[TRAVELOG] Apr 2015 - Ke Bumi Himalaya : Swayambhunath Stupa aka The Monkey Temple & Thamel
23:31
Dari Patan, kami bertolak ke Swayambhunath Stupa. Swayambhunath Stupa ni pon dah berkurun-kurun di bina. Nama lain bagi stupa ni adalah The Monkey Temple sebab ikut kepercayaan Buddha orang Nepal ni monyet-monyet yang ada kat temple ni adalah dari jelmaan pets tuhan diorang.
Kami ambil masa lebih kurang sejam jugalah nak ke sini disebabkan ada jalan tutup disebabkan festival. Masa turun dari kereta, driver kami pesan jaga barang elok-elok sebab monyet kat sini suka curi barang. Makanan minuman semua simpan dalam beg.
Masa kami sampai, kebetulan ada satu group dari China yang sangat meriah ni |
Disebabkan tak nak nyibuk dengan group dari China tadi kami pusing belah belakang dulu.
Ada banyak stupa-stupa kecil ni. Kalau diperhatikan betul-betul, setiap stupa ni corak dia lain-lain tau. Setiap corak tu ada maksud dia yang tersendiri. |
Driver kami cakap yang temple ni bukan orang agama Buddha je datang sembahyang, orang Hindu dan Sikh pon datang. Kata dia, itulah keistimewaan sebenar Swayambhunath temple ni.
Oh, temple ni kalau datang dari Kathmandu, ada 2 jalan, Satu jalan naik kereta macam kami.
Lagi satu jalan, kalau datang dari arah Kathmandu Valley, ada anak tangga sebanyak 365 kena dipanjat. Locals banyak guna laluan ni sebab ini salah satu cara menyucikan diri lah sebelum masuk stupa ni.
Sanggupkah menapak 365 anak tangga? Saya tidaklah hehe |
Kathmandu Valley. Agak sendat juga kan? |
Awan berat yang menunggu masa untuk melepaskan hujan |
Dah lepas pusing seround dua, kami patah balik ke Thamel.
Dalam kereta, driver kami cakap pelik pula hari ni tak ada monyet langsung dalam temple. Selalunya akan banyak monyet dan anjing dekat Swayambhunath tu.
Anjing-anjing still banyak tapi semuanya terbaring je.
Kami masa ni buat lawak lagi, mungkin sebab panas sebab tu semua haiwan tak nak keluar.
Bila dah jadi earthquake esoknya, barulah kami terlintas... Patutla semua haiwan tak ada atau tak bersemangat. Ikut pengetahuan saya yang tak seberapa ni, haiwan selalunya boleh rasa dulu kalau ada bencana alam nak datang dan akan menyelamatkan diri dulu.
Panjang pula saya melalut.
Kami sampai di Thamel dan pusing-pusing cuci mata sekejap sebelum gerak ke Nagarkot.
Ni hujung-hujung Thamel |
Wayar elektrik yang bersirat birat. Seriau saya tengok! |
Iklan Coca Cola yang agak hmm,, menggiurkan |
Dekat Thamel ni banyak kedai jual baju & perkakas untuk mendaki. Walaupun hampir kesemua barang-barang adalah Made in Nepal, kualiti dia not bad lah dan sesuai dengan harga.
Banyak kali juga saya ditegur dalam bahasa Melayu bila saya cakap saya orang Malaysia.
Kedai-kedai macam ni banyak sangat dekat Thamel |
Langit yang makin mendung |
Disebabkan keadaan cuaca yang tak berapa nak elok, driver kami ajak naik Nagarkot awal sikit. Malam tu kami bermalam di Nagarkot sebab nak tengok sunrise dan sambung hiking ke Changu Narayan sebelum bertolak ke Pokhara.
Dari Kathmandu Valley ke Nagarkot ambil masa dalam sejam jugalah, Jalannya pusing-pusing bukit ala-ala nak pergi Genting/Cameron Highland. Sampai hotel, kami just makan bekal roti dan semua pengsan tidur!
2 comments
Stupa tu semua dah berusia ratusan tahun kan Kay. Saya selalu berfikir macamana diorang dengan xde teknologi canggih boleh buat ukiran tu semua. Siap bertahan sampai sekarang. Sendu je bila saya baca tang monyet xmuncul & anjing pun macam bermalasan. Kuasa Allah kan Kay.
ReplyDeleteMaaf lambat reply Bie!
DeleteSaya pon kagum dgn org zaman dulu, mcm mana la kan diorang boleh bina bangunan besar2 ni kan. Dahlah besar, thn lama pulak tu. Kuasa Allah kan. Bila teringat psl ni saya selalu rasa berdebar.