[TRAVELOG] #throwback Ogos 2012 : Misi Menawan 4 Menara di Kansai 3/4
09:28Hari ketiga dan terakhir saya di Kansai.
Plan hari ini sebenarnya hendak bangun pagi-pagi sebab banyak tempat nak pergi.
Tapi, bila dah siap mandi, makan dan kemas barang, tengok-tengok dah pukul 10 pagi.
Jadi saya pun bergegas keluar menuju ke destinasi pertama hari ini- Fushimi Inari.
Fushimi Inari Taisha
Stesen terdekat : JR Inari / Keihan Fushimi Inari
Memandangkan tempat saya bermalam tidak ada JR, saya guna Keihan Line yang lebih dekat.
Plus saya teringin nak tengok stesen dia yang apparently special design disesuaikan dengan Fushimi Inari.
Train station yang didesign ala-ala Fushimi Inari |
Kalau hendak ke entrance Fushimi Inari tu stesen dia jauh sikit dari JR tapi jangan risau, ramai sangat pelancong ke sini jadi ikutlah arah orang lain jalan, insyaAllah boleh sampai.
Fushimi Inari ini, senang cakap, macam HQ untuk semua shrine dekat Jepun ini.
Pintu masuk ke Fushimi Inari Shrine complex |
Ada map sebelum start tiang-tiang oren ni. |
Kalau nak round keseluruhan tempat ni, akan ambil masa dalam 2 jam, campur stop ambil gambar lagi maybe dekat 3 jam sebab jauh track orange torii ni adalah 4 km tau. Jadi kalau ada yang nak ke sini dan betul betul jalan, peruntukkanlah sepagi dekat sini.
Susah sangat nak ambik gambar time tak ada orang orz |
Tengah-tengah route tu barisan torii ni akan split kepada 2 macam ini |
disponsor oleh syarikat Jepun.
Add caption |
Hari pon dah panas, saya pon dah pening tengok warna oren, saya keluar naik JR ke Kyoto Station untuk ke Kyoto Tower, menara terakhir untuk ditawan kali ini.
Menara keempat : Kyoto Tower
Stesen terdekat : Kyoto Station
Kyoto Tower adalah bangunan yang dekat kanan sekali |
Kalau bukan kerana hendakkan gold coin, rasanya sampai bila pon saya tak akan naik Kyoto Tower ni.
Saya naik atas ini sekejap sahaja- serahkan pass, amik gold coin, pusing seround, habis.
Turun2 dari Kyoto Tower, saya terus jalan ke arah Kyoto Station sebab hendak naik bas ke area Gion pula. Boleh pula tengah jalan tu terserempak dengan orang pakai tudung. Saya pon tegurlah dan tanya dari mana semua. Rupa-rupanya adik tu pun jalan solo jadi saya pun ajaklah dia jalan-jalan ke area Kiyomizu dan Gion.
Rasa seronok sangat jumpa orang Malaysia dekat sini. Next extry saya akan sambung cerita kami ke Kiyomizu, Gion & Shijo Kawaramachi pula ya :D
0 comments