[TRAVELOG] Apr 2015 - Ke Bumi Himalaya : Nagarkot & Changu Narayan

12:00


Hari ini awal pagi lagi dalam pukul 5 pagi kami dah bangun sebab nak aim tengok sunrise dekat Nagarkot yang famous dengan Himalayan View dia. Keluar-keluar je hotel terus disapa angin yang sejuk amat sampai menggigil walaupun saya berjaket. Tak sangka plak sesejuk ni, tapi bila difikir balik kami berada di kawasan pergunungan dengan ketinggian lebih 2,000m... Of course la sejuk kan! Tak tahan dengan kesejukan, kami lari masuk tunggu dekat restoran hotel kami.

Dah agak-agak macam nak sunrise, kami keluar lagi sekali. Tapi memang bukan rezeki kami agaknya, langit berawan tebal. Tunggu punya tunggu matahari, sedar-sedar dah cerah dah. Sunrise nye nan hado. Sobs!

Kabus memenuhi langit Nagarkot T_T

Sedih lama-lama pon tak guna kan. Kami masuk sarapan dan ambil beg, kemudian terus ajak driver kami gerak. Guide kami turunkan kami dekat lereng Nagarkot, kiranya entrance untuk start hiking ke Changu Narayan. Kalau dari puncak tu Nagarkot tu saya tengok ada bas turun ke bawah tapi tak pasti kekerapan dia berapa kali.

Entrance untuk start hiking ke Changu Narayan.
Lereng kat belah kiri ni yang kami kena panjat untuk masuk ke trek hiking.



Kami kena panjat satu lereng yang agak curam dan saya memang out terus! Nak sampai ke atas tu rasa macam nak tercabut jantung ugh! Orang lain daki dalam 5 minit kot, tapi saya ambil dekat 15 minit nak menghabiskan. Dah sampai atas tu, memang tercungap habis dan saya memang rasa tak mampu nak bernafas dah! Dari sini, trek dia landai dan pasir je, tapi still mencabar jugalah untuk saya yang zero stamina ni dan masih tak dapat membiasakan diri hiking dalam high altitude macam ni.  Dan masa tu jugalah saya start sakit perut yang memulas-mulas. Rasa nak terbuang dan-dan tu jugak! Driver kami pesan hiking ni akan ambil masa 2 jam kalau cepat tapi saya rasa saya tak akan mampu nak habiskan dalam waktu tu. Rasa bersalah dekat travelmates saya pon ada sebab saya melambatkan semua orang sedangkan kami tak boleh lambat sebab flight kami ke Pokhara adalah pukul 10.50 pagi nanti. (Kerja gila kan? Kami over ambitious masa buat itinerary kami...)

Jadinya hikinglah saya dalam menahan sakit perut, nasib baik dah dapat bernafas biasa lepas setengah jam lepas tu. Memang saya tak ada nafsu ambil gambar langsung sebab concentrate menahan sakit perut dan mendaki sambil mengejar masa.

Trek dari Nagarkot ke Changu Narayan ni ada banyak cabang tapi kami ambil yang paling mudah- mula-mula tu lalu kawasan yang banyak pokok pine, kemudian masuk hutan sedikit, lalu kawasan kampung dan hike sikit untuk ke gunung yang ada Changu Narayan, Ada jumpa ramai locals dengan haiwan ternakan diorang, ada jumpa juga 2, 3 group hikers dan juga solo hikers. Selain itu, treknya agak sunyi.


Satu-satunya gambar yang saya ambil masa hiking.
Kalau cuaca baik, boleh nampak Himalaya Range dari sini.

Kami ambil masa dekat 3 jam jugalah nak sampai ke Changu Narayan. Hujan rintik-rintik yang sekejap ada sekejap tak ada melambatkan perjalanan kami sebab trek agak licin, Saya masa ni memang dah lupa Changu Narayan, ingat tandas je. Masuk je kawasan temple ni, terus saya terjah toilet dia dan suruh travelmates saya masuk temple dulu. Dan toilet dia, sangat-sangat kotor. Memang tahan nafas jelah.

Dah selesai apa yang patut, barulah saya keluar pergi beli tiket, Rp100. Terjumpa dengan driver kami dan dia cakap kami ada dalam 15 minit je sebelum kena gerak ke airport. Masuk je pintu gerbang Changu Narayan ni, ternampak tangga-tangga yang kena didaki. Saya tinggalkan beg dengan driver kami dan dengan saki baki tenaga yang ada, pecut naik atas, nak juga tengok Changu Narayan ni! Sampai atas, pusing seround dan terus lari bawah. Rasa macam nak tercabut lutut masa ni!

Inilah tangga yang harus didaki sebelum dapat jumpa Changu Narayan


Lepas saya lompat masuk kereta, driver kami terus pecut ke arah Kathmandu. Masa ni loya jangan cakaplah sebab jalan dia memang tepi lereng bukit berpusing-pusing. Driver kami tolong callkan Yeti Airlines dan tanya kalau kami terlambat boleh tak kami naik next flight. Jawapan yang kami dapat adalah boleh waiting list tapi ada kemungkinan kami kena split. Kami agak berat hati nak split dan driver kami dengan machonya cakap jangan risau, dia tahu short cut!

Dan seperti dijanjikan, kami sampai airport dalam pukul 10.15 pagi, Terus ke kaunter untuk check-in dan kami dapat naik flight asal kami. Lepas masuk boarding hall, baru dapat tau flight kami delay dalam 10 minit. Sempatlah kami ambil nafas selepas ber-Amazing Race dari pagi tadi.

Dari Kathmandu ke Pokhara, flight ambil masa dalam 40-45 minit. Di Pokhara nanti kami akan disambut oleh kawan kami, Mama-ji (bukan nama sebenar).

* Untuk gambaran trek hiking dari Nagarkot ke Changu Narayan, bolehlah google hiking from    Nagarkot to Changu Narayan, Banyak blog, kebanyakannya dalam bahasa Inggeris yang tulis lebih  details dari saya.
* Changu Narayan ini antara historical site yang rosak teruk masa Nepal Earthquake hari tu.

Saya memang agak kecewa dengan diri sendiri untuk trip ni- saya tak ada gambar Changu Narayan, saya tak ada gambar trek hiking saya. Walaupon orang cakap tak ada gambar pon tak apa, memori tu yang penting saya tetap rasa kecewa sebab saya underprepared. Kalaulah saya biasakan bersenam, kalaulah saya tak makan kari dalam flight, kalaulah saya ambil flight ke Pokhara yang lambat sejam dan bermacam kalau lagilah. Tapi tak guna menyesal sekarang kan? Yang penting saya belajar baru dan berazam nak berubah untuk next trip yang ada hiking2. (ok, ayat sangat skema boleh buat masuk buku teks!)

You Might Also Like

8 comments

  1. adeiii... memang potong stim kalu berjalan tetiba sakit perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat ok! stress gila masa ni! dah la toilet takde.

      Delete
  2. tapi tak dinafikan... kalu makan kari dlm flight memang menyumbang penyakit! SS pernah kena macam tu masa perjalanan dari Colombo ke Dubai... Agaknya kari ni panas kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah kot. Ataupon cara dia masak kari tu ke kan. Yelah makanan dlm flight ni tak tau dia masak bila kan. Lepas ni kita jgn makan kari dah dlm flight! Bahaya!!

      Delete
  3. setiap kali nak travel... memang kena byk senam dan minum air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik SS... Saya ni malas tu yg jadi macam ni kali ni >.< Mmg 100 percent salah saya.

      Delete
  4. Xpe Kay, pengalaman yang penting. Next hiking trip, kena pastikan semua yang kalau tadi...ambil extra perhatian. Gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, pengalaman yang paling penting. Lepas ni tak boleh main terjah je hiking ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~