!
Deletebingsu strawberry tu..merembes!
ReplyDeleteSaya pon meleleh air liuq setiap kali tengok bingsu tu!
Delete