[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : APA Hotel Kagoshima Chuo Eki-Mae
12:00Sambungan dari Chiran Samurai District Part 2.
Selepas tidur agak-agak sejam, saya bangun dengan harapan dah sampai Kagoshima-chuo. Tapi rupanya bas stuck dalam jam, saya terlupa yang masa saya pergi ni adalah time orang Jepun nak cuti panjang jadi memang ramai orang. Last-last, dekat pukul 7.30 mlm juga saya sampai Kagoshima-chuo station.
![]() |
Station dihias cantik sempena Krismas. |
Anyway, lepas turun bas saya terus gerak ke hotel saya untuk malam ni :- APA Hotel Kagoshima Chuo Eki-Mae.
Offical website : APA Hotel Kagoshima Chuo Eki Mae
Access : 5-7 minit jalan kaki dari West Exit Kagoshima Chuo Eki
Saya booked melalui Expedia dan dapat dalam RM125 per room.
![]() |
Bas berhenti di East Exit jadi kena jalan ke West Exit untuk ke hotel |
![]() |
Keluar je West Exit, boleh nampak dah APA Hotel ni. Kena jalan kurang dari 10 minit. |
![]() |
Pintu masuk hotel. |
![]() |
Bilik saya adalah bilik single, tapi katil dia agak lebar untuk standard single Jepun |
![]() |
Lengkap dengan meja solek dan set kopi dan teh |
![]() |
Bilik air adalah standard Jepun, toilet, bath tub dan shower semua dalam satu kiub |
![]() |
Dan toilet semestinya ada washlet ni. Serius, kalau ada orang tanya saya apa saya paling rindu pasal Jepun, jawapan saya adalah warm washlet time winter! |
![]() |
Ada 2 tompok cecair kat lantai. Satu tu macam air, yang lagi satu tu saya tak tau apa. Agak geli dan scary. |
Tapi last-last saya memang tertidur sampai pagi tak sedar apa hehe!
0 comments