[TRAVELOG] Dec 2014 - Misi ke Snow White Castle di Hong Kong 2/4

18:14

26 Dec 2014 : Hari kedua di Hong Kong.


Hari ni misi kami hanya satu- nak ke Disneyland! Woohoo!
Tiket ke Disneyland ni, senior saya beli dengan travel agent dekat Japan, kami dapat dalam RM200 seorang.

Pagi sebelum bertolak, kami singgah Starbucks bawah hotel dulu. Plan asal nak minum je, tapi lepas tengok sandwich dan dessert Christmas yang cute mute kami pon tergoda untuk makan sekali. Bila dah makan, tau tau jelah mesti lepak lama kan. Dalam sejam juga kami duduk kat Starbucks pagi tu.

Dessert yang telah menggoda kami dengan jayanya


Selepas makan, kami jalan kaki ke stesen Central sebab malas nak tukar line kalau naik MTR yang dekat dengan hotel. MTR terdekat dengan hotel kami adalah Sheung Wan, tapi Sheung Wan ke Central ni satu stesen je and jalan pon xsampai 15 minit.


Permandangan on the way ke stesen Central

Dari Central station, kami naik line hijau sampai Sunny Bay then tukar ke line Disneyland.
Masa kat Sunny Bay tu agak ramai la orang yang nak ke Disneyland and bila tengok diorang excited, kami pon naik excited jugak!
Dalam 40 minit naik train, akhirnya kami sampai di Disneyland Hong Kong! Woohoo!


Pemegang tangan(?) dalam Line Pink dari Sunny Bay ke Disneyland


Lepas tukar tiket, kami terus masuk dalam dan start naik rides seme. Pada saya, walaupun Hong Kong Disneyland ini kecil je kalau dibandingkan dengan Tokyo Disneyland, still puas main. Maybe sebab kawasan dia taklah luas sangat, nak round2 park pon tidaklah penat sangat.


Disambut surfing Mickey


Misi Berjaya! Snow White Castle!

Ha, kalau ke Disneyland Hong Kong ni xperlu risau pasal makanan halal sebab ada 2 restoran halal kat sini. Salah satunya siap ada chef dari Malaysia lagi maka tidak perlulah gunda gulana fikir pasal makanan. Cuma mungkin kena fikir pasal duit sebab range harga makanan dia dalam HKD70 camtu. Satu nama dia Tahitian Terrace kat Adventure Land yang jual Asian/Indian food dan lagi satu Explorer's Club Restaurant kat Mystic Point yg juga serve Asian food, ada pho dari Vietnam, ada chigae dar Korea. Saya makan kat Mystic Point sebab terliur chigae ehehe

Kami berjimba di Disneyland sampai petang sebab nak tengok fireworks. Masa nak start firework ni hujan and phone saya tak nak hidup lepas terjatuh so no pictures >.< Tapi! Firework dan parade malam dia memang cantik. Bertemakan Krismas macam seluruh Hong Kong Disneyland juga. Saya memang recommend ke Disneyland time ni sebab park dia sangat magical dengan lampu and hiasan Krismas.



Christmas theme!




Cantik!



Snow White Castle yang dilightup :D


Pokok Krismas yang cantek

Bye bye Snow White Castle! Sila tunggu daku

Habis firework, kami gerak balik ke Hong Kong. Tamatlah hari ke 2 kami.

Overall, apa yang saya suka dengan Hong Kong Disneyland:-
1. Park dia agak kecil so senang nak bergerak and tidak sesat.
2. Tak ramai orang jadi nak naik satu-satu rides tu tak ada beratur panjang2.
3. Ada restoran halal :D

Apa yang saya agak meh dengan Hong Kong Disneyland:-
1. Fireworks tu dia buat last sekali so habis je fireworks, semua orang berkerumun ke MRT station sebab park dan souvenir shop dah tutup. Restoran pon banyak dah tutup, saya sempat masuk satu restoran ni dalam 5 minit sebelum last order.
2. Suka-suka je tukar route ngan time parade. Hmm, tak tahula kalau mereka tukar route masa hari saya pergi je tp yg ni agak frustrating sebab elok2 saya amik port best, tengok diorang tukar route parade. Terpaksa pindah and seat kami jadi belakang orang lain.

Anyway, Hong Kong Disneyland tetap enjoy and kalau ada rezeki dan partner, saya memang nak pergi lagi sekali :D

You Might Also Like

4 comments

  1. beli dari travel agent di Japan RM200? bukan makah ke Kay...tapi kalau beli online or di kaunter pun harga lebih kurang HKD400++ kan..dh mahal tiket masuk skrg nih

    ha'ah...Disneyland kecik je...in sha Allah sis JM doakan Kay cepat dpt partner begitu juga sis..leh travel dgn partner tapi harap2 partner yg kaki jalan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, saya tgk kat blog akak tiket die dulu murah gak la kan. harga skr kalu beli online or kaunter dah HKD499.

      haha walaupun saya xmaksudkan partner yang tu, thanks kak JM sbb doakan saya. Saya pon doakan yang sama untuk akak :D

      Delete
  2. Yg penting tempat x begitu besar Dan tak ramai org. Tapi kalau school holiday tentu 'pack jugak kan'. X sanggup nak que panjang2. Cukuplah dulu ms pg universal studio Singapore. Que yng Sgt panjang. Full and pack.maybe during school holiday *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm xsure la plak masa saya pergi ni cuti sekolah ke tak kat sana. Tapi memang xramai sangat kanak-kanak. Orang dewasa yang ramai.

      Oh saya xsampai lagi USS. Selalu tangguh nak pergi, sebab alasan dekat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~