[TRAVELOG] Dec 2014 - Misi ke Snow White Castle di Hong Kong 1/4

09:45

Hari Jumaat malam minggu lepas saya balik kampung. Saya booked last flight, budget lepas kerja terus gegas ke airport. Sekali last minute adik office ada problem dengan client dia jadi saya pun menyibuk tolong. Tengok-tengok jam macam sempat tak sempat je nak ke airport. Teruslah saya memecut ke airport tapi dalam banyak2 hari, hari itulah monorel dan klia express buat hal. Saya sampai gate 5 minit sebelum berlepas, cuak amat!
First time berlari di klia. First time nama diannounced for final call.
Nasib baik domestic, kalau international dah lama saya kena tinggal kot.

Okay, habis cerita nak terlepas flight, jadi saya nak cerita pasal misi ke Snow White Castle, yakni ke Disneyland Hong Kong bulan Dec lepas. Plan asal adalah senior saya nak datang ke Malaysia, tapi lepas check harga tiket semuanya over RM3,000. Itu baru tiket, campur hotel and jalan-jalan lagi. Kesianlah pula dekat senior saya kena bayar sebanyak tu padahal kalau time murah Air Asia boleh dapat tiket dalam RM1,000 je.

Jadi kami pon tukar plan jumpa tempat lain. Kebetulan senior saya ni suka Disney, jadi saya cadangkanlah kami ke Hong Kong. Saya dari KL, senior saya dari Tokyo. Dari KL pon 4 jam, dari Tokyo pon 4 jam. Adillah untuk kedua-dua pihak kan.

Tiket saya beli dalam 3 minggu sebelum departure, kena pula time Krismas jadi saya rasa tiket saya agak mahal, total tanpa luggage dan meal adalah RM799.

Sudah settle tiket, kami cari hotel pula. Ini yang paling susah, yang cantik sikit semuanya over budget kami. Yang dalam budget pula, location jauh ke Shatin sana. Survey punya survey, kami dapat Ibis Hong Kong Central and Sheung Wan pada harga RM445 semalam. Jadi total 3 malam dalam RM1,335, bahagi dengan 2 orang dalam RM700++ seorang.

Flight dari KL pukul 8 lebih jadi saya booked cab dari rumah ke KL Sentral dan dari situ ambil bas RM10 ke klia2. Perjalanan ke Hong Kong smooth sahaja dan saya habiskan masa dengan tidur hehe

Sampai2 di Hong Kong saya disambut oleh pokok Krismas diperbuat dari Swarovski ni. Gah amat!

Pokok Krismas Swarovsky

First thing saya buat adalah dapatkan SIM card untuk Internet. Iyalah, nanti senang nak berhubung dengan senior saya dekat Hong Kong. Saya berpusing-pusing juga cari kedai telco yang banyak keluar dalam blog. Airport yang agak crowded, mungkin sebab Hari Krismas, membuatkan saya rasa lagi lemas nak mencari. Last2 saya putus asa cari sendiri so pergilah tanya dekat kaunter information. Rupa2 nya kedai 1010 ni belakang kaunter information tu jer!
Kedai telco 1010 ini terletak sebelah Godiva, so kalau nak cari senang mark kedai Godiva ni rasanya.

Kedai 1010 adalah yang warna kuning tu ya. Ramai tourist beratur nak beli SIM card juga

Saya beli SIM card yang plan dia unlimited untuk 7 hari, harganya HKD100. Saya pilih SIM card ini sebab saya dah ada modem sendiri and saya malas nak keluarkan SIM card dari phone saya. Internet ni saya share dengan senior saya, so seorang dalam HKD50 untuk kegunaan selama 4 hari. Pada saya OK sangat sebab Internet dia laju, lagi laju dari Internet Ibis.

Lepas SIM card settled, saya ke kaunter lain pula untuk beli Octopus card.
Octopus card ni harga dia HKD150, HKD50 sebagai deposit dan HKD100 nilai credit.
Tapi memandangkan saya nak naik bas yang harga dia dalam HKD40 dan saya malas nak top up lagi, saya top up siap-siap another HKD100 dan terus gerak ke bus stop airport shuttle.
Saya naik airport shuttle A11 dan stop saya adalah yang ketiga. Ingatkan sekejap sebab 3rd stop, rupa2nya dalam setengah jam juga.


Keluar airport, depan bus stop tu ada bus no list dengan stops dia

Dalam bas pon ada monitor tunjuk stops so boleh check dekat sini juga


Pemandangan dari dalam bas. Ini semua kontena barang masuk Hong Kong
Oh! Masa dalam bas ni ada makcik Jepun yang sangat peramah duduk sebelah saya. Borak dengan dia sekejap and bila saya bagitau yang saya ni dari Malaysia, abang skinhead yang duduku depan saya pusing and cakap dia dah lama teringin nak ke Malaysia tapi tak boleh. Saya naik excited lah sekejap, sebab yalah, ada orang nak datang Malaysia. Sekali bila borak dengan abang tu rupanya dia dari Israel. Patutla tak dapat2 nak dtg Malaysia...

Bus stop saya adalah Ferry terminal ke Macau. Dari sini menapak dalam 5 minit ke hotel. Sampai hotel, saya duduk di lobi sambil tunggu senior saya sampai, Duduk layan Internet dalam setengah jam, senior saya sampai dan kami check in sama-sama.


Pandangan luar hotel


Hotel ini pada saya sangat OK untuk Hong Kong standard. Bilik air pon luas, ada ruang tepi katil untuk saya solat, katil pon besar. Maaflah saya tak ada gambar sebab masuk-masuk bilik je kami berdua terus terkam katil. Tertidur sekejap and bila bangun dah dekat pukul 6.

So siap2 and gerak ke Tsim Sha Tsui sebab nak tengok light show yang famous tu.
Stesen terdekat dengan hotel kami adalah Sheung Wan. Jalan less than 10 mins dah boleh sampai.
Sampai-sampai Tsim Sha Tsui, ada masa lagi before Simfony of Light start so kami terjah kedai sweet yang famous tu- Hui Lau Shan. Walaupon dekat Malaysia ada (sebenarnya dekat office saya pon ada satu) tetap excited nak pergi sini. Saya tamak so saya ambil set yang ada mini semua menu macam kat bawah ni. Harga dia, saya tak ingat... Tapi, memang sedap yang amat!




Lepas siap makan, kami gerak ke Waterfront Promenade untuk tengok Simphony of Light show.
Tapi hari kami pergi ni, Hong Kong sangat gloomy dan hujan renyai2 so tak nampak sangat light :/
Gambar pun tak cantik sebab 1- saya pakai kamera phone je, 2- saya memang tak ada skill hehe


Peninsula Hotel.. One day saya teringin sangat nak stay kat sini...

Laut bergelora and langit pon kelam semacam

Skycrapers kat Hong Kong pon separuhnya diseliputi kabus

Show ni sekejap sahaja, dalam 15mins kot.
Kalau cuaca cerah, saya rasa mungkin cantik and menarik. Tapi pada saya yang tengok dalam kesejukan dan cuaca yang tak berapa cun, saya rasa show ni tak seberapa.
Muzik yang digunakan agak outdated dan tidak berapa clear sangat...


Habis show, kami gerak ke Intercontinental Hotel untuk tumpang toilet.
Sambung jalan-jalan kejap di Tsim Sha Tsui dan kemudian kami patah balik ke hotel.
Sudah mengantuk dan nak simpan tenaga untuk menerjah Snow White Castle keesokannya.


You Might Also Like

9 comments

  1. Terima kasih... saya tak pernah ke Hong Kong.. tips tips dalam ni memang sangat berguna... hotel tempat makan tiket bas dan sebagainya... saya tertarik dengan hotel dan light show tu... mengingatkan pada Singapura yg ada benda yg sama yg di suluh ke air laut...

    salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Najib Ariyan.
      Maafla lambat reply, saya baru jumpa Internet selepas 2 minggu.
      Oo Singapore pon ada light show ke? Info baru ni...

      Kalau dapat tiket murah, saya recommend sangat pergi Hong Kong!

      Thanks singgah blog saya. Nanti saya singgah rumah Najib Ariyan pulak ya :D

      Delete
    2. Najib Ariyan ni rajin BW...untung tau kenal dengan dia ni..peramah :-)

      Delete
    3. Baik! Akan saya terjah blog Najib Ariyan skrg jugak!

      Delete
  2. set makan tu yg amat menggoda...baru tgk pun dah tahu SEDAP sgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak JM! Silalah terjah kat KL pon ada tau.

      Delete
  3. Tq...terasa diana yg nak ke snow white castle pulak...never ke hong kong lagi. Mesti syokkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kesempatan, silalah ke Hong Kong dan Disneyland nye. Sangat recommend, lebih-lebih lagi kalau ada anak :D

      Terima kasih singgah blog saya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~