Tentang Perjalanan Baru

09:39

Sudah hampir 5 tahun saya tidak menjengah blog ini.
5 tahun ini, jauh perjalanan saya. Tapi semestinya saya amat gembira dapat pulang ke pangkal jalan.
Jika diizinkan-Nya, saya masih ada banyak perjalanan selepas ini.
Semoga blog ini menjadi medan saya berkongsi perjalanan-perjalanan saya selepas ini.

Untuk kali ini, biarlah saya berkongsi tentang perjalanan saya ke Manila awal bulan ini.
Saya ke Manila dari 01 hingga 03 Ogos, tapi memandangkan penerbangan saya berlepas jam 01:20, saya berada di lapangan terbang pada 31 Julai lagi. Jadi perjalanan saya kali ini adalah 4 hari 2 malam.
Di Manila, saya tidak menetap di mana-mana hotel, menumpang tidur di rumah senior saya yang bekerja di Manila.

Jujurnya, perjalanan ke Manila ini banyak mengajar saya.
Sebelum berangkat, saya memang ada membaca mengenai Manila, ada tempat-tempat moden yang lebih teratur dari Malaysia. Skeptikal, saya tidak percaya pada awalnya.
Tetapi, bila ke sana, benarlah, Manila memang ada tempat yang sangat saya suka- Makati dan Bonifacio City. Kedua-dua tempat ini amat bersih dan alam sekitarnya pun terpelihara. 

Lagi satu yang saya berkenan dengan Manila adalah kemesraan mereka. Asal bertentang mata, mereka akan meghadiahkan senyuman. Rasanya sudah lama saya tidak menerima senyuman dari orang yang tidak dikenali. Apabila naik LRT atau menunggu barisan di kaunter di KL ni, kebanyakan orang hanya tunduk bermain smartphone masing-masing atau monyok sahaja. Apa salahnya senyum sedikit kan? Senyum itu sedekah. 

Saya ini macam dah tersasar topik pula. Cerita Manila akan bersambung kemudian ya!



Berkereta kuda di Intramuros


You Might Also Like

2 comments

  1. jgn tangguh terlalu lama sambungana bercuti ke Manila tu..nanti kang sis perlu lagi 5 tahun hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! sekejap ya akak, tengah tambah gambar, nanti saya post pasal Manila ya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~