[TRAVELOG] Apr 2015 - Ke Bumi Himalaya : Boudhanath, The Tibetan Stupa

21:43


Selepas turun flight tengok Everest, kami asalnya plan nak gerak ke Swayambunath terus, tapi driver kami ajak ke Boudhanath dulu sebab katanya ini antara wajib tengok di Kathmandu dan juga better routing untuk pusing Kathmandu. Kami serahkanlah dekat dia nak pergi mana dulu pergi mana kemudian sebab yalah kan, dia dahlah orang tempatan sah-sahla dia lebih tahu dari kami.

Dari airport ke Boudhanath ni sekejap je, xsampai 15 minit pon.

Boudhanath Stupa

Entrance fee : 250 rupees seorang untuk foreigner.

Dekat Nepal ni semua tempat yang saya pergi kena bayar entrance fee dan fee untuk pelancong lain dari local. Driver saya kata kalau pandai cilok boleh je tak bayar tapi kami takut nak buat hihi

Boudhanath ni adalah stupa terbesar di Nepal dan dibina pada abad ke 14 oleh orang Tibet yang pindah ke Nepal. Stupa ni ada 3 platform dan kat atas sekali ada all-seeing Buddha eyes macam kat bawah ni. Oh, dome warna putih tu kita boleh panjat naik tapi kami tak naik sebab masa tu ada orang sembahyang dekat sekeliling dia. Rasa macam biadab la pula kalau panjat depan diorang kan.



Dari jauh lagi dah nampak Buddha Eyes ni

Masuk-masuk akan nampak terus stupa ni

Dekat dinding sekeliling stupa ni banyak prayer wheels ni

Driver kami cakap kalau nak pusing stupa ni ikut adat diorang, pusing ikut arah jam. Kami pusing sampai suku je sebab satu, masa ni baru pukul 10pg tapi panas yang amat dan yang keduanya banyak anjing. Terkehel-kehel saya nak elakkan anjing-anjing kat sini. Anjing ni memang tak kacau, tapi saya yang tak biasa dengan anjing ni memang rasa seriau tulang belakang. Dahla anjing dia besar macam yang dekat gunung tu.

Dekat sekeliling stupa ni ada banyak temple, kedai, restoran dab hostel. Kat belah dinding pula dipenuhi prayer wheels ni so locals selalunya pusing prayer wheels ni sambil pusing stupa. Oh, prayer wheels ni pon diorang pusing ikut arah jam.

Sami pon ramai tengah sembahyang


Pemandangan sekeliling stupa

Guide kami bawa kami masuk satu temple kat tepi ni, Tamang Gompa. Dalam ni ada prayer wheel yang besar tergantung dan juga ada balkoni yang betul-betul menghadap Boudhanath. Kami naik ke balkoni dan tengah kami syok tengok pemandangan, ada orang kacau burung merpati kat bawah so dapatla cubaan buat shot macam kat bawah ni.


Pandangan dari balkoni Tamang Gompa

Lepas keluar dari Tamang Gompa kami masuk dalam kawasan stupa, Sambil panjat sikit sambil ambil-ambil gambar. 


Saya tak boleh tengok mata ni lama-lama, rasa seram >.<


Dekat atas bendera-bendera kecil ni ada tulis doa diorang.
Ikut kepercayaan diorang, setiap kali angin datang, angin akan terbangkan doa diorang ke syurga.

Saya suka kawasan sekeliling stupa ni, banyak bangunan tradisional yang warna-warni.
Juga ramai orang-orang tua yang tengah duduk rilek-rilek sunbathing. Heh.






Dari Boudhanath, kami seterusnya gerak ke destinasi seterusnya- Patan Durbar Square.

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah untunglah ada yang gi acah burung tu semua. Dapat shot yang selalu saya nampak kat google. Tengok gambar stupa ni, xdapat nak bayang keadaan dia lepas EQ tu kan Kay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tapi saya xde skill so hasilnya tidakla segah gambar Google. Rasanya stupa ni terselamat, ada rekahan kecil je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~