[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilots, Kagoshima Part 1
14:30
Sambungan dari sini : Dari Ibusuki ke Chiran
Selepas sejam perjalanan dengan bas dari Ibusuki, saya sampai di Chiran.
Chiran ni sebenarnya adalah nama lama bandar ni, sebab pada tahun 2007 Chiran ni telah bergabung dengan 2 bandar lain menjadi Minami-Kyushu.
Zaman dulu-dulu iaitu Zaman Edo (1603-1868), Chiran ni adalah kawasan samurai dan hingga sekarang ada banyak lagi peninggalan zaman samurai ni tau.
Masa zaman Perang Dunia Ke-2 pula, Chiran ni jadi army base jadi banyak tinggalan bangunan berkaitan Perang Dunia Ke-2 di sini tapi saya hanya sempat ke Chiran Peace Museum for Kamikaze Pilots ni.
Dari tempat turun bas tadi, kena jalan ke depan sikit dan lintas jalan untuk ke entrance museum.
Dekat tempat turun bas, penuh dengan daun kuning yang baru gugur. Rasa macam disambut karpet kuning pon ada. Diraja lah sangat kan!
Daun kuning berguguran menyambut saya di Chiran |
Pokok-pokok yang belakang ni semuanya dah tak berdaun |
Rupanya lepas lintas jalan dan sebelum sampai ke entrance museum, banyak pula tarikan lain di sepanjang jalan. Saya rasa kalau jalan terus ke entrance dari traffic light kat atas, tak sampai 10 minit rasanya. Tapi saya banyak singgah tengok satu-satu, siap singgah information counter lagi.
Taman kecil ni betul-betul depan traffic light. Mantap gila bonsai dia yang kat tengah-tengah tu kan,. |
"Otome no Inori no Niwa" = Garden of Praying Maiden |
(Rasa sedikit bijak dapat tulis signifikasi dalam blog!)
Tapi saya nak spekulasi lah ya. Dalam masyarakat Jepun dulu-dulu, merpati ni macam gift untuk God of War, jadi saya speku yg merpati tu untuk dewa diorang sebagai hadiah untuk membahagiakan roh-roh askar yang terkorban dalam perang.
Pokok kiri-kanan tu adalah pokok sakura. Kalau time spring, jalan ni femes sebagai salah satu hotspot untuk tengok sakura yang best. |
Map kawasan museum. Sebelah tanda merah bulat kat tengah tu ada information counter. |
Lepas dah dapat map dan dengar explanation, saya akhirnya gerak ke musuem.
Patung katak di luar information center |
Bangunan hujung tu adalah museum |
Hmm, kalu dari gambar atas ni, memang sama kalau kita tengok jet pejuang dari depan kan.
Tapi, sebelum masuk ke museum, saya jalan-jalan dulu dekat perkarangan dia sebab saya ada nampak diorang pamerkan jet pejuang yang digunakan masa perang dulu.
Masa saya berjalan ke arah jet ni, dari jauh dengar suara orang menjerit-jerit (ni bukan cerita angker ya!). Rupanya seberang sana tu ada padang untuk baseball dan ada budak-budak sekolah tengah berlatih petang tu. Rasa sangat ironi, sebab kamikaze pilots yang terkorban dan diingati dalam museum ni, kebanyakannya ramai yang masih belasan tahun dan agaknya sama baya dengan budak sekolah yang tengah gembira berbaseball di luar sana tu. Ironi bila memikirkan nasib mereka yang berbeza...
Sini pon penuh dengan pokok sakura |
Nama jet pejuang ni adalah "Hayato" |
Seberang jet pejuang tu ada monument yang macam pagoda dekat temple ni. Dibina juga untuk mendoakan pilot yang terkorban |
Patung askar ni menggenggam erat tangan dia sambil mendongak ke langit. |
Sebelah patung askar tadi ada lagi satu jet pejuang yang juga sama jenis dari yang pernah digunakan dalam misi kamikaze |
Kena lalu bawah buluh tunnel ni untuk ke Kannon tu. Saya tak pergi pon, sebab macam seram je hihi |
Kiri kanan buluh tunnel tadi ada lantern dari batu ni. Lantern batu ni juga dibina hasil dari derma dan jumlahnya melebihi 1,000, seolah-olah setiap satu adalah untuk setiap pilot yang terkorban |
Sebelum patah balik ke museum, saya sekali lagi lalu depan jet pejuang ni. Walaupun dah berlumut, tetap nampak kegahhannya kan. |
12 comments
Ada mcm2 tempat menarik ktchiran ni ye. Paling berkenan, tmn yg ada bonsai tu.
ReplyDeleteSaya pon terkejut ada macam-macam, sebab before pergi tu saya bayang ada bangunan museum seketul camtu je.
DeleteBonsai dia sangat pro kan? Lama juga saya dok tengok situ.
Daun kuning tu cantik sgt, rasa nk golek-golek dog ;P
ReplyDeleteHaha kalau tak basah dan tak sejuk, memang best golek atas daun2 tu :D
Deleteahaksss..org msia suka senyum...x semua kot
ReplyDeletebetul, x semua tapi masih ramai yang pemurah senyuman saya rasa :D
Deletepe lagi menarik kat Chiran ni selain museum dan Samurai Village
ReplyDeleteada ladang teh yang lawa dan juga gunung ala mt fuji tu :D
Deletemasuk museum ni kena byr tak
ReplyDeletekena bayar, kalau tak silap dalam 700 yen camtu
Deletemmg tak ramai org or camne sbb semua pic tu cantik x de pic org
ReplyDeletemmg tak ramai orang kak JM. lagipun masa ni masa nak dekat raya orang Jepun so lengang sikit.
Delete