[TRAVELOG] Dec 2014 - Misi ke Snow White Castle di Hong Kong 3/4

20:25

27 Dec 2014 - Hari ketiga di Hong Kong

Selepas kepenatan berjimba di Hong Kong Disneyland semalam, kami bangun agak lambat hari ini. Sarapan pon di bilik je dengan bekal roti dan juice yang dibeli di 7-Eleven.

Dalam pukul 10 lebih macam tu barulah kami gerak ke Causeway Bay.
Plan asal nak brunch dekat satu kedai mee vegetarian yang kami jumpa dalam Open Rice.
Open Rice ni macam Trip Advisor versi restoran lah.
Sekali bila kami sampai kedai mee tu, rupa-rupanya diorang dah tukar owner dan menu.
Ada lagi mee vegetarian tapi ada juga menu berasaskan pork. Oh no...

Kami pon cancel makan kat situ.
Dah buntu tak tau nak makan mana. Lagi-lagi belah Hong Kong island ni tak banyak kedai halal macam area Tsim Sha Tsui sana.
Sambil-sambil cari idea, kami jalan-jalan ke Times Square Hong Kong. Plan kalau tak jumpa kedai yang saya boleh makan, nak terjah kedai sushi kat sini.
Sampai Times Square saya teringat pernah terbaca pasal kedai Wai Kee dalam Bowrington Market area-area sini.

Mula-mula blur sekejap nak ke arah mana. Tengok peta lagi sekali.
Rupanya Bowrington Market ni belakang Times Square je.

Direction ke Bowrington Market

Sila klik untuk besarkan map ya
1. Depan Times Square, ada Russel Street. Jalan sepanjang Russel Street ni sampai jumpa flyover.
2. Lintas jalan dan lalu bawah flyover tadi.
3. Lepas sampai seberang sana, jalan sikit and masuk lorong pasar basah.
4. Jalan sampai hujung jalan pasar basah ni sampai nampak 2 bangunan putih
5. Bowrington Market Cooked Food Center ni terletak dalam bangunan putih yang belah kiri.
Ada tangga kat luar bangunan. Naik tangga ni akan sampai ke food court.
Kedai Wai Kee ni terletak dekat hujung-hujung, sebelah flyover untuk ke bangunan lagi putih lagi satu tu.

Wai Kee Halal Food ni famous for its duck curry.
Tapi since kami xde mood nak bercurry, kami ambil lagi satu menu iaitu nasi itik. Ala-ala nasi ayam kita tu tapi lauk dia itik.




Ahh, teringat kesedapan itik ni... sobs sangat teringin nak makan sekarang juga!

Set kami ambil ni HKD70 untuk 2 orang. Ada nasi, itik dan sup.
Portion dia banyak so kenyang sampai petang.

Lepas makan, kami patah balik ke Causeway Bay. Masa ni orang dah start ramai, berpusu2.
Kami just window shopping, kemudian ke pasar raya Wellcome untuk beli souvenir. Saya just beli teh dan jajan untuk bawak balik Malaysia. Sempat juga merembat biskut Tim Tam sebab harganya lebih murah dari Malaysia.

Kedai ni ala-ala Giant kat Malaysia laa

Ada jual Old Town White Coffee kat sini :D


Sebab barang banyak dan kepenatan melawan arus manusia, kami patah balik hotel.
Bila dah balik hotel, tau tau je lah- mesti tertidur.

Dalam pukul 4 kami bangun, menggelabah sebab lepas ni nak ke Victoria Peak pula.
Kami gerak ke stesen Central sebab ingat nak naik tram. Sekali mak aih, ramaaaaaaaaaaaaaaai sangat orang.
Jadi kami tukar plan untuk naik bas.
Ada banyak bas yang naik ke Victoria Peak, tapi yang terdekat dengan kami pada masa itu adalah bus no 15. Saya tak ingat the exact place nak naik bus no 15 ni, yang saya ingat kena keluar stesen Central, jalan atas jejantas ke seberang and tunggu bus bawah bangunan...
Tambang dalam HKD10 dan ambil masa sejam untuk naik ke atas.

Maaflah saya tidak ada gambar sebab saya yang cerdik ni tertinggal phone dekat hotel huargh ToT
Tapi Victoria Peak sangat cantik waktu malam so saya sangat recommend naik sini pada waktu malam. Memang crowded sebab orang ramai tapi ianya berbaloi.

Gambar ihsan Google

Lama juga kami kat atas tu, sebab lepas tengok view, kami jalan-jalan kat shopping mall bawah The Peak tu. Kebetulan tengah sale, nafsu membeli pun membuak-buak. Senior saya siap sempat shopping beg Furla lagi. Memang murah, dalam 60% dari harga kat Malaysia kot. Saya pon teringin nak sambar satu, tapi memandangkan keadaan ekonomi saya, terpaksalah saya bersabar.

Dessert strawberry yang kami makan di Causeway Bay. Sampai hari ni teringat2 ice cream ni

You Might Also Like

2 comments

  1. Tertinggal phone kat bilik?..then x minta tlg senior tlg snap pic pastu leh tranfer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe senior saya pakai telefon ala 3310 tu, langsung xleh nak amik gambar. So mlm tu kami berdua menyengih je la xde gambar.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~