[TRAVELOG] Apr 2015 - Ke Bumi Himalaya : Patan Durbar Square
13:59
Dari Boudhanath, kami gerak ke Patan Durbar Square. Menurut driver kami, kalau dari Kathmandu Valley ke Patan selalunya akan ambil masa kurang dari 30 minit, tapi minggu tu rupanya ada Chariot Festival dekat Kathmandu ni jadinya jalan banyak tutup. Saya pon tak faham sangat Chariot Festival ni apa, tapi ada kaitan dengan agama Buddha. Diorang angkut? transfer? something dari satu temple ke satu temple.
Disebabkan jalan banyak tutup dan jammed, maka kami ambil masa sejam juga la nak sampai ke Patan. Kereta tak boleh masuk jadi driver kami turunkan kami tepi jalan dan kena jalan sendiri. Serius saya tak tahu kat mana kami diturunkan tapi driver kami suruh jalan straight dalam 15 minit dan akan sampai ke Durbar Square. Masa ni, cuaca dah tak start tak elok sikit. Langit sekejap biru sekejap kelam, walaupun panas ada rintik-rintik hujan so saya jadi malas nak keluarkan kamera. Juga ramai orang disebabkan festival tu jadi keadaan agak sesak.
Jalan nak masuk ke Patan Durbar Square ni penuh dengan bangunan-bangunan tradisional macam kat bawah ni. Saya suka tengok, klasik!
Saya suka bangunan-bangunan macam ni :D |
Benda inilah yang diorang angkut dari temple ke temple |
Banyak kedai jual-jual juga |
Kereta kami tadi tak dibenarkan masuk tapi teksi ni pula boleh masuk! Cheit! |
** Patan Durbar Square ni rosak teruk masa earthquake April hari tu.
Akhirnya sampai juga di Patan Durbar Square! |
Pagoda-pagoda di Durbar Square |
Dalam Durbar Square ni ada banyak temple-temple, tapi kamu round sekejap sahaja. Memang touch and go habislah sebab ramai orang disebabkan festival saya cakap tadi.
Salah satu patung tuhan Buddha |
Saya rasa saya boleh sesat kalau jalan sorang-sorang sini |
Pintu masuk Golden Temple |
Temple ni ada tingkat dan masa saya sampai ni ramai juga locals tengah sembahyang |
Kat sini pon ada praying wheels |
Driver kami suruh kami jalan straight dari pintu belakang Golden Temple ni dan akan jumpa dia. Cuak juga takut tak jumpa tapi bila kami keluar dan jalan straight, jumpa main road. Dan driver kami memang ada tunggu kat situ.
Dari Patan Durbar Square, kami gerak ke destinasi kami seterusnya- Swayambunath Temple aka The Monkey Temple.
Dan sekali lagi jalan yang kami nak lalu ditutup disebabkan Chariot Festival ni maka kami terpaksa lalu jalan jauh sikit.
Orang ramai berkumpul tengah jalan untuk tengok parade ni... |
8 comments
adusss... bahaya betul bila disuruh jalan sendiri tu... dah la x biasa...
ReplyDeleteAgakla, dahla jln simpang siur tapi kami kami ada la amik no handphone driver kami tu.
Deletenak masuk temple pon kena bayor ek... masjid kite jugak yg free...
ReplyDeleteAah semua berbayar utk pelancong tp sy tgk locals tak payah byr or byr lagi murah.
Deleteselamat berpuasa dan berbuka KD! ❤️
ReplyDeleteSame to u SS!
DeleteApa ke benda la yang diorang angkut sebesar-besar alam dari temple ke temple. Tapi kan Kay kalau berpeluang tengok festival macam ni time travel, best gak. At least xde lah melawat attractions semata kan.
ReplyDeleteSaya pon tak faham apa yang diangkut mereka ni. Driver tu ada explain, macam penanda temple? tapi saya still tak faham apakah benda tu.
DeleteHmm, betul jugak kan. Festival ni pon macam menarik juga sebenarnya.