[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Perihal Tiket, Departure & Arrival
16:20
Trip merasmikan tahun baru 2015 saya, saya ke Seoul.
Kota skandal saya.
Kenapa saya kata skandal?
Sebab saya selalu sorok-sorok kalau ke Seoul.
Selalunya saya hanya bagitau parents, kakak saya dan 2, 3 orang kawan yang sama-sama suka Seoul sahaja.
Kenapa nak sorok-sorok?
Sebab saya malas nak melayan komen-komen sinis mengata asyik ke Seoul je.
Plan asal hanya nak ke Seoul sahaja, tapi kemudian ada hal pula dekat Tokyo jadi alang-alang ke arah sana, saya ambil keputusan untuk pergi ke kedua-dua city ni serentak. Kebetulan pula KL ada 4 days weekend sempena Cuti Hari Wilayah dan Thaipusam jadi tidak perlulah saya korbankan annual leave saya banyak sangat.
TIKET
Tiket saya beli bulan November masa Air Asia buat sale.
25JAN KUL-ICN / 02FEB HND-KUL total dalam RM860 termasuk luggage.
Lepas dah settle international ticket, saya start planning tiket dari Seoul ke Japan.
My initial plan was to stay in Seoul for 5 days, then naik Jeju Air ke Nagoya.
Then dari Nagoya - Takayama - Shirakawago - Kanazawa - Tokyo.
Teringin sangat nak tengok Shirakawago time Winter dan nak ke Kanazawa station yang berdesign unik tu.
Tapi dalam bulan Disember, senior saya masa kerja kat Jepun dulu hantar mesej cakap dia nak ke Seoul jumpa saya. Hmm nak tak nak saya terpaksa panjangkan stay saya kat Seoul, tak sampai hati nak tolak sebab senior ni memang banyak menjaga saya masa saya kat Jepun dulu.
So tukar plan, Seoul 6 days, then naik Peach Air ke Osaka. Stay Osaka 2 hari then ingat nak shoot ke Tokyo.
Tapi ini pon xjadi sebab saya ke Hong Kong akhir bulan 12, budget untuk berjimba dah lari.
Jadi akhirnya saya ke Tokyo sahaja... Heh.
Dari Seoul ke Tokyo, ada banyak LCC- Jeju Air, Easter Jet, Vanilla Air etc.
Lepas survey2 harga, awal bulan Januari, saya beli tiket dengan Vanilla Air sebab itu yang paling murah, KRW98,000 termasuk 20kg luggage.
Kalau beli lagi awal, mungkin boleh dapat lagi murah rasanya sebab saya pernah nampak harga dalam KRW60,000 je!
~*~*~
Masuk 2015, saya sibuk sangat-sangat sampaikan nak survey tempat nak jalan, mana nak makan semua pon xsempat. Jadi trip kali ini hanya banyak berpandukan nota dan bookmarks lama-lama.
Hari nak bertolak pon saya di office, OT sampai pukul 7 malam. Nasib baik flight tengah malam, jadi sempatlah balik rumah dan buat apa yang patut.
Kali ini housemate berbaik hati hantar sampai ke KL Sentral dan macam biasa saya naik bas RM10 ke KLIA2. Kaunter check in pun lengang je, tak sampai 15 minit dah settle check in dan luggage semua.
Saya ni jenis malas lepak luar so terus masuk dan go through immigration.
Baru tau ada food court rupanya lepas immigration KLIA2 ni |
KLIA2 yang lengang |
Flight malam tu penuh, 90% darinya adalah orang Korea.
Ramai juga ya Korean datang ke Malaysia ya.
Flight malam tu depart on time. Sebelah saya ada mamat Korean yang asyik main game tak tidur.
Saya? Saya ni jenis kalau naik kenderaan, tak sampai 5 minit boleh terus pengsan tidur.
Paginya saya dikejutkan announcement oleh pilot suruh bangun Subuh. Bagus pilot malam tu.
Lupa plak nak tanya nama pilot tu.
~*~*~
25 Jan 2015 07:50 pagi - Alhamdulillah selamat sampai di Incheon Airport.
Tarikh yang sama saya sampai Seoul tahun lepas.
Sebak sangat bila sampai Seoul, mungkin sebab lama sangat tak datang.
Mungkin sebab teringatkan macam2 dugaan sebelum sampai.
Mungkin sebab teringatkan kerja yang berlambak menunggu kepulangan saya di office heh
Lepas immigration and pick up luggage, saya terus keluar.
Bila keluar je, terus hilang sebak, kerja pon lupa.
I am in Seoul! Haruslah menikmati Seoul sepenuhnya kan! Woohoo!
Dah dapat mood balik, saya terus gerak ke pit stop pertama:- semestinya 7 Eleven untuk top up T-Money. Cuak juga takut T-Money saya dah tidak sah, sebab dah setahun tak digunakan. Tapi Alhamdulillah boleh guna lagi.
Lepas top up, saya terus ke tingkat bawah untuk naik AREX untuk ke Seoul.
Dari airport ni, ada banyak cara nak ke Seoul. Samada naik teksi, bas atau train AREX, semuanya bergantung kepada budget dan keselesaan masing-masing.
Kali ini saya pilih naik AREX je sebab luggage saya tidak berat dan saya nak save money.
Stesen AREX kat airport Incheon ni terletak dekat Level B1 kalau saya tidak silap. Sila cari papan tanda macam kat bawah ni dan followlah sign untuk ke gate train AREX ni.
Follow je sign "Airport Railroad ni" |
Train AREX ke Seoul ni ada 2 jenis- express dan local. Yang express harga dia dalam KRW8,900 kot skrg sementara yang local line dalam KRW4,000. Beza masa nak sampai ke city dalam 10 minit je so saya naik yang local je.
Baca betul direction train kat platform, jangan salah naik train ya! |
Ada timetable untuk refer next train dan juga kat mana nak tukar train |
Hotel saya kali ni dekat Line 2, Euljiro-Il-Ga station so saya kena tukar dekat Hongik station.
Naik dan tukar train dalam sejam, saya sampai di Euljiro-Il-Ga. Saya suka station ni sebab ada lift untuk naik atas hehe
Masa ni baru pukul 10 pagi camtu kot. Sebab tak boleh masuk bilik lagi, saya tinggal luggage di counter dan jalan ke Myeondong untuk cari sarapan...
Saya sangat suka snack-snack Korea ♡ |
8 comments
Travel sorang ke?keje or saja jalan2?t-money tahan brapa lama sb saya simpan lg t-money kot2 nk repeat lg ke korea
ReplyDeleteAah travel sorang je, saja jalan-jalan :D
DeleteT-money saya xpakai setahun boleh top up lagi. Xsure la maksimum xpakai tu berapa lama...
Murahnya tiket tu...aha...same to sis JM...ntahlah..kelau ke Seoul berpuluh kali pun masih x rasa bosan huhuh...tak tahu kenapa
ReplyDeletepilot kejutkan bangun subuh? dah berkali2 sis JM naik flight tak de lagi pilot yg buat announcement camtu..alhamdulillah..tapi kan ramai korean dalam flight tu..bagus!
ishh...bila baca entri ni rasa seperti JM sama2 jalan di Seoul bersama Kay tau
saya pon terkejut, terbangun sbb dengar announcement pilot ckp dh masuk waktu subuh... terharu pon ada...
Deletehappynya saya kak JM ckp camtu! pada saya Seoul ni mmg special, sbb tu la pergi byk kali pon xpuas...
Eii.. samalah. Bosan bila org komen - korea lagi?
ReplyDeleteHahahahaha dalam hati kata biarlahhh bukan mintak duit orggg. Dlm hati je lah. Tsk. Sbb tu makin lama makin takut nak share apa2 kt fb. Apa saja. Komen. Status. Gambar. Kena pk byk kali. Bestnya kay kalau saya pun boleh pegi senyap2.. tp terpaksa apply. Kena bagitau jpn so that kalau ada apa2 jadi masih lagi ada perlindungan. Masalahnya bila nak bagitau jpn kena isi form. Bila kerani uruskan form then pomm. Habis semua tau termasuk makcik kantin huhu. Jenuh nk jwb soalan.
Saya pon selalu jawab dalam hati benda yang sama. Oh yalah, orang gov memang banyak prosedur nak ke luar negara kan. Tapi xapalah, at least ada perlindungan di situ.
DeleteTapi.... sampai makcik kantin pon tau tu agak melampau la kan. Mulut orang memang tak boleh nak tutup jadi marilah sama-sama bersabar (dan membalas dalam hati!)
kenapa sy cri flight dari tokyo ke seoul vanilla air tu xde ya?
ReplyDeleteSaya rasa mungkin dia dah cancel route tu kot.
Delete