[TRAVELOG] #throwback Ogos 2012 : Misi Menawan 4 Menara di Kansai 2/4

17:30

Hari kedua pagi-pagi saya sudah bangun dan siap-siap hendak ke Kobe pula.
Selepas sarapan, saya check out dan ambil Hanshin Train untuk ke station yang terdekat dengan next menara yang saya nak terjah- Kobe Port Tower.



Menara ketiga : Kobe Port Tower
Nama stesen terdekat : Motomachi Station (JR Line, Hanshin Line)

Saya naik Hanshin Line dari Osaka sebab ini yang termurah tapi kena tukar train so ambil masa dalam 45 minit untuk sampai.
Tapi kalau ada JR Pass, naikla JR Line sebab lagi cepat dalam setengah jam sahaja.

Kobe Port Tower ini saya excited nak pergi sangat sebab structure dia yang diperbuat daripada pipe.
Saya juga suka bentuk dia yang agak unik.

Ok, dalam official website dia tulis 15 minit dari stesen Motomachi tu, tapi.... itu adalah pembohongan semata. Saya menapak hampir 30 minit dari station, ditambah pula dengan kesesatan saya membuatkan perjalanan saya hampir sejam! Tapi memandangkan saya tidaklah rushing sangat nak ke mana-mana, saya tidakla stress sangat.


Dari entrance adalah dalam 15-20 minit juga saya menapak


Kobe Port Tower ini setahu saya tak ada function (kalau salah tolong betulkan ya.)
Saya pon terus naik atas and sebab sudah haus sangat, saya belilah kopi ais overpriced kat kafe kat atas ni (dalam 600JPY untuk size kecil).

Pemandangan dari atas tower ini pun saya sangat suka sebab nampak laut, sayup sahaja mata memandang. Kebetulan hari saya pegi ni cuaca baik, jadi memang langit dan laut sangat biru dan cantik.








Dari atas ni juga boleh nampak Meriken Park & Mosaic, destinasi saya seterusnya.




Saya dekat atas tower ni dalam sejam juga rasanya, hilangkan penat menapak selepas sesat tadi.

Kobe Port skyline view dari Meriken Park
Selepas ronda-ronda Meriken Park, saya gerak ke stesen untuk naik Hankyu Line untuk ke Kyoto pula. Saya naik Hankyu Line sebab ini yang paling murah, Sannomiya ke Shijo Kawaramachi di Kyoto hanyalah 380JPY, kalau JR dekat 500JPY. Memikirkan duit lebih boleh buat beli onigiri ke kan, saya naik Hankyu walaupun agak lambat dari JR.

Sampai-sampai di Kyoto, saya disambut hujan yang amat lebat. Maka, menapaklah saya dalam hujan mencari makanan...

Hujan yang lebat teramat sampai nampak putih sahaja- Shijo Kawaramachi, Kyoto

You Might Also Like

4 comments

  1. rupanya kenangan tahun 2012? bila baca entri ni terus ingat kenangan di Kobe Port dan Meriken Park...kelam kabut pegi Umi mall cari sanitary ahahaahah....

    Hujan lebat? ini yg membataskan pergerakan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah kak JM, 2014 ni saya tak sempat ke jepun atau korea.. Jadi mengubat rindu dengan berblog jelah.

      Bila hujan memang rasa terbatas kan, nak amek gambar pon tak cukup tgn hehe...

      Delete
  2. Dear Miss Kay..nak minta tolong MK gelapkan lagi font dalam entri..sis JM nampak tulisan tu kelabu je..ke mmg dah guna warna black..rasa x puas bila baca...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM, saya dah berjaya gelapkan font! Terima kasih sangat bagi pendapat! Muahs <3

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~