[NOW] Seoul Lantern Festival (7-23 Nov 14)

13:29

Sekejap saja dah masuk bulan November.
Cerita Manila yang tertangguh sejak Ogos, belum sempat hendak ditulis.
3 bulan ini saya betul-betul sibuk, ada minggu yang saya kerja 7 hari.
Masuk November ini agak kurang sibuk, tapi minggu depan ketua saya balik kampung,
maka terpaksalah saya back-up apa yang patut.

Sekarang ini saya sepatutnya saya bejimba di Seoul, menikmati musim gugur.
Tengok daun-daun merah dan makan manisan yang panas.
Tapi malangya saya hanya merancang, tapi Dia yang menentukan.
Kekangan masa memaksa saya menukar tarikh.

Tetapi, tidak mengapa!
Saya ada trip besar menanti akhir bulan Januari 2015.
Saya akan sabar (dan semestinya menabung!) sehingga tarikh tersebut!
So excited for the trip, memang hari-hari saya Google tempat saya mahu lawat nanti.

Untuk mengubat luka tidak dapat ke Seoul kali ini, saya asyik tengok blog mereka-mereka yang ke Seoul. Suka tengok blog-blog, rasa macam saya juga berada di Seoul.

Sebenarnya, motif utama saya nak ke Seoul adalah untuk tengok Seoul Lantern Festival.


* gambar kredit kepada Visit Korea website *

Festival ini ada tiap tahun-tahun bulan November.
Mereka akan pasang(?) tanglung besar-besar di sepanjang Cheogye Stream yang dekat Myeondong.
Tahun ini bermula 7 November lepas sehingga 23 November ini.
Kalau ada yang akan ke Seoul sehingga 23 haribulan, silalah berkunjung ke Festival ini ya!

Haa~, mesti cantik kan. Sejuk-sejuk jalan malam-malam sambil tengok tanglung-tanglung ini.
Tidak mengapalah, mesti ada hikmah saya tidak dapat pergi kali ini. InsyaAllah next year!

You Might Also Like

2 comments

  1. sis Jm x sempat nak tgk pesta ni sbb balik msia 2 nov huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa akak, insyaAllah next year or year selepas itu ada chance lagi ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~