[TRAVELOG] Dec 2014 - Misi ke Snow White Castle di Hong Kong 4/4
09:1128 Dec 2014 - Hari Terakhir di Hong Kong
Hari ni pon kami gerak lewat.
Lepas siap packing, kami check out dan simpan luggage dekat hotel
Islamic Center Canteen
Destinasi pertama hari ni adalah Islamic Center Canteen yang famous dengan dim sum halal tu.
Islamic Center Canteen ni terletak di antara Wan Chai Station dan Causeway Bay Station.
Sila klik untuk besarkan map ya :) |
Kalau rajin google, akan jumpa banyak cara nak ke kedai ni- naik tram or bas or jalan kaki.
Memandangkah kami tak pernah turun Wan Chai lagi, kami sepakat untuk turun sini and jalan sambil tengok pemandangan.
Dari Wan Chai dalam 20 minit jalan kaki. Agak jauh tapi best dapat tengok bangunan-bangunan lama Hong Kong.
Wan Chai Area |
Setelah jalan hampir 20 minit, sila alert dengan belah kanan anda. Akan ada hotel Charterhouse . Masuk bawah bumbung depan lobi hotel ni and taraaa! Akan nampak bangunan Islamic Center.
Canteen ni terletak di tingkat 5.
Hong Kong Islamic Center |
Antara dim sum yang kami order |
Oh, Islamic Canteen ni sebenarnya dekat je dengan Bowrington Road Market yang saya pergi semalam. In fact, kalau berdiri depan Charterhouse Hotel ni, boleh nampak Bowrington Road Market ni.
Lepas dah makan, kami gerak ke Causeway Bay station, tapi kali ni lalu underground street dari Times Square.
Dalam ni banyak kedai-kedai dan kebetulan tengah sale. Sempatlah beli sikit-sikit untuk diri sendiri.
Then kami ambil train ke Central station untuk ke Pottinger Street and Central-Mid-Levels escalator.
Pottinger Street
Atau nama lain dia adalah Stone-Slab-Streets.
Street ni start dari Queen Road so masa nak keluar dari train station tu, silalah check map.
Saya nak explain macam mana nak pergi pon susah sebab kami main jalan-jalan je masa tu.
Tangga dia rendah-rendah macam ni je |
Kiri kanan ada banyak kedai-kedai macam kat Chinatown tu |
Apa motif letak socks cute2 kat batang ni pon saya xtau... |
Graffiti luar satu bar ni reminds me of Seoul |
Central-MidLevel Escalator
Central-MidLevel Escalator ni adalah escalator outdoor terpanjang di dunia.
Escalator ni juga famous sebab jadi tempat penggambaran cerita Batman Dark Knight tu.
Saya suka area ni juga sebab boleh tengok dengan dekat cara hidup orang Hong Kong.
Memang ramai pelancong dekat Mid-Levels Escalator ni, tapi ramai juga orang awam Hong Kong.
Bila makin ke atas, makin kurang pelancong. Apparently makin ke atas, makin mahal harga apartment kat sini.
Ini dah area atas2 |
Bukan ada Cochrane Street ke kat Penang? |
Rupa-rupanya ada masjid kat atas ni |
Tengoklah betapa tingginya kondo-kondo kat MidLevel ni |
Sekali nampak pemandangan cantik dari atas bridge luar IFC Mall ni. So jalan-jalan sekejap kat luar. Masa ni angin kuat sangat dan agak sejuk.
Hong Kong view 1 |
Hong Kong view 2 |
Hong Kong view 3 |
Lepas tu kami jalan ke arah Macau Ferry Terminal dan ke Hui Lau Shan lagi sekali.
Memandangkan dah dekat pukul 5, saya berpisah dengan senior saya dan gerak ke airport.
Sampai airport, terbaca berita pasal QZ8501. Tersentap sekejap dan terbayangkan nasib diri sendiri.
Cuak juga nak naik flight tapi kalau tak naik tak boleh balik Malaysia so terpaksa la naik.
Dahla masa naik flight malam tu banyak turbulence. Seram sejuk dibuatnya!
~*~*~
Overall, saya puas hati dengan trip Hong Kong kali ini.
Hong Kong memang mahal, jadi kena pandai budget ke mana nak pergi dan makan di mana.
Kalau nak shopping barang branded, saya sangat recommend beli semasa summer sale or Christmas sale. Ada banyak lagi tempat saya tak tercover di Hong Kong ni so kalau dapat tiket murah memang teringun nak pergi sekali.
4 comments
2 kali sis JM ke sana tapi x sampai2 ke Islamic Canteen...byk gak dgr dari blog dim sum kat sana sedap..yang midlevel secalator tu naik separuh je ada member sorang tu merungut buat pa nk naik sampai atas..huhhu..sedih bila partner yg tak leh tolak ansur...
ReplyDeleteohh....dgr pasal QZ tu semasa di Airport HK eh..sis JM lak waktu tu di Airport Surat Thani
takpe kak JM, ada rezeki nnt boleh smpi HK lg sekali n pegi Islamic Canteen ni. dim sum die mmg sedap sangat, ni pon teringat2 rasa dia. next time jgn bawa member yg x sporting tuuu hihi
Deleteaah kat airport. seriau jugakla tp paksa diri bertenang
pernah nak ke HK ni tapi tertunda walau dah beli tiket sebab masa tu ada SARS... banyak sungguh bangunan tinggi macam di Singapore kan... tapi nampak jalan2 tu menarik sebab rendah2.. for sure tak memenatkan... kalau jadi ke HK satu masa nanti boleh lah singgah ke Islamic Center tu... tapi takleh sure bila sebab saya lebih suka ke tempat2 nature dari bandar besar
ReplyDeleteOoh, patutlah bila saya ke blog Najib banyak tengok pergi pantai2 and gunung. Saya ni suka ke bandar, mati akal kalau ke pantai2.
DeleteKalau ke Hong Kong, silalah pergi Islamic Center Canteen ni. Dimsum dia adalah yang terbaik saya pernah saya pernah makan.