[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : Shinjuku North Hotel & Shin-Okubo
15:20
Shinjuku North Hotel, Shin-Okubo
Ada 2 sebab utama saya pilih hotel ni- lokasi dan harga.
Hotel ni kat belakang stesen Shin-Okubo (JR Yamanote Line) jadi akses tu memang cukup bagus pada saya. Keluar stesen, jalan dalam 5 minit dah boleh sampai. Juga banyak kedai yang saya suka yang saya akan huraikan kat bawah.
Harga pula saya dapat dalam JPY2,800 satu malam, so dalam RM80 untuk bilik single, tanpa bilik mandi/air. Bilik mandi dia type kena share, ada dua dan kena book dengan pakcik yang jaga tu kita nak masuk pukul berapa. Bilik mandi hanya dibuka dari pukul 5 ptg hingga 10 mlm. Tapi kalau pagi boleh guna shower sahaja tanpa booking. Bilik air pula ada satu di setiap tingkat.
Saya booked hotel ni dekat Jalan.net. Jalan ni macam Agoda ke booking.com ke tapi diusahakan oleh orang Jepun. Saya suka book dekat Jalan ni sebab kadang-kadang harga dia lebih competitive dan room availability dia lagi bagus untuk hotel di Jepun.
Grocery halal Green Nasco |
Dekat Green Nasco ni boleh beli ayam, daging halal (ayam 1kg dalam JPY980, sosej sebungkus dalam JPY350 camtu). Saya memang selalu datang beli stok kat sini dulu. Nak beli kebab kat sini kena beli kupon dalam grocery tu dulu. Nanti abang tu akan bagi satu kupon dan kita kena bawak keluar pergi dekat kaunter kebab tu. Kebab ayam/daging dalam JPY350, kebab mixed dalam JPY400. Kebab dia memang sedap sangat, kena dengan selera dia.
Sebelah kiri tu (yang ada adik duduk tengah makan tu) pon kedai halal juga, kedai Turkey. Maaflah tak dapat ambil gambar penuh sebab ramai orang masa ni.
Oh, kalau ada yang teringin makanan Nusantara (kot-kot dah bosan makan sushi tenpura je), boleh pergi kedai Indonesia dekat Tingkat 4 atas kedai halal Turkey tu.
Cara nak ke kedai kebab halal - Keluar dari Shin-Okubo, akan nampak bangunan ni. Lintas jalan dan masuk simpang first (lepas kedai drugstore bawah signboard PC yang besar tu.) Jalan dalam 20 tapak(?) akan nampak kedai Turki tu dulu belah kiri nanti.
Dekat Tokyo, saya memang tak sempat nak jalan langsung. Jadi entry lepas ni hanyalah gambar-gambar sahaja ya!
5 comments
nampaknya kalau ke Tokyo lagi nk book hostel ni...trip lepas pun sis JM stay di Shinjuku area tapi biasalah bilik agak mahal sbb ensuite bathroom
ReplyDeleteSS nampak pink! He he he...
Deletetryla kak JM, hostel dia not bad la. tp kalu berdua xsesuai rsnya kak JM, bilik dia sempit bangat. cuba2 la godek jalan.net tu, dia byk option kalau kat tokyo.
DeleteNampaknya SS boleh try jalan.net ni... Tapi nape jalan?????
ReplyDeleteTry la SS. Kalau susah nk book ke, bagitau la, insya Allah saya boleh tlg apa yang patut.
DeleteNama dia jalan sbb org yg bukak website ni duduk Indon dulu. dia amek dr perkataan jalan-jalan. (Jawapan skema abes hihi)