[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Bus no. 472 dan Gourmet 494

16:04


26 Jan 15 - Hari kedua di Seoul

Pagi-pagi lagi saya ke Lotte Duty Free, plannya nak shopping sikit.
Ingatkan sayalah orang terawal, rupanya rombongan dari China lagi awal.
Tak sampai 15 minit dalam tu, saya pon keluar sebab sendat sangat.


Dari Lotte tu saya menapak ke depan bangunan depan KEB untuk naik bas no. 472.
Bus 472 ni warna biru dan menghubungkan area
Shinchon > City Hall > Myeongdong > Sinsa > Apgujeong > Seoulleung.



Bus 472 ini adalah favorite transport saya kalau nak ke area Gangnam or Shinchon dari Myeongdong sebab
1. saya malas nak turun naik tangga subway
2. tak payah tukar dari Line 2 ke Line 3 (kalau ke Apgujeong/Sinsa)
3. kadang-kadang lagi cepat dari naik subway, macam hari yang saya naik ni 10mnt je dah sampai Apgujeong dari Myeongdong
4. boleh tengok pemandangan luar
5. saya malas nak turun naik tangga subway (serius, tangga subway Seoul sangat menduga ok!)


Tapi, kalau naik bas ni kena pandai pilih masa sebab kakau waktu peak hour, jalan raya kat Seoul ni pon jam setaraf KL. Elakkanlah pagi sebelum pukul 8.30 pagi dan selepas 4.30 petang.


Sampai hentian bas, nampak ada bus akan sampai dalam masa 4 minit jadi tunggulah sekejap.

Hentian ni sahaja yang ada electronic board macam ni














Silalah ambil gambar route siap-siap, senang nak refer nanti

Kalau dari hentian depan KEB ni nak ke Sinsa, dalam 3 stops.
KEB -> Stop A -> Hospital xx Stop  -> // Namsan Tunnel 1 & Hangang Bridge //  -> Sinsa Middle School (turun sini kalau nak ke Garosugil).

Kalau nak ke Apgujeong, turun Apgujeong Hyundai Apartment, dalam 2 stops lepas Sinsa Middle School.
KEB -> Stop A -> Hospital xx Stop  -> // Namsan Tunnel 1 & Hangang Bridge //  -> Sinsa Middle School -> Stop B -> Apgujeong Hyundai Apartment (turun sini kalau nak ke Apgujeong)


Bas dah sampai! Yay, jom naik.

Dalam Namsan Tunnel 1


Keluar tunnel, terus naik jambatan. Han River~~


Plan asal nak ke Apgujeong untuk ke satu cafe ni.
Sekali bila sampai, tengok-tengok cafe tu dah tukar jadi cafe lain dan menu yang saya nak makan tu dah tak ada.

Hmm. Buntu sekejap sebab plan nak melepak di situ sejam dua.
Sambil fikir saya jalan ke arah Apgujeong Rodeo dan ke Galleria Department Store.


Apakah motif? Terimalah cinta ku


Lorong yang dipenuhi klinik kecantikan



Tujuan ke Galleria ni satu sahaja, nak beli seaweed kat Gourmet 494 dalam Galleria ni.
Gourmet 494 ini ada jual makanan dan juga ada foodcourt dalamnya.
Saya suka beli seaweed kat sini sebab design tin dia cantik, sesuai untuk buat buah tangan untuk mak-mak, (bakal) mak mentua or boss-boss.


Dah sampai Galleria

Nak ke Gourmet 494 ni senang je.
Lintas zebra crossing ini dan jalan ke arah bas biru tu.
Akan ada escalator turun ke bawah untuk ke Gourmet 494.

Turun escalator ni 


Seaweed Gourmet 494 @ 8,000KRW
credit to : http://blog.glam.jp/aco/2013/07/gourmet-494.html

Lepas beli seaweed dan pusing food court, saya naik atas balik.
Lintas jalan dan turun ke Apgujeong Rodeo station sebab masa tu sejuk sangat sebab baru lepas hujan. Termangu sekejap nak ke mana. Dahla sejuk... Nak ke mana ya?

Termenung sambil usha Junho & Nickhun


You Might Also Like

5 comments

  1. ala...partner travel sis JM x suka sgt shopping so x boleh masuk dalam itie lah tempat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah yeke... xpelah meh saya tlg shoppingkan utk kak JM ;D

      Delete
    2. Hehe in my case travel partner saya mmg suka shopping baju sampai tertidur2 d celah baju2 saya sambil menunggu hahaha bughuk perangai. Tp sebagai ganti saya akan request nk pegi tempat2 lain yg saya suka

      Delete
  2. First time tahu seaweed pack dlm tin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan selalu jual dlm plastik kan. Senang bila dh ada tin ni, saya selalu refill je dlm ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~