[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon Bus Terminal ke Suncheon Station & Railro Guesthouse

00:45


Sambungan dari sini.

Bas saya naik sampai di Suncheon agak awal, dalam pukul 14:45 camtu. Saya budget sampai pukul 3 lebih jadi rasa lucky dapat sampai awal ni.

Semua bas di Suncheon, samada city bus ataupon intercity bus akan berhenti dekat Suncheon Bus Terminal ni. Kalau nak tanya local arah ke bus terminal ni, silalah sebut "bus terminal" sebab saya dok asyik sebut bus station tapi tak ada orang faham. Lepas tu barulah ada seorang adik manis ni betulkan saya, bus terminal!

Panjang pula mukadimah saya.
Suncheon Bus Terminal ni agak jauh dari Suncheon Station. Boleh je jalan kaki, saya rasa dalam 20 minit boleh sampai. Ada banyak bas juga yang lalu kedua-dua tempat ni, tapi yang paling kerap adalah bas no 77.


Map area Suncheon city center

Saya sebenarnya agak mamai masa sampai Suncheon  ni. Turun-turun bas je, blur sekejap macam mana nak ke Suncheon Station sebab hostel saya dekat sana. Dah study google map sebelum datang tapi masa ni memang tak ingat apa.

Suncheon Bus Terminal ni kecik jer, saya pusing sekejap cari jalan ke Suncheon Station.
Sebab tak jumpa-jumpa juga, saya keluar dan kebetulan bertembung dengan seorang budak perempuan ni. Teruslah terkam dia tanya jalan. Suprisingly, adik ni cakap English fluent habis. Dia suruh saya jalan straight dan keluar jalan besar, ambil bas no 77 dari situ.

Saya menonong jelah ikut apa dia cakap dan tunggu dekat bus stop first yang saya nampak. Sekali bas no 77 datang dan bila saya nak naik, ada seorang lagi adik Korean ni tahan saya dan cakap dengan BI yang ada slang American lagi, kalau nak ke Suncheon Station kena tunggu belah sana...

Rupanya kalau nak ke arah Suncheon Station kena tunggu seberang jalan (dalam map kat atas bintang no1). Jangan jadi blur macam saya tau! Bas no 77 datang setiap 15 minit dan akan stop dekat bintang no4 dalam map kat atas, betul2 depan Suncheon Station. Naik bas tak sampai 10 minit pon.

Suncheon Station- agak moden pada saya. Banyak arca-arca menarik depan stesen.
Juga ada tourist information center betul-betul sebelah stesen.


Suncheon Station


Suncheon Information Center

Sebelum ke hostel, saya singgah Suncheon Information Center.
Ambil peta dan mintak tips sikit nak pusing Suncheon sendiri. Dah dapat apa yang perlu, saya ke gerak ke hostel saya- Railro Guesthouse Suncheon.

Railro Guesthouse Suncheon

Saya pilih guesthouse ni sebab asalnya saya plan nak naik KTX dari Seoul. Guesthouse ni betul-betul sebelah Suncheon Station jadi InsyaAllah tak sesat. Sekali 2, 3 hari sebelum fly saya terjumpa bas ke Yeosu tu saya cancel naik KTX. Ingatkan nak tukar hostel, amik yang dekat dengan bus terminal tapi banyak yang penuh la pula.

Dari Suncheon Station nak ke guesthouse ni sangatlah senang. Jalan je straight ikut jalan besar tu dan lepas nampak tanda sauna macam kat bawah ni, akan ada pintu pagar nak masuk ke guesthouse.


Lambang sauna. Railro Guesthouse ada dlm bangunan sebelah kiri tu


Entrance guesthouse

Guesthouse ni saya booked ikut Booking.com.
Dapat rate KRW17,000 per night untuk 1 bed in 4 person dormitory.

Masa saya sampai dalam pukul 3 lebih, langsung tak ada orang. Office pon berkunci... Saya pusing-pusing jap, naik turun naik turun kot-kot ada orang boleh minta tolong. Tak ada orang langsung jadi saya turun bawak balik. Masa ni baru perasan ada notice dia tampal suruh call mobile phone untuk check-in. Adeh, macam mana ni. Dahlah saya tak buat roaming, macam mana nak call.

Saya keluar balik dan nampak ada satu pasangan veteran tengah dating kat bangku depan guesthouse. Mula-mula saya pergi dekat perempuan tu dan try explain, tapi dia bolayan je. Kecewa saya patah balik masuk guesthouse dan melangu dekat reception. Macam mana ni, tak kan nak tunggu je.

Tengah saya pikir nak patah balik ke Information Center, ahjussi yang tengah dating tadi masuk dan dia cakap something dengan lajunya. Tiba-tiba dia tolong callkan owner hostel tu! Terkejut saya, baiknya ahjussi ni. Habis call, dia explain something, tapi yang saya faham owner akan balik pkl 7 mlm nanti.
Lama lagi tu... Takkan saya nak duduk sini jer. Nak tinggal barang takut, nak angkut berat.

Ahjussi tu ajak saya duduk dengan dia kat luar tapi terfikir pulak dia tengah dating jd saya just buat gesture nak tunggu sini. Dalam 10 minit kemudian, ahjussi tu datang balik dan tanya saya nak pergi mana, Saya cakaplah saya nak ke Suncheon Bay, Nag'an Village, Seonamsa Temple etc esok. Dia cakap takkan sempat pergi sehari (ini saya agak-agak je ye). Ahjussi tu offerkan simpan beg saya dan suruh saya pergi jalan. Agaknya dia nampak saya was-was, dia bawa saya ke restoran sebelah hostel. Oh rupanya ahjussi ni owner restoran ni! Saya pon apalagi tumpangkan beg saya dan terus nak gerak.

Sekali ahjussi ni tarik saya ajak ke Information Center lagi sekali. Dalam blur and mamai tu, saya menonong je ikut dia. Tertanya-tanya jugala apa lagi ahjussi ni nak. Sampai Information Center, baru tau rupanya dia nak suruh saya join City Tour. City Tour ni cover tempat-tempat menarik dekat Suncheon ni, ada tour guide sekali. Asalnya, saya nak jalan sendiri je, tapi sebab ahjussi tu beria sangat recommend City Tour ni, saya pon terjebak dan sign up untuk esok.

Lepas tu barulah ahjussi tu hantar saya ke bus stop dan ajar saya naik bas ke Suncheon Bay. Thank you ahjussi!

~*~*~

(Cerita di Suncheon Bay saya akan sambung di next entry ya)

Malam tu, saya balik hostel dalam pukul 8. Sekali tengok owner hostel still tak ada lagi. Saya ke restoran sebelah hostel cari ahjussi petang tadi. Ahjussi dengan baik hatinya sekali lagi callkan owner hostel, siap temankan saya duduk depan bangku hostel sampai owner hostel datang (Walaupun ramai orang lalu lalang sebab dekat dengan jalan besar, saya agak cuak sebab hostel masa ni gelap gelita. Terima kasih lagi sekali ahjussi!)

Tunggu dekat setengah jam, barulah owner tu sampai. Dari jauh dia dah "Mianhae, mianhae!". Cheit!

Dah settle check-in dan bye-bye dekat ahjusshi, terus saya masuk bilik.
Alhamdulillah saya dapat the whole room untuk saya, bebas nak bergolek berjimba!


Bilik saya 

Ada 2 katil double decker macam ni

Apa yang saya suka tentang hostel ni:-
1. Lokasi - dekat dengan Suncheon Station, Juga ada bus stop betul-betul depan hostel. Juga ada E-mart dalam 15 minit jalan.
2. Sekuriti dia bagus - setiap floor ada lock dan hanya boleh buka dengan password. Lepas pukul 11 mlm, main door pon dilock dan kena ada password nak masuk.

Apa yang saya mehhh dengan hostel ni:-
1. Owner dia tak ada most of the time. Ini paling tak boleh terima lah! Kalau saya ada plan nak stay sini lagi, saya akan e-mel siap-siap inform saya nak check-in pukul berapa. 
2. Bilik dia tak ada kunci, so masa pergi mandi tu agak risau tinggalkan barang berharga. Saya sedar pasal ni masa check-in so saya sempat mintak kunci bilik.
3. Open bathroom stall - Er, ok, bilik mandi dia just ada kepala shower dalam 4 kot dan tak ada dinding so memang open habis. Jadi pandai-pandai lah timing supaya tak terserempak dengan orang lain.

Kalau saya ke Suncheon lagi, rasanya saya tak akan duduk sini dah. Mungkin akan cuba area bus terminal pulak kot. Tapi masalahnya saya tak jumpa banyak option untuk book online hostel dekat Suncheon ni. Oh, masa saya round-round, nampak banyak je guesthouse dekat area Suncheon Station, tapi intai-intai tak nampak orang jaga kaunter. Hmm, ini adalah antara homework untuk saya kalau nak terjah Suncheon lagi sekali.


You Might Also Like

14 comments

  1. Huhuhu pasal hostel tu sesuatu sgt tau..
    Saya pn ada pengalaman aritu (2 kali) di jepun psl sampai hostel awal lepas tu tersadai di luar.. sbb tak pernah ada pengalaman cenggitu.. ingatkan diorang open je 24 hours, at least x boleh check in ada juga tempat yg proper utk duduk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Kita dahlah penat-penat dan blur baru sampai, boleh pulak takde orang jaga. Kalau tak 24hours pon, at least adalah masa siang kan.

      Dah terkena ni jadilah pengajaran supaya next time rajin-rajin email hostel beforehand...

      Delete
    2. Huhu itulah.. masalahnya waktu siang yg sememangnya waktu standard utk check in pun xde org.. mmg 'pengalaman' sgt ni. Hehehe kalau kay ada kesempatan utk tulis review dkt booking.com maybe org lain boleh hati2 / owner tu sendiri kena buat sesuatu.

      Delete
    3. Hehe jangan risau, balik-balik je benda first saya buat adalah tinggalkan komen dekat booking.com. Saya ada juga tanya owner tu, kalau tak ada phone mcm mana nak kontek dia. Owner tu gelak-gelak pulak sambil tunjuk bangku kat luar. Agak bengkek di situ sebenarnya.

      Delete
    4. Hehehe charesso ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

      Kalau ikut cerita kay, xde guest lain masa tu ek. Agaknya biz x berapa bagus kot ek sbb tu dia mcm endah tak endah. Tp bila ada customer patutnya kena la serve betul2. Somemore foreigner plak tu huhu.

      Delete
    5. Masa saya sampai tu memang tak ada orang, tapi malam lepas saya masuk bilik ada dengar suara org dekat bilik sebelah. Saya rasa mungkin tak ramai orang sebab tu dia tak stay dekat reception tu kot.

      Delete
  2. kekadang... kite dah gigih kan study google map... street view bagai... bila dah tiba kat lokasi... kadang blur... kalu jadi kes mcm tu... biasanya SS akan releks dulu... sebab kadang kita ni penat x fokus... dah cool2 baru pilih jalan... kadang ikut instict...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, rasanya penat pastu ditambah faktor panik sampai tempat tak biasa, terus takleh berfikir. Walaupun kita tak rasa panik or menggelabah, otak kita tengah try nak digest banyak info baru. Next time kena cool down dulu baru start engine cari jalan ni!

      Delete
  3. SS belum pernah tido double decker mcm ni... SS tido buas! takut bebangun dah kat bawah... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi kan ada palang tu, jangan risau insyaAllah sangkut kat palang dulu sebelum jatuh. Saya pulak pandai naik, tapi gayat nak turun heh

      Delete
  4. Baru nak tanya xikut ke city tour bus hihi. Aritu masa plan nak ke sini, ada buat study sikit. Baik giler Ahjussi kan. Walau bahasa xsama tapi helpful giler. Rasanya xduduk lah hostel kalau owner macam chipsmore. Tang dah check in dia hilang xpe, kalau kena tunggu macam kes awak ni...memang mengundang marah gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan asal tak nak ikut, tapi lepas diceramah? dibrief? oleh ahjusshi, saya terjebak hihi Kan, owner hostel saya duduk kali ni memang hampeh. Sabar jelah!

      Delete
  5. wah ni mesti paham basaha korea sikit sikit ni, baiknya Ahjussi tu. beruntung awak walaupun awak mengacau dia dating

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah, tak paham sangat pon, main agak-agak je ikut gesture dia :D haha penat saya dijeling oleh pasangan dia tau!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~