[TRAVELOG] Apr 2015 - Ke Bumi Himalaya : Everest Scenic Flight

14:58


Macam saya cakap dalam entri sebelum ni, Everest Scenic Flight ni memang dah lama dalam travel to do saya. Saya tahu ianya tak murah jadi saya memang budget extra untuk trip kali ni. Tapi sekali masa saya survey online, rata-rata website yang saya jumpa letak harga dalam USD200. Alamak, ini dah over budget saya sebab saya baca dekat Tripadvisor boleh dapat dalam USD120 to USD150. Dahla ringgit tengah jatuh ni kan.

Jadi saya tak jadi book online in advance, gamble je la book dekat Kathmandu nanti. Malam masa saya sampai Kathmandu, sambil tunggu-tunggu travelmates saya sampai, saya tanya-tanya lah kaunter dekat airport tu. Rata-rata bagi harga dalam USD180.

Lepas travelmates saya sampai, kami pergi jumpa drive cum guide kami. Oh, driver ni kami dapat rate dalam Rs10,000 (±RM360) untuk sepanjang stay kami kat Kathmandu. Itinerary asal kami dekat Kathmandu lebih kurang macam kat bawah ni:-

Day 1 : Airport - Kathmandu
Day 2 : Everest Scenic Flight - Swayambunath - Patan Durbar Square - Thamel - Nagarkot
Day 3 : Sunrise in Nagarkot - hiking to Changu Narayan - (Bakhtapur Durbar Square?) - flight to Pokhara - Pokhara
Day 4 : Sunrise in Sarangkot - back to Kathmandu - (Bakhtapur Durbar Square?) - Kathmandu Durbar Square - Airport

Saya pon tak sure harga yang kami dapat ni murah ke mahal tapi pada  kami yang tak banyak masa inilah pilihan terbaik yang kami ada. Rasanya kalau naik bas atau tak charter taxi boleh dapat lagi murah.

Lepas jumpa driver, kami pergi tanya lagi sekali. Kali ni sebab bertiga dan ada local driver, ada satu agent ni tawar dalam USD150. Hmm, dalam budget lagi tapi tengah kami meeting nak ambil ke tak, agent tu dengan broken English dia cakap "Beggars cannot choose you know." and dia mula paksa kami decide and bayar on the spot. Bila kami tanya rupanya dia offer untuk flight pukul 9 lebih... Kami kalau boleh nak flight pagi2... Terus kami jadi tawar hati dan decide untuk cari dalam bandar.

Kami gerak ke bandar Kathmandu, dalam setengah jam perjalanan dari airport. Masa check-in tu, kami tanya hotel ada tak jual optional tour everest flight ni. Sekali receptionist tu cakap ada dan sebab dia dah ada ramai dengan dia, dia boleh offer kami USD130 (±RM460) seorang. Alhamdulillah! Kami terus book dan bayar dekat situ. Receptionist tu pesan pagi esok pukul 5 pagi kumpul dekat lobi.

Everest Scenic Flight

Pagi esoknya, pagi-pagi lagi kami dah terpacak di lobi. Sharp pukul 5 pagi, driver kami datang ambil. On the way ke airport, boleh nampak orang-orang Nepal ni dah keluar tunggu bas la, angkut sayur la. Awal juga diorang ni bangun.

Untuk naik Everest Scenic Flight ni, kami ke domestic airport yang letaknya sebelah je dengan international airport semalam. Masa mula sampai tu, cuak juga tengok airport dia. Kayu-kayu je macam kat bawah ni. Bila dah masuk, rupanya diorang tengah buat renovation untuk tambah space.


Domestic airport - tengah construction

Sampai-sampai, kami terus ke kaunter untuk check-in. Kaunter dia lain untuk siap flight dan sangat manual.


Kaunter check in


Dah siap check in, kami terus gerak masuk boarding hall. Sebelum tu, ada security check. Kena scan bank dan nanti ada officer yang raba-raba badan. Patutlah diorang asingkan lelaki dan perempuan. Pakcik dalam gambar kat bawah ni termasuk line perempuan...


Maaflah, lense camera saya kotor kena hujan masa ni

Masuk ni dah pukul 6.30 macam tu kot. Flight kami schedule 6.45 iaitu second trip.
Oh, flight kami adalah Yeti Airlines. Selain Yeti, Buddha Air pon ada buat excursion ni.

Tunggu-tunggu, tak ada pula diorang panggil, usahkan kami, first trip pon tak dipanggil-panggil.
Kami pon bertanya dekat kaunter, rupanya langit banyak awan jadi ada kemungkinan tak dapat tengok Himalaya dan Everest. Kalau tak dapat tengok sebab semulajadi atau teknikal, boleh dapat refund 100%. Atau boleh cuba lagi sekali untuk esok.

Dalam pukul 7, ada announcement yang awan dah clear, Alhamdulillah! Jom kita naik flight!


Yang atas tu ticket, yang bawah tu leaflet dengan nama-nama gunung

Mula-mula kami naik shuttle bus untuk naik propeller flight macam kat bawah ni. Kapal dia kecil je, ada dalam 30 seat kot. Seating kat dalam 2-1 dan belah aisle dia kosongkan so semua orang dapat window seat.

Dalam flight tu ada seorang stewardess dan dia pergi dekat setiap penumpang untuk explain nama gunung dan kita kat mana masa tu.

Sekali sampai atas, masih lagi berawan so gunung yang mula-mula tu memang tak nampak sangat. Tapi, view dia tetap marvelous sangat! Biruuuuuu je, cantiknya Subhanallah! Dah fly dalam setengah jam tu, stewardess tu bagitau yang kami dah dekat dengan Everest, Dan-dan tu jugak semua awan tadi hilang dan kami memang dapat tengok Everest dengan sejelas-jelasnya.

Majestic sangat! Rasa diri ni kecil yang amat masa tu...


Flight yang akan membawa kami


Gunung tak ingat nama 1



Gunung tak ingat nama 2


Banjaran Himalaya yang dilitupi awan


Everest adalah gunung yang muncung kat tengah-tengah tu


Cantik sangat!

Masa flight nak patah balik ke Kathmandu, kami dipanggil masuk one by one ke dalam cockpit untuk tengok Everest dari situ. Sangat clear dan lagi cantik sebab cermin dia lagi besar. Masa ni baru tau yang pilot kami adalah perempuan!





Lepas tengok Everest, diorang siap serve champagne lagi (apple juice untuk saya). Feeling royal sangat minum juice dekat atas ni ha!

Pemandangan bandar Kathmandu dari atas


Pada saya yang memang dah lama teringin naik flight ni, experience kali ini memang worth USD130 tu. Tapi, kalau bukan sebab itu, saya rasa tak berbaloi sebab kadang-kadang naik flight biasa pon boleh nampak Everest ni kan. Lagi satu, saya tak suka cermin dia yang kotor dan calar-balar, jadi pemandangan tu tak clear sangat. Diorang sepatutnya mampu bersihkanlah cermin tu. 

Overall, kami memang sangta puas hati, lebih-lebih dapat tengok Everest dengan satu cubaan je. Permulaan yang bagus untuk trip kami!


Zoom picture of the Everest


You Might Also Like

20 comments

  1. cantiknya.. tgk dari atas flight je ke sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tgk dari atas je. Tak mampu nak panjat!

      Delete
  2. Lens camera kena ujan? Adesss... Kalu kena lagi kena cepat2 bersihkan taw... Patut laa byk flare...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flare tu apa SS? Saya ni memang jakun kamera.

      Delete
    2. Lens sensitive pada air... Kena jaga...

      Delete
    3. Ok noted! Thank u SS, sy baru nk belajar guna kamera, sila tunjuk ajar hihi

      Delete
  3. Adusss... SS teringin betul nak naik flight kecik macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Propeller flight ni mula2 cuak jugak nak naik tapi sekali dah naik best! Tapi yang tak tahan kebanyakan harganya agak kureng best.

      Delete
  4. Subhanallah! Dah berapa kali duk repeat tengok pics entry ni. Hahaha baru nak cakap tadi, supposedly diorang bersihkan lah cermin tu sebab memang tujuan flight tu untuk scenic excursion kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tang tu memang agak tak puas hati. Saya dah siap tinggalkan complaint dekat kaunter so hopefully ada perubahan la lepas ni.

      Delete
  5. bagi sis JM harga hire pemandu tu kira murah jika jarak setiap destinasi tu jauh utk tempoh 4 hari kan..kalau x hire pemandu senang x nk dapat or naik public transport utk ke semua tempat2 yg Kay listkan for 4 days tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Public transport senang juga dapat, taxi & public bas banyak. Tapi rata-ratanya dalam bahasa dia so memerlukan masa sikit la nak confirmkan bas ni ke mana, berapa harga semua. Pastu kena pandai nego2 sikit kalau nak naik taxi.

      Jarak tempat yang saya nak pergi tu, hmm ada yang jauh dan ada yang tak. Pada saya, harga tu still affordable la kan.

      Delete
  6. "Beggars cannot choose you know." ...hahaha..kelakar statement ni...kalau sis JM pun x nak beli dari agent mcm ni..dah lah x boleh bargain tu satu hal..cara dia respond tu buat rasa geram....x de adab sopan...ehh...ke org melayu je yg beradab hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Geram saya bila ingatkan agent tu! Dahla tak explain pon, suruh bayar cepat2 je. Hmm, ada juga orang Melayu yang tak beradab lah kak JM

      Delete
  7. fuhh..mmg rezeki lah hai..nasib baik x tersu setuju di eport tu kan..so sis JM take note..jgn beli di eport..try tanya di hotel dulu...

    psst : mcm lah nk pegi dalam masa terdekat ni kan hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, tanya kat hotel/hostel dulu. Diorang selalu ada better rates.

      Haha takpe kak JM, berangan dulu, insyaAllah nanti jadi kenyataan!

      Delete
  8. berapa lama dalam flight tu Kay...30 min or 1 jam....pilot perempuan? DAEBAK!!

    yess..bab cermin tu dorang perlu improve..name pun scenic flight kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam flight to sejam, boleh tahan lama juga la. Yes, terkejut sgt tengok2 pilot perempuan, dahla orang Nepal.

      Betul, tang cermin tu memang saya tak puas hati dan agak terkilan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~