[NOW] Kawazu Sakura Festival - Sakura di bulan Februari/Mac
01:00
Rehat sekejap cerita Seoul sebab saya baru teringat nak post pasal satu sakura festival yang agak terkenal di Jepun iaitu Kawazu Sakura Festival. Petang semalam ada office mate saya yang akan ke Tokyo untuk business trip this week sibuk cucuk saya ajar dia macam mana nak ke festival ni. Jadi alang-alang dah ada info, izinkan saya kongsi di sini juga.
Pertama sekali, kenapa Kawazu Sakura Festival ni famous?
1. Festival ini antara tempat terawal untuk tengok sakura di Jepun
Saya rasa hampir semua orang tahu kan yang sakura ni musim di Jepun dia akhir bulan Mac hingga ke awal Mei, bergantung kepada tempat.
Tapi di Kawazu ni dalam bulan 2 pon dah boleh tengok sakura.
Kawazu ni terletak di area Izu, dalam prefecture Shizuoka (sebelah Tokyo) dan dekat dengan Lautan Pasifik jadi dia lagi cepat panas so sakura lagi cepat keluar dari area lain.
2. Sakura dia kembang lama
Kawazu sakura ni kembang lama dari spesies sakura lain, selalunya dalam 2 minggu+ barulah gugur.
Tapi waktu terbaik untuk ke Kawazu ini adalah minggu terakhir Februari.
ACCESS
Kawazu ni kalau dari Tokyo ada direct train ke Kawazu station, Limited Express Super View Odoriko (160 min).
Boleh pakai JR Pass, tapi kena add-on tengah jalan sebab JR akan tumpang guna lane private line untuk ke Kawazu.
Berapa kena bayar itu sila check dengan pakcik JR ya.
Alternative route adalah naik shinkansen sampai Atami, then tukar train ke Kawazu (ambil JR Ito Line), total perjalanan dalam 200 min.
Dari Kawazu station, jalan dalam 5 minit akan sampai tempat banyak sakura ni.
Untuk dapatkan lebih info pasal Kawazu dan sakuranya boleh godek website kat bawah ni:-
Kawazu Town Official
Kawazuzakura Matsuri Official (dalam bahasa Jepun tapi banyak gambar)
Kat bawah ni gambar-gambar masa saya pergi last year (saya pergi 28 Feb).
Pada saya, sangat cantik, ditambah pula dengan bunga-bunga kuning kat bawah tepi sungai tu.
Saya hanya syorkan ke sini kalau anda ada sehari free dekat area Tokyo di akhir bulan Februari or awal Mac. Tempat ni jauh, 3 jam dari Tokyo. Lagi satu, sakura dia lain dari apa yang kita biasa tengok, pink dia bukan pastel pink, blossom pink camtu so sakura dia nampak "jantan" sikit. So mungkin ada yang akan kecewa di situ.
Fefeeling princess jalan bawah rimbunan sakura. |
Pokok sakura ni ada sepanjang sungai, ambil masa dalam sejam jugaklah nak jalan dari hujung ke hujung.
Ada banyak stall jual-jual juga, sangat meriah!
Kebanyankan barang jualan adalah berasaskan sakura- KitKat, aiskrim, cream puff... |
Saya sempat makan kuih ikan ni. Inti dia jem sakura + kacang merah. |
Buat penutup, jom saya belanja gambar Kit Kat perasa Wasabi.
Er, rasanya? Pedas hingga menyengat hidung! |
8 comments
arghh..rugi nya tak tahu pasal festival ni..haruskah JM repeat....tgk bunga sakura ni terus jatuh cinta!
ReplyDeletesaya rasa bukan harus lagi kak JM, sudah jatuh hukum wajib repeat ni!
DeleteSalam kenal..
ReplyDeleteSeronoknya dpt tgk festival ni..=)
Salam kenal juga, terima kasih sudi singgah blog saya :D
DeleteMemang best, kalau ada rezeki silalah pergi ya!
hai..
ReplyDeletecantik la pic.. pkai camera ape?
Hi yummy mummy!
DeleteSaya pakai camera phone je tu ;D
Tahun depan insha Allah nak jejak sakura lagi. Sekali nak tengok wisteria. Banyak sungguh planning tapi nak peginya seminggu je.
ReplyDeleteWahh dah ada planning smpi tahun depan! Kali ni turun Tokyo ke? Wah bestnyaa, saya pon nak ikut ke Jepun ♡♡♡
Delete