[VISA] Ke Bumi Himalaya - Pengalaman Buat Visa Nepal

13:17


Dah lama saya bertangguh nak buat visa ke Nepal ni sebenarnya, dok melayan kerja kat office yang tak habis-habis. Sampailah seminggu sebelum depart ni, barulah menggelabah nak ke embassy Nepal.
Boleh je nak buat Visa On Arrival (VOA) masa sampai airport Kathmandu nanti, tapi memandangkan flight saya sampai malam saya rasa lagi senang kalau buat kat Malaysia siap-siap.

Kedutaan Nepal ini baru je pindah tempat baru- Wisma Paradise. Location dia seberang dengan Amanah Raya. Dekat je dengan LRT Masjid Jamek, kalau jalan tak sampai 10 minit pon.



Untuk apply visa, naik ke Tingkat 1


Kali pertama saya pergi, kedutaan tutup sebab Nepal New Year. Yang peliknya, pagi saya pergi tu ramai juga orang Nepal yang beratur sama, diorang ni lupa ke hari kebesaran diorang?

Barisan menunggu di hari pertama


Esoknya saya pergi lagi sekali. Pukul 8.45 dah terpacak depan tangga. Tunggu punya tunggu sampai dah lepas pukul 9 pon tak ada gaya nak bukak. Semua yang beratur mulalah start tanya sama sendiri, eh hari ni cuti lagi ke? Cuti ke?
Dah kecoh-kecoh tu barulah ada pak guard datang, cakap hari ini buka pukul 9.30. Boleh pulak camtu!

Saya pon apalagi, terus terjah kedai mamak, ambil-ambil feeling makan kari hihi Walaupun pagi tadi dah sarapan siap-siap kat rumah, dah rasa lapar balik lepas menunggu.

Jom kita redakan suasana dengan thosai besar sampai tak muat tray ni


Dah siap makan, saya patah balik ke embassy, masa ni dalam pukul 9.45 dah rasanya, Ada pak guard kat bawah, nak naik tu dia akan tanya nak buat apa. Bila saya cakap visa dia suruh naik Tingkat 1.
Naik-naik je, terus terkedu saya...

Kaunter dekat hujuuuuuuung sana (tak nampak dalam gambar)

Kaunter ada 4- 3 untuk submission, 1 untuk collection. Memang tak ada mesin ambil nombor giliran ke, kakak yang jaga suruh ke kaunter A ke kaunter B ke lagilah tak ada. Sign satu pon tak ada.
Ada barisan yang paaaaaaaaaaaaaaaaaanjang dekat setiap kaunter submission.
Dalam blur-blur saya pon masuk je lah barisan, beratur sekali dengan orang-orang Nepal yang nak buat passport.

Barisan memang tak bergerak langsung. Dahlah bilik tu walaupun ada aircond, sebab orang dah melimpah ruah langsung tak rasa sejuk. Ada sorang adik Nepal ni suruh saya terjah terus kaunter, tak payah beratur. Beratur ni untuk orang Nepal je. Saya yang skema ni sah-sahla tak berani nak buat camtu kan. Lepas tu kena temuramah pula kenapa akak nak ke Nepal? Nepal banyak anjing lah akak. Kampung saya dekat Nagarkot, akak nak pergi mana?  ...Banyak cakap pula adik ni, tapi saya layankan aje sebab saya pon tengah boringkan.

Dah beratur dalam 20 minit tu, salah sorang officer tu keluar check barisan.
Bila nampak saya, dia tanya, mau apa? Bila saya cakap nak buat visa, terus dia suruh saya ke kaunter terus. Katanya barisan ni untuk renewal passport je.

Saya terus ke kaunter dalam debaran dan pandangan tajam oleh warga Nepal yang tengah beratur.
Rasa bersalah pon ada. Sampai kaunter, passed passport, pasport copy dan application form dekat officer tu. Nanti dia bagi resit dan suruh datang ambil petang esok.

Esok petangnya, saya sampai dalam pukul 3.00 petang. Kaunter baru buka walaupun dekat website dia tulis buka 2.00 petang.
Pass resit semalam dekat officer tu dan tada! Dapatlah visa Nepal. Dah lega dapat visa, terus saya ke kedai mamak lagi sekali, kali ni makan ayam madu *________*





Alamat dan info terkini pasal visa Nepal boleh check di official website Nepal Embassy - http://www.nepalembassy.com.my/en/
Harga visa, masa saya buat ni untuk 15 hari adalah RM95.00.


Inilah rupa visa Nepal. Sangat manual ok

Walaupun saya hanya akan ada kurang dari 48 jam untuk berjalan-jalan, tetap excited untuk trip ni!

You Might Also Like

12 comments

  1. Wah Kay nak ke Nepal. Ke dah balik? Tengok gambar orang yang dah ke sana, semua lawa2. Sayangnya hati belum terbuka nak ke negara2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi next weekend :D Tengah berdebar + excited ni!

      Delete
    2. Safe trip. Semoga semua berjalan lancar. Excited gak tunggu entry ni.

      Delete
    3. Sorry lambat reply! Thank you Bie!

      Delete
  2. Hai kay.

    Tergelak baca part berbughak dgn adik Nepal tu hehe.have fun kay. Semoga semuanya ok dan dipermudahkan. Tak sabar nak baca cerita nepal pasni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cikgu Didi! Lama tak singgah rumah cikgu.
      Thank you, cerita Nepal nanti tak panjang rasanya, pergi pon sekejap je lagipon.

      Delete
  3. Mesti bau nepal everywhere... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah bau Nepal? Bau kari ke hihihi

      Delete
  4. Nsaib baik tak kena usha dengan Nepal.. he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya muka garang, sah-sahla diorang tak berani usha!

      Delete
  5. baca part dah balik msia...skrg baru baca part VISA...baru berangan nk ke sana tapi bila bila berlaku kejadian gempa bumi tu nampaknya hanya tinggal angan2 je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu dah reda nanti rasanya OK je nak ke Nepal ni kak JM. Banyak tempat yang cantik2 dan orang dia pon friendly sgt.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~