[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul, The Highlights

20:00


Trip di tengah tahun untuk menenangkan diri. Sebenarnya saya tengah gundah gelana sebab saya bakal ditukarkan ke department baru bulan depan >.< Saya sangat suka kerja dan department saya sekarang tapi nak buat macam mana kan, dah setahun saya minta extend dan extend sampailah dah tak boleh extend.

Anyway, sempena tema menenangkan diri, trip kali ini saya ke Suncheon dan Boseong di South Jeolla (atau nama Korea dia Jeollanamdo). Suncheon ni famous dengan Suncheon Bay Wetland dan di Boseong pula ada ladang teh hijau yang saujana mata memandang. Kemudian ke Seoul untuk shopping and gourmet therapy... over kan nak therapy bagai!


Laluan di tengah-tengah reeds di Suncheon Bay

Padang menghijau yang sangat cantik

Percubaan memburu sunset di Mt. Yongsan, Suncheon Bay

Saki baki sunset untuk saya

Ke Nag'an Eupsong yang kekal sejak zaman Joseon

Ke rumah tradisional Korea yang masih utuh cantik

Simple hiking di Seonamsa Temple

A morning at Boseong green tea plantation

Ada orang cakap ko ke Korea semata-mata ni? Sama je kot dgn Cameron Highland. Sama for you, but not for me...

Sepagi di Samcheondong, one of my favorite places in Seoul

Menghabiskan sepagi untuk shopping spree in Garosugil

Patbingsu yang sangat simple. tapi most of the time simple is the best kan?

Rasa nak terbang ke Seoul lagi sekali semata-mata untuk makan parfait ni!

Sunrise di pagi terakhir di Seoul

Thank you Air Asia for bringing me back home safely

Masuk office dengan semangat baru tapi ayat pertama boss saya adalah, Kay-san, apakata awak stop ke oversea? Awak ke Nepal, jadi earthquake. Awak ke Korea, wabak MERS merebak.

Sentap saya boss!

Cerita penuh akan bersiar selepas saya tamatkan cerita ke Nepal dan juga day trip ke Ipoh ya!



You Might Also Like

20 comments

  1. Woitt Woiitttt lawaaaaaa tempat nihhhhh

    ReplyDelete
  2. "Ada orang cakap ko ke Korea semata-mata ni? Sama je kot dgn Cameron Highland. Sama for you, but not for me..." SS selalu kena macam ni... Pedulik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kita yang suka travel ni mmg selalu dpt komen mcm ni kot. Pedulikan mereka kan!

      Delete
    2. jangan dengar kutukan org... buat x tahu je...

      Delete
    3. Heh saya memang buat tak tahu. Poker face je memanjang.

      Delete
  3. Kay!!!!!! baru balik dari 'kampung' ke...YES!!! cite ni sis JM nanti2...sbb pegi luar dari Seoul...so view yang FRESH!!!!...

    ahakss...BOS ni...'sentap' tau hihih...ye lah time Kay pegi..time tu nk jadi kan..tapi wabak MERS masih merebak ke...sib baik x kena kuarantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak JM! Aah baru balik dari Korea ni ^_______^ Masih lagi demam Korea, telinga asyik terngiang-ngiang Hangul je!

      Memang, sangat sentap saya tau! MERS tengah puncak masa saya pergi tu, Alhamdulillah so far xde tanda-tanda demam. Tapi kena berhati-hati xboleh sakit selama 3 minggu sbb kuman MERS tu tahan dlm badan selama tu.

      Delete
  4. Assalamualaikum kay~~

    Baru tgk gambar dah rasa excited nak baca cerita kst jeollanamdo... 😊😊😊😊
    tak sabar nak menumpang terapi berjalan2 di korea.. boleh bayangkan healing vacation kay ni.. mula2 tgk pemandangan penuh ketenangan pastu merawat diri dgn aktiviti makan.. haaaaa bestnyaaa..
    Welcome back to you too kay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Didi!

      Maaflah lambat reply! Hihi sabar ya, bagi saya abiskan entry Nepal. Sekejap je lagi!
      Hahaha tang makan tu yang bestnya kan :D

      Thanks Didi!

      Delete
  5. Kay! Saya dah lama letak Nag'an Eupsong & Boseong tea dalam list tapi xjejak2 lagi. Insha Allah next trip kena jadikan kenyataan. Tapi memang tetap kena ke Seoul untuk lepas rindu hihi. Gourmet therapy kan. X sabar nak baca entry pasal Nag'an!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya, list memanjang tapi tak terpergi-pergi sebab balik-balik mesti nak ke Seoul orz InsyaAllah nanti saya blog ya!

      Delete
  6. Hi Kay,

    Salam perkenalan dari saya...sedang mencari2 info mengenai Suncheon dan Jeonju utk next trip..emm, utk ke Sunchoen Kay gerak dari Busan atau Seoul ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Zilla!
      Saya naik bas dari Seoul, dalam 5 jam perjalanan. Saya pernah terjumpa blog Indonesian yang masuk dari Busan, kalau tak silap dalam 3 jam setengah dia buat. Maaflah kalau tak membantu sangat!

      Terima kasih sudi singgah & salam kenal juga!

      Delete
    2. Takpe Kay, ini pun dah membantu...Emm, Kay overnight di sana atau balik hari? maaf ya banyak sangat tanya...Saya sedang berkira2 samada nak turun Jeonju dahulu baru ke Suncheon atau tgklah macam mana nanti..masih mencari2 info berkaitan...

      Delete
    3. Saya stay 2 malam sebab :- 1.saya nak pergi banyak tempat dekat Suncheon & 2. saya nak ke Boseong pagi-pagi so senang stay Suncheon, banyak bas between Suncheon-Boseong. Kalau tak kisah share, Zilla masuk airport mana keluar airport mana nanti? Mungkin saya boleh tolong cari apa-apa info. Masa saya nak pergi hari tu pon pening cari info, 2, 3 hari sebelum depart pon still tukar itinerary.

      Delete
    4. saya pergi balik dari busan..plan asal ingat nak menginap di suncheon 2 mlm..dah book hostel pun sebenarnya...kononnya nak pusing habis selagi yang mampu di suncheon...lepas tu nak singgah pula di Jeonju sebab nak ke daedusan..bila google sunchoen-jeonju dgn bas dalam 1.5jam aje; kira dekatlah kan? la ne tgklah mcm Kay, banyak bnd yang saya fikirkan ne hehehe...

      Delete
    5. 1.5 jam kira dekatlah, sebab hari tu saya gerak dari suncheon-gwangju pon dalam 1.25 jam. Dlm peta nampak mcm dekat aje tak sangka lebih sejam juga perjalanan.
      I see, selamat planning :) Banyak lagi masa kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~