[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : The Flight - Vietnam Airlines (VN)

17:26


Lepas beli tiket ke Gunkanjima hari tu, mulalah gelabah cari tiket. Kebetulan masa tu ada MATTA Fair, jadi saya check 2, 3 airlines, tapi yang kena dengan budget dan timing saya adalah Vietnam Airlines. Tiket saya dapat dalam RM880, selepas tambah taxes semua.

Vietnam Airlines (VN)

3-star airlines
Alliance : SkyTeam (sekali dengan Korean Air, Garuda Indonesia, Delta etc)

Vietnam Airlines logo

Flight ke Fukuoka by VN ni bukan hari-hari, jadi masa pergi saya transit di Ho Chi Minh, balik transit di Hanoi. Waktu transit pon tak lama, kurang dari 3 jam.
Airport Ho Chi Minh ok je, tapi airport Hanoi baru dan cantik!


Seating & In-flight Services

Saya dapat flight yang kecil (Airbus 321, seating 3-3) untuk flights between Vietnam-Fukuoka-Vietnam, tak ada personal monitor for entertainment. Nasib baik flight sekejap bawah 4 jam so tak adalah gundah gelana sangat (juga dah biasa nak Air Asia yang tak ada entertainment tu kan!).

Monitor yang dishare, adalah tayang movie tapi saya tak layan pon

Seat pitch (jarak seat kita dengan seat depan) pon OK, tak adalah sesendat Air Asia.
Ruang kabin, selimut dan bantal yang dia bagi pon bersih je, tapi boleh rasalah yang barang-barang dia dah well used. Tak adalah buruk, masih boleh diterima lagi.

Seating dalam flight (ini dari Fukuoka ke Hanoi)

Dapat bantal dan selimut, tapi bantal dia dah penyek habis :D

Meal

Saya order "Muslim Meal" untuk semua flights, walaupun katanya VN flight dari KL semuanya halal sebab order dari Brahim Catering.
Food  dia, hmm, yang  dari Vietnam, maaflah nak kata memang tak kena dengan selera saya. Semuanya berminyak semacam, yang dari Ho Chi Minh ke Fukuoka memang saya tak makan sangat.

Oh, waktu meal dia masa dari Ho Chi Minh ke Fukuoka memang ntah apa-apa. Flight tu depart dalam pukul 12:40 pagi, dia serve meal pukul 01:30 pagi camtu kot. Memang tengah mamai dan tak ada nafsu langsung nak makan. Serve la pagi sebelum landing better rasanya.

KL - Ho Chi Minh (cake tu saya suka, sedap!)

Ho Chi Minh - Fukuoka (maaflah gambar goyang)
Main dia adalah kacang pea + minced meat yang dimasak dengan minyak & cili...

Fukuoka - Hanoi
Yang ni sedap! Saya suka yang macam ravioli tu... Salad dia pon sedap!

Hanoi - KL
Hmm, yang ni main dia tak masuk pada saya >.<
Udang tu macam manis-manis sikit, sebelah tu dia letak kari
Ahh memang takleh telan!

Overall, saya rasa VN ni services & food dia sesuailah dengan harga dia. Tapi, kalau tempat tu boleh pergi direct dengan Air Asia, rasanya saya akan pilih Air Asia.
Lagi satu reason saya berapa suka VN ni adalah sebab flight dia dari KL departs pukul 8 malam camtu, 2 jam sebelum nak kena ada kat airport maksudnya pukul 6 ptg kan. Saya habis kerja pukul 6.30 ptg, so memang kena ambil half day. Agak tak berbaloi di situ.

Kalau nak cuba full-service airlines dengan harga berpatutan, bolehlah cuba VN ni sebelum dia berjaya upgradekan diri sendiri ke 4-stars airline. Kalau dah jadi 4-stars airline nanti besar kemungkinan harga dia akan naik.


Suka cawan dia ni, ada bentuk lotus dekat bawah, cute :)

Nota kaki : Code untuk Vietnam Airlines adalah VN, bukan VA. VA is for Virgin Atlantic. 

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~