[TRAVELOG] Dec 2015 - Trans-Kyushu : Dari Kagoshima-chuo ke Sakurajima
00:30Hari baru di Kagoshima :) Pagi ni saya akan join half day tour Sakurajima dan petang nanti akan naik D&S train untuk ke Kumamoto.
Sakurajima adalah antara active volcanoes di Jepun ni dan mengikut kajian geologist Jepun sedang menunggu masa nak meletus dengan kuatnya dalam masa terdekat. Sakurajima ni dulu adalah pulau yang ada volcano tapi selepas letusan pada tahun 1914, lava dia melimpah-limpah hingga menyambungkan pulau ni dengan Kyushu mainland. Sebab tu nama Sakurajima ni ada "jima" dekat belakang walaupun technically dia bukan lagi sebuah pulau sekarang. ("Jima" datang dari perkataan shima yang bermaksud pulau.)
Langit biru yang cantik! |
Belah East Kagoshima Station ni siap ada AEON, besar lagi. Tapi saya tak pergi pon, tak sempat. |
Tempat naik bas sightseeing adalah di E-8 |
Dah siang ni, baru perasan ada ferris wheel yang besar sebelah Kagoshima station ni. |
Sementara tunggu bas datang, saya jalan sekejap tapi sebab masih agak awal, tak ada kedai buka lagi. Sempat beli air dekat Lawson tu je. |
Bas dah sampai, yoohoo! Saya suka font Sakurajima tu, sangat retro kan. |
Course sightseeing bus yang saya join hari ni. |
Kagoshima Chuo Station ≫ Napoli Street ≫ Perth Street ≫ Waterfront ≫ Sakurajima Pier ≫ Sakurajima Ferry ≫ Sakurajima Port ≫ Yunohira Observatory (15min stop) ≫ Fujino Mulberry Grove ≫ Kurokami Buried Tori-i Shrine Gate ≫ Tabi-no-Sato (15min stop) ≫ Arimura Lava Observatory (15min stop) ≫ Monument to Hayashi Fumiko ≫ Sakurajima Port ≫Sakurajima Ferry ≫ Sakurajima Pier ≫ City Hall ≫ Kinsei-cho Cultural Zone ≫ Tenmonkan Shopping District ≫ Kagoshima Chuo Station
Naik tu akan dapat tiket dan tag nama yang kena dipakai sepanjang join tour ni. Kat belakang tiket tu ada discount kupon umtuk aquarium, museum dan kedai dalam Kagoshima city ni. |
Dah duduk dalam bas, baru perasan ada monumen kat tengah tu. Agak menarik so saya ingat nak pergi lepas balik dari tour nanti. |
Lepas cukup semua peserta, bas kami bergerak ke pier untuk naik ferry ke Sakurajima. On the way tu, kami lalu Napoli Street dan Perth Street. Rupa-rupanya Kagoshima city ni sister city dengan Napoli dan Perth tapi saya tak sure ada tak Kagoshima street di kedua-dua bandar tu pula.
Dah dekat-dekat jetty tu, dah boleh nampak Sakurajima. |
Kita zoom sket! |
Kawasan parking kenderaan adalah kat tingkat bawah. |
Tulisan kaler biru atas board putih tu tulis "terima kasih naik ferry (kami)". Satu budaya Jepun yang saya rasa kita boleh belajar adalah berterima kasih kepada pelanggan. |
Banyak kerusi dan juga sofa kat dalam. Masa ni dalam pukul 9.30 pagi rasanya, ferry pon kosong lagi so bebas nak pilih duduk mana. |
Saya ingatkan ferry ni cikai-cikai jer, tapi siap ada stained glass lagi. Kat bawah dia ada tulis import dari Itali. |
Bangunan yang macam Sydney Opera House tu adalah Kagoshima Aquarium. |
Masa nak gerak keluar dari jetty, ferry kami berselisih dengan ferry yang baru balik dari Sakurajima ni. Maafkan saya yang jakun dengan kebesaran ferry-ferry ni. |
Meninggalkan jetty perlahan-lahan |
Semakin mendekati Sakurajima. |
Sampai hari ni saya teringat-ingat perasaan masa ni. Rasa macam ya Allah, cantiknya laut ni! |
Nama laut antara mainland dan Sakurajima ni adalah Kinko Bay. Saya tertanya-tanya apakah bendalah konkrit kat tengah-tengah laut ni... |
Ni gambar laut terakhir untuk entry ni hehe. Bila saya check folder saya, ada dekat 30 keping gambar Kinko Bay ni je tau! |
Sakurajima, mu tunggu ku datang! |
0 comments