[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : How to Book Tour to Gunkanjima (Battleship Island), Nagasaki

00:15


Sementara mood Jepun saya tengah berkobar-kobar sekarang ni, mari kita sambung cerita Kyushu saya bulan 12 tahun lepas. Highlights nya dah keluar dulu - Trans-Kyushu Edisi Pengenalan 

Dah lama ada dalam wishlist saya nak ke Kyushu dan salah satu tempat yang saya sangat nak pergi adalah Gunkanjima di Nagasaki (Ada 2 Gunkanjima di Jepun sebenarnya, lagi satu di Ishikawa tapi yang di Nagasaki ni lagi famous). Perasaan nak ke Kyushu tu memang ada je sepanjang masa, tapi tak decide tarikh, cuti pun tak berapa nak ada so saya dok tangguhla nak beli ticket.

Hinggalah satu hari di akhir bulan August tahun lepas, saya godek-godek computer sambil berangan ke Jepun. Terbuka website Gunkanjima, terperasan yang tour banyak dah fully booked akhir bulan 12 tu, terbuka calendar, ternampak yang akhir bulan 12 ada cuti 4 hari berderet, dan akhirnya terbook Gunkanjima Tour...



Pemandangan di Gunkanjima


Saya book Gunkanjima tour dengan company ni - The Gunkanjima Concierge Company pada harga 4,200 JPY termasuk island tax. Harga biasa dia adalah 3,900 JPY, tapi date saya tu ada surcharge year end holiday. Saya bayar pakai credit card masa book online.

Saya pilih company ni sebab :-
 1. Ini satu-satunya company yang ada tour guide yang pernah kerja dekat Gunkanjima dulu. Walaupun tour guide tu tak kerja hari-hari, at least ada possibility nak dapat dia daripada company lain yang tak ada langsung kan.
 2. Kapal dia macam lagi besar dari kapal syarikat lain, jadi saya book dengan harapan tak goyang sangat atas laut nanti (saya tak pernah naik kapal laut jadi takut juga mabuk laut)

Saya share macam mana saya book hari tu, tapi sebelum tu, ada beberapa points penting yang kena tahu dan faham sebelum book Gunkanjima tour ni :-

*  Tour boleh dicancel pada hari kejadian kalau cuaca tak elok.
* Walaupun tour jalan, kalau keadaan laut tak elok, ada kemungkinan besar tak boleh naik atas Hashima Island, kiranya pusing tengok dengan kapal je.
* Kanak-kanak bawah 7 tahun tak dibenarkan join tour dengan company ni.
* Hanya ada masa sejam je atas Hashima Island dan untuk keselamatan, kita kena ikut tour guide sepanjang masa, ikut route dia bawa dan tak boleh jalan-jalan suka-suka hati

Points kat atas ni juga ada tulis dalam website dia. Kiranya tour ni kira agak gamble juga, ada possibility untuk pergi harbour, tapi sekali tak boleh pergi Gunkanjima. Jadi kena bersiap-sedia dengan Plan B. Oh, dia akan refund balik or offer pergi hari lain kalau tour cancel.

Dah faham dan setuju dengan syarat dia, bolehlah book.

1) Pergi website dia dan klik "About the tour - reservation" tab macam dalam box oren bawah ni.



2) Lepas klik, akan jump page reservation yang ada details pasal schedule tour.
    Ada 2 timing - pagi (10:30 - 13:00) dan petang (13:40 - 16:05).
    Scroll sampai bawah sampai nampak tab merah dengan "Reservation Remaining places".



3) Nanti akan keluar calendar dengan availability macam dekat bawah ni.
    Selalunya, 2, 3 bulan sebelum memang dah penuh, especially kalau time tu cuti dekat Jepun (macam bulan 3 kat bawah saya rasa penuh sebab musim cuti sekolah dan cuti u dekat sana)
    
   Klik slot pagi or petang pada tarikh yang nak dibook.


4) Nanti akan keluar pula pop-up macam dekat bawah ni,
    Boleh pilih nak naik dari Tokiwa Terminal atau Ioujima (Iwojima) Island Pier, tapi saya sarankan ambil Tokiwa Terminal je, sebab nak ke Iwojima tu agak leceh.
    Lagi satu, please take note that kalau naik dekat Tokiwa Terminal, mesti turun dekat Tokiwa Terminal, tak boleh turun Ioujima Island Pier. Kiranya tempat naik dan turun mesti sama.


4) Lepas tu masukkanlah details yang perlu, macam berapa orang, nama etc. untuk daftar untuk book.
    Dah daftar, baru boleh book.
    Bahagian payment tu, untuk page dalam English ni pembayaran akan automatik jadi pakai credit card.




5) Kemudiannya, akan masuk page untuk daftar ni.
    Masukkan details yang dia mintak lagi sekali dan tekan tab untuk register tu.



6) Double check details dekat verification page dan confirmkan reservation.




7) Selepas reservation, akan jump ke page payment ni jadi sila masukkan credit card details dan tekan confirm. 


8) Nanti payment confirmation akan sampai kat e-mel yang kita register tu.
    Double check dan simpan e-mel tu elok2, mana tahu ada hal berbangkit nanti.


9) Lepas tu akan dapat confirmation e-mail dari company tu dengan booking number.



Dah dapat confirmation e-mel ni, print dan bawa sekali dengan surat perjanjian protocol ni pada hari join tour tu.
Make sure bawak confirmation e-mel ni tau, akan menyenangkan urusan daftar diri pada hari tour tu, sebab tour ke Gunkanjima ni agak ketat dan dia betul-betul check ada buat booking tak.

**  Untuk list company yang buat Gunkanjima Tour, boleh refer dekat page ni : Gunkanjima Tour Company List.


Itulah kisahnya, saya terbook Gunkanjima tour ni dulu, kemudian baru gelabah nak cari flight tiket... Cerita flight tiket akan bersambung next entry :D


You Might Also Like

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~