[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : My Seoul Haul

13:53


Tajuk adalah sangat Youtuber kan. Tak menahan tapi ini je lah tajuk yang saya terfikir masa ni. Ok, meh nak share apa yang saya beli kali ni, bolehlah dibuat panduan buat yang nak pergi shopping di Seoul.

Son & Park 

Son & Park ni adalah brand oleh 2 orang make-up artist yang famous dekat South Korea ni- Son Dae-Sik dan Park Tae-Yun . Kenapa 2 orang ni famous sangat?

Haa, diorang berdua ni adalah antara make-up artist pertama yang bawa BB cream dalam industri make-up South Korea 10 tahun lepas. Son & Park ni jugalah yang mengfamouskan "dewy look" yang jadi trademark gadis-gadis Korea. Around end of 2014 (saya rasa) Son dan Park ni started their own brand - Son & Park dan bila saya tau memang excited gila nak try. Tapi harga dia on pricey side jadinya lama la juga saya peram nak beli.


Kaunter Son & Park dalam Olive Young

Son & Park bestseller - Beauty Water 330 ml @ KRW25,000 (tapi masa saya beli ni Olive Young buat 20% off jadi KRW20,000)
Juicy Tint Stick @ KRW19,000 (juga tengah sale jadi KRW15,200)

Verdict :

1. Beauty Water : Beauty Water ni saya rasa antara Top 3 Korean skincare yang boom last year. Masa saya nak beli ni pun, saya pergi 5 kedai Olive Young dan semuanya sold out kecuali satu, tu pon last one.

Mesti ada yang tertanya apakah Beauty Water ni? Beauty Water ni ala-ala cleansing water, boleh dipakai sebelum cuci muka dengan pencuci muka, juga boleh guna selepas cuci muka dan sebelum toner. Boleh juga belasah buat toner, terpulang pada citarasa.

Saya guna Beauty Water ni selepas cuci muka dan sebelum toner, juga kadang-kadang saya campur dengan green tea oil/argan oil dan sapu dekat muka ke leher ke siku ke.
Bila saya guna Beauty Water ni semata-mata, memang tak ada kesan sangat pada saya. Boleh rasa kulit jadi extra bersih, tapi tu je la kot. Tapi bila saya campur dengan oil2 yang saya ada, boleh rasalah yang kulit saya moist dan well-prep untuk next step iaitu skincare & make-up.

Kadang-kadang saya buat tuang atas tisu muka dan buat ala face mask.

2. Juicy Tint Stick : Haa, yang ni saya sangat suka! Saya memang pakai hari-hari sekarang. Lepas sapu dekat bibir, rasa lembab je, padanlah dengan nama dia juicy stick!

Son & Park ni tak ada flagship store lagi, kalau nak beli boleh dapatkan di Olive Young dan kaunter khas dia dalam mall baru bawah? belakang? Uniqlo Myeongdong.


MISSHA

First Treatment Essence dari MISSHA ni masa mula keluar dulu sangat boom sebab dia buat promo kalau bawak botol kosong SK-II dia akan bagi percuma satu botol. Sangat berani kan!
Essence ni konsep dia sama dengan SK-II Facial Treatment Essence iaitu fermented skincare. Kalau rajin google, banyak sangat blog yang buat comparison antara 2 brand ni. Ada ynng masuk dengan SK-II dan ada yang masuk dengan MISSHA's First Treatment Essence. Saya pernah try dua-dua dan saya lagi masuk dengan MISSHA.

Saya first guna First Treatment Essence ni 3 tahun lepas, then stop lepas balik Malaysia sebab susah sangat nak dapat stok kat Malaysia ni. Sekali dalam bulan 9 last year, muka saya naik jerawat horror sangat, even my dermatologist cringed bila dia tengok. Sila salahkan department baru saya.

So masa kulit saya masalah tu, teringatlah yang dulu pon lepas pakai MISSHA ni kulit saya jadi elok. Jadi lagi berkobar-kobar nak gi Seoul sebab nak dapatkan stock ni.


1, MISSHA Time Revolution First Treatment Essence set (Essence + Night Ampoule) @ KRW68,000 (kalau beli asing-asing dalam KRW38,000 to KRW42,000 . Dari pengalaman saya, MISSHA selalu buat sale 30%, 20% pada hari Sabtu & Ahad.  Saya juga lagi suka beli dekat MISSHA yang bukan dekat main attraction macam Myeongdong ke Ehwa ke.
Saya beli ni dekat dalam station Express Bus Terminal, tgh ada 30% sale, tapi bila saya ke Myeongdong tak ada sale ni..)

2. MISSHA Misa Geum Seul Eye Cream @ KRW15,000 - Ni pon tengah sale 50%
Dah lama saya nak try ginseng line Missha ni jadi bila tengok eye cream dia ada sale, terus saya sambar.

3. MISSHA Triple Shadow @ KRW5,000

Verdict :

1. MISSHA Time Revolution Set : Ah, yang ni tak payah nak terang panjang lebar, saya memang suka sebab memang kulit saya improved lepas guna. Dia tak mengurangkan jerawat ke parut ke, tapi dia more to mencegah jerawat baru.

2. Misa Geum Sul Eye Cream : First time guna eye-cream (sebab rasa banyak dah keluar kedut-kedut dekat mata!) . Kedut memang makin hilang, tapi saya hanya perasan lepas sebulan gunalah. Cream ni paling best pakai sebelum tidur, nanti bila bangun sekeliling mata tu rasa lembut habis ok! Tak puas sentuh!

3. MISSHA Triple Shadow : Ini saya just ambil sebab ada tepi kaunter masa nak bayar. Shadow ni sangat BEST ok! Sekarang saya pakai eyeshadow ni je tau. Sebab dia ada 3 warna kan, so senang nak buat graduation. Juga boleh campur-campur shadow tu dan buat original colour. Sangat-sangat berbaloi, menyesal ambil satu je!


ILLI & MEDIHEAL 


1. illi face mask (intensive moisture) @ KRW7,000 for 10 pcs
2. Mediheal NMF Aquaring @ KRW15,000 for 10 pcs
3. illi face mask (moisture) @ KRW7,000 for 10 pcs

Verdict :

1. illi face mask - OK, dulu saya pernah cakap yang face-mask illi ni nothing special kan. Saya tarik balik hehe! Lepas dah habiskan stok tu, baru dapat rasa kebestan face mask illi ni. Selalu bila malam pakai, esok paginya memang muka jadi lebih smooth, mekap pon lawa je terletak tak ada terkerak2.

2. MEDIHEAL NMF Aquaring face mask : face mask ni long-seller dekat Korea. Saya direcommend oleh senpai saya. Mask ni pon bagus, tapi boleh rasa yang kesan dia "clinical", macam mana nak explain ya... Mungkin sebab bau dia macam ubat sikit kot.


GUERISSON 9 COMPLEX HORSE OIL CREAM 


Complex Horse Oil Cream @ KRW25,600 (Olive Young Myeongdong price)
Ini lagi satu skincare yang boom dekat Korea kebelakangan ni lepas Honey Lee cerita pasal cream ni dalam "Get it beauty". Horse Oil Cream ni dah lama ada dan famous dengan orang tanah besar.

Verdict :

Saya ikut cara Honey Lee ni pakai, tepek banyak-banyak kat muka sebelum tidur.
Cream ni sangat pekat so memang melekit-lekit, kadang-kadang melekat dekat sarung bantal. Lepas 2, 3 jam dia akan absorb (atau vaporised?!). Pagi esoknya memang rasa muka jadi lembut dan jerawat batu saya memang mengecut lepas guna.

Tapi saya tak suka guna sangat sebab 1. bau dia sangat kuat 2. dia melekit2 3. saya kadang-kadang rasa sedikit gore bila membayangkan saya tengah guna minyak kuda...
So sekarang ni saya hanya pakai dekat badan dan hanya kadang-kadang guna bila saya naik jerawat besar-besar.


Seterusnya, bukan skincare or makeup, tapi stationeries. Seoul banyak kedai stationeries yang comel2 dan harga dia lagi murah dari Jepun ke Malaysia sendiri. Saya selalu ke ARTBOX (Myeongdong ada, tapi saya lagi suka ke branch Shinchon or Ehwa, lagi luas dan tak sendat sangat).
Tapi kali ni saya tak sempat ke kedua-duanya, jadi saya beli dekat YP Books, kedai buku yang seberang Jonggak Tower tu.


1. Mouse pad @ KRW3,500.
2. Message card @ KRW900 for 5 pcs
3. Gel pen @ KRW700 per pc

Oh! Benda yang saya rasa sangat Best Buy! adalah cooling pad untuk kaki ni, Masa saya beli ni, Olive Young tengah buat sale KRW5,000 untuk 3 pcs (satu pc ada 6 keping). Lepas berjalan sehari suntuk, sangat best dapat tampal bendalah ni kaki! Nyesal tak borong bebanyak >.<




You Might Also Like

6 comments

  1. wahh, cantik cat rumah baru ne kay? hehehe

    byk sungguh alatannya, mesti kay cun melecun ne...bila mau laga2 pipi ne? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya copy coding orang je :D

      Takde maknanya cun melecun Zilla, saya selalunya comot je.
      InsyaAllah nanti kita jumpa-jumpi ya!

      Delete
  2. Mouse pad tu macam rasa nak peluk... He He He....

    ReplyDelete
  3. wow boleh tahan eh Kakak Kay shopping ngeh3..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~