[TRAVELOG] #throwback Ogos 2012 : Misi Menawan 4 Menara di Kansai 4/4
21:39
Sambungan dari cerita sebelum ini.
Lepas dapat kawan untuk jalan-jalan, makin rancaklah saya berjalan.Kebetulan pula adik yang saya jumpa ini pun nak ke Kiyomizudera jadi saya ajaklah dia pergi bersama-sama.
Kami gerak ke Kyoto Station untuk ambil bas ke Kiyomizudera.
Kalau first time ke Kyoto, bolehlah singgah ambil map bus dari information center depan Kyoto Station ni.
Lagi satu, kalau ada plan nak round Kyoto, contohnya Kyoto Station -> Ginkakuji (The Golden Pavillion) -> Kinkakuji -> Kiyomizudera/Gion Area -> Kyoto Station balik, better beli Kyoto City Bus 1 Day Pass, harga dia 500yen sahaja untuk sehari.
Kalau naik satu-satu, tambang dia dalam 220yen ke 250 yen so pass ini sangat jimat.
Boleh baca dengan lebih lanjut kat official website ni:- Kyoto City Bus 1 Day Pass.
Sebelum naik bas, saya ajak adik ni naik Kyoto Station kejap sebab saya nak usha design dia.
Salah satu perkara yang saya suka buat kalau jalan-jalan adalah tengok modern architecture.
Lagi satu, architect yang design Kyoto Station ini adalah orang yang sama design Umeda Skybuilding yang saya suka sangat tu jadi nak tengok jugalah hasil tangan dia yang lain.
Bumbung Kyoto Station |
Elevator nak ke taman di atas Kyoto Station |
Pikachu di lukis atas tangga |
Bumbung Kyoto Station lagi |
Ya, saya sangat suka bumbung Kyoto station ini |
Kami then ambil bas ke Kiyomizudera, bas no 100 kalau tidak silap dan turun kat stop Kiyomizu-michi. Dari sini kena menapak naik bukit dalam 15 minit untuk sampai ke Kiyomizudera.
Memanjat bukit ke Kiyomizudera
|
Kiyomizudera ini famous sebab ia dibina tanpa guna satu paku pun.
Saya rasa temple ini dah lebih 100 tahun dibina tapi masih sangat kukuh.
Temple ini selalunya ada event light-up musim sakura dan musim autumn, cantik sangat.
Tapi kalau pergi siang hari pun sudah cukup mengagumkan pada saya.
Kiyomizudera |
Kedai kedai dan rumah tradisi Jepun yang cantik |
On the way dari Kiyomizudera ke Gion ini ada Kodaiji Temple, Maruyama Park dan Yasaka Shrine.
Bolehlah singgah tempat-tempat ini on the way ke Gion kalau ikut route oren dekat bawah ni. Jarak dia agak jauh, tapi kalau ada 2 jam saya rasa dah cukup untuk cover semua tempat.
Lepas ronda-ronda dekat Gion, kami ke arcade dekat Sanjo, nama dia Teramachi.
Dekat sini ada satu kedai vegetarian Jepun, Saya ambil set ayam goreng jepun.
Walaupun vegetarian, rasa dia memang macam ayam.
(Saya tak sure kedai ini ada ke tak lagi, tapi March 2013 saya ke Kyoto lagi sekali, kedai ini still ada).
Set ayam vegetarian |
Nishiki Market - market yang paling lama di Kyoto sehingga digelar dapur Kyoto |
Kami berpisah di sini, adik tadi pulang ke hostel dia dan saya tunggu bas. Kesian adik tu, last-last tu dia demam, risau pula nak tinggalkan dia sorang-sorang. Saya hanya sempat carikan dia ubat dan air Pocari Sweat kemudian lari kejar bas balik ke Tokyo.
Trip saya kali ini memang puas hati sebab dapat gold coin menara Kansai.
Tapi apa yang lagi best adalah saya dapat kawan baru and kami still keep in touch sampai sekarang.
Trip ini boleh banyak mengajar saya pasal trip solo dan boleh dikatakan titik permulaan saya berjalan solo.
0 comments