[TRAVELOG] Apr 2015 - Ke Bumi Himalaya : Cerita Saya

12:36


Entri kali ini berkali-kali saya tulis dan padam. Masih tercari-cari ayat yang terbaik untuk bercerita tentang Nepal sebab pada saya Nepal sangat istimewa.

Bukanlah kerana pengalaman merasai gempa bumi di sana, tapi salah satu sebabnya memang dah lama saya teringin nak ke Nepal ni.
Bila difikir-fikir balik, ini adalah cubaan ketiga saya ke Nepal.

Kali pertama nak pergi dulu, masa tu saya masih lagi belajar, Air Asia pun belum ada lagi. Kalau tak salah masa tu cuti musim panas, ingat nak fly dari Jepun, pergi Nepal dulu kemudian baru balik kampung. Bila cakap dengan emak, emak buat ayat sentap. Jadi nak tak nak kena cancel plan.

Cubaan kedua pula, akhir tahun 2011. Beli tiket masa Air Asia buat sale sebab baru buka route KL-Kathmandu. Tiket masa ni dapat murah sangat, tak sampai RM300 pon. Tapi kebetulan company saya offer pergi Jepun untuk kerja dan kena buat interview dengan HQ. Hari interview adalah hari sama dengan nak ke Kathmandu jadi memang say bye bye lah kat tiket promo.

Jadi bertahun-tahun saya simpan niat nak ke Nepal ni. Alhamdulillah dapat juga saya pergi kali ni.
Oh! Saya bukanlah nak ke ABC atau mendaki Everest ke. Ada 3 perkara sahaja yang saya nak sangat buat kalau dapat ke Nepal:-

1. Naik Everest Scenic Flight, 

Masa sekolah rendah rasanya, saya tengok dalam TV diorang naik Everest Scenic Flight ni. Dari situ saya memang bertekad saya akan simpan duit untuk naik flight ni juga. Dah besar ni saya baru tahu yang walaupun naik flight ni, belum terjamin saya dapat tengok Everest ke tak. Bergantung kepada cuaca juga.

Matahari yang malu-malu di sebalik bas

Banjaran Himlaya yang sangat-sangat cantik. Memang kagum sangat dengan ciptaanNya



2. Ke Durbar Square di Kathmandu, Patan & Bakhtapur

Ketiga-tiga Durbar Square ni UNESCO sites dan saya memang nak sangat cover 3 tempat ni, tapi rezeki saya hanyalah 1/3 sahaja. Tak apalah, mungkin lain kali.


3. Ke Changu Narayan.

Saya asalnya nak ke kuil tertua di Nepal ni sahaja, tapi kemudian travelmate saya cadangkan kami hiking dari Nagarkot lepat tengok sunrise. Saya pon tak tahu apa angin yang datang masa tu, saya pon terus alright, lets hiking!
Ok, saya memang tak pernah hiking-hiking ni, tapi travelmate saya cakap ringan-ringan je so jangan risau. Saya pon adalah google pengalaman orang lain. Hmm, rata-rata cakap "jalan" dalam 2-3 jam je. Kalau jalan 2, 3 jam saya rasa saya OK, boleh buat kot.

Sekali bila kat sana, sangatlah ringan-ringannya! Pada saya yang kali terakhir hiking adalah zaman sekolah menengah dulu (berapa tahun lepas tu dirahsiakan), agak azablah masa mula-mula tu. Dahlah tak berapa cukup oksigen, lepas sarapan kaw-kaw dekat hotel pulak tu dan saya ni jenis memang nak ke tandas selepas sarapan,

Memang banyak drama masa ke sini tapi sangat berbaloi sebab pemandangan memang sangat cantik kat atas ni + orang-orang kampung sini ramai yang baik-baik. Ada makcik ni siap jamu saya chai sebab dia nampak saya semput semacam...


Pemandangan dalam perjalanan ke Changu Narayan


Rumah kampung di sekitar Changu Narayan


Salah satu sebab lagi kenapa susah sangat nak bercerita adalah setiap kali saya buka folder dan tengok gambar, terus teringat orang-orang yang saya jumpa sepanjang perjalanan saya-
makcik-makcik dari Mexico yang saya jumpa dalam Everest Scenic Flight, adik waiter kat kedai halal di Thamel, driver kami sepanjang di Kathmandu... Selamatkah mereka? Rasa sesak je bila teringatkan mereka-mereka ni.

InsyaAllah saya akan bercerita tentang setiap destinasi saya di Nepal.
Gambar di bawah ni gambar favorite saya, ditangkap masa flight saya dari Pokhara ke Kathmandu.

Sunset di Pokhara




You Might Also Like

23 comments

  1. sis pergi bila Nepal? tak sabar nak baca sambungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pegi Nepal bulan 4, betul-betul masa earthquake hari itu.

      Delete
    2. kira masa earthquake tu ada kat sana ke

      Delete
    3. Aah saya kat sana masa earthquake tu.

      Delete
  2. berkali2 nk ke Nepal...dan cuba kali ke 3 baru berjaya....tapi EARTHquake pulak eh..pengalaman tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, memang rezeki saya mcm tu kot kak JM. Tetap bersyukur sebab dapat juga pergi Nepal akhirnya!

      Delete
  3. pengalaman yg cukup ngeri kerana waktu aerthquake tu Kay masih di sana kan...x per...cari semangant yg hilang tu..mmg sedih bila di kenang nasib mereka...dan kemudian pasti ambil masa Nepal nk pulih seperti sediakala

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih baik sebab pagi earthquake tu saya keluar dari Kathmandu dan ke Pokhara. kalau saya di Kathmandu apalah nasib saya agaknya.

      Thanks kak JM! Mungkin kena ke Seoul untuk pulihkan semangat kikiki

      Delete
    2. oh.. terbaca sini.. masa tu masih disana, tapi mujur dah ke tmpat lain..

      Delete
    3. Yes, saya keluar dari Kathmandu masa pagi earthquake tu...

      Delete
  4. Take ur time kay.

    Mesti rasa sayu n tertanya2 bila tgk gambar n terbayang individu2 baik hati yg dijumpai..
    Apapun pengalaman berharga seumur hidup !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks didi!

      Itulah, tapi xde cara nak kontek org2 ini jadi hanya mampu berdoa mereka2 ni selamat.

      Delete
  5. Boleh lah kata ni trip awak yang paling banyak bitter & sweet memories kan. Alhamdulillah, awak selamat. And dapat menikmati keindahan bumi Nepal. View dari dalam flight tu sangat daebak ah Kay. Lawa sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dianggap camtulah Bie. Syukur sangat dapat balik (dan dapat planning ke Korea lagi hihi). Nepal sangat cantik, highly recommended untuk pergi once dah keadaan dah reda nanti.

      Delete
  6. Part gempa bumi tu yang hadoiiiii....

    ReplyDelete
  7. View Banjaran Himalaya tu memang awesome laaa... Kalu SS mau tak kedip mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang awesome! Rasa nak tepek je muka kat tingkap kapal terbang tu :D

      Delete
  8. Replies
    1. Chai tu adalah teh + susu + spices yang dipanaskan sama-sama. Ala-ala teh tarik kita cuma dia spicy sket.

      Delete
    2. I can't imagine the taste... Tapi kalu kat thailand we call it chaiyen...

      Delete
    3. SS, aah, chai ni lebih kurang chaiyen tu la, tapi dia lagi spicy dan lemak2 sebab pakai susu lembu pior.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~