[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon Bay Ecological Park

01:40


Sambungan dari sini.
Lepas book untuk join City Tour esoknya, ahjussi hantar saya ke bus stop walaupon saya beria cakap saya boleh pergi sendiri. Rasanya saya ni tak adalah nampak blur sangat...

Anyway, ahjussi hantar saya ke bus stop no 4 kat bawah.
Dari sini ke Suncheon Bay Ecological Park, boleh naik bas no 66 atau 67.
Bas no 67 lagi kerap frekuensi dia tapi itupon satu atau dua trip dalam sejam.

Map recycle dari entry sebelum ni


Ada electronic board tunjuk schedule bas

Sebab kekerapan bas 66 & 67 ni tak banyak, jadi dalam setengah jam jugaklah saya melangut dekat bus stop ni. Tapi tak boring pon sebab ramai orang jadi best people watching dekat sini.

Oh, belakang bus stop ni ada market ala-ala Nandaemun tu, tapi scale dia keciklah.
Just jual buah, sayur dan baju ahjumma sikit-sikit.


Kat sini pon ada cafe cute. Plan nak masuk lepas balik dari Suncheon Bay tapi dah kepenatan so cancellah


Suncheon Market (or rather part of it)


Akhirnya bas no 67 sampai maka jomlah kita naik!
Dari Suncheon Station ke Suncheon Bay Ecological Park ni dalam setengah jam ke 45 minit la juga perjalanan dia. Dalam perjalanan ke Eco Park ni akan lalu Suncheon Bay Garden dulu. Suncheon Bay Garden ni lain dari Eco Park so jangan confuse ya. Suncheon Bay Garden ni adalah tapak garden expo pada 2013 lepas. Suncheon Bay Garden ni pon menarik juga, tapi kebanyakannya adalah manmade so saya tak minat sangat.

Tambang bas ke Suncheon Bay Eco Park ni adalah KRW1,200 dan boleh pakai T-Money. (thanks tanya Zilla! hehe)



Pension yang menarik otw ke Suncheon Bay Ecological Park

Bus stop Suncheon Bay Eco Park ni adalah yang terakhir.
Yang tinggal dalam bas hanyalah saya, satu pasangan mak dan anak orang Korea dan juga seorang perempuan mat saleh ni.

Turun-turun, benda first saya buat adalah check bas balik ke downtown.
Masa ni perempuan mat saleh tu tegur saya dan kami borak-borak sambil menuju entrance.
Rupanya perempuan tu dari Poland dan dia datang melawat kawan dia di Mokpo selama seminggu, jadi dia buat day trip dari Mokpo.



Bus schedule from Suncheon Bay Ecological Park to Suncheon downtown


Dari bus stop tadi nak ke entrance, kena lalu parking lot ni dulu

Entrance fee untuk masuk park ni adalah KRW7,000 seorang untuk dewasa.
Park ni buka dari pukul 8 pagi, last entrance adalah pukul 5.30 ptg (ikut musim) tapi kita boleh keluar pukul-pukul berapa pon.
Oh, lagi satu park ni tutup hari Isnin ya!


Entrance yang sangat gah

Masa saya sampai ni, park ni dah lengang dan tak ada orang sangat kecuali group ahjumma wind breaker pink ni. Museum pon dah tutup tapi oklah untuk saya sebab saya hanya nak ke reeds field dan Mt. Yongsan tu.

Dekat sini saya split dengan Gadis Poland (GP) tadi, sebab dia nak pusing-pusing area entrance ni dulu. Saya pula terus menapak ke destinasi saya- reeds field!

Geng ahjumma wind breaker pink yang gigih

Saya pusing-pusing sekejap sambil cari arah ke reed field sampailah jumpa signboard macam kat bawah ni. Ok, 2.3 km nak ke Yongsan Observatory.



Tak jauh dari signboard atas ni, akan nampak reed fields. Masa ni excited sangat sebab pemandangan memang cantik pada saya. Hijau jer! Walaupun tempat ni nampak lagi dramatik kalau autumn sebab semuanya jadi perang je, saya lagi suka pemandangan masa early summer macam ni.


Sayup mata memandang

Angin agak kuat masa ni

Rasa tenang sangat bila tengok gambar-gambar ni balik

Selain daripada reeds, park ni famous sebagai salah satu wetland terbesar di dunia.
Banyak spesies amfibia rare yang bermastautin dekat sini.

Percubaan yang gagal untuk menanti ketam keluar

Menyambung perjalanan ke arah Yongsan Observatory

Lama jugalah saya pusing-pusing area reeds sambil buang masa sebab saya budget nak tengok sunset dari Yongsan Observatory. Masa ni memang rasa tenang sangat dan kalau ada rezeki lebih, saya memang nak datang sini lagi sekali.




Akhirnya saya sampai ke entrance untuk start hiking ke Yongsan Observatory. Kat papan tanda tu tulis roundtrip 40 mins, maksudnya saya boleh sampai puncak dalam masa 20 minit la kan? Tapi, ada 1.3km tulis kat situ juga dan berdasarkan tahap kecergasan saya yang tak seberapa ni, rasanya tak mampu nak sampai dalam 20 min hehe Jadi saya just berjalan slow-slow ke puncak.

Berapa lama saya ambil masa untuk sampai puncak akan dikongsi next entry!

You Might Also Like

12 comments

  1. Kat website tengok opening hour park ni sampai 530pm je so saya dah pelik macamana dapat gambar sunset cun. Rupanya boleh stay dalam tu sampai kul berapa sekalipun. Thanks Kay tolong clarify kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah boleh stay sampai pukul berapa pon, tapi dia ada alert kat dalam digalakkan kosongkan park sebelum 10 malam.

      Delete
  2. Kay, city tour mmg kena book dari awal ke? Kalau terjah je di hari kejadian tak blh? Ingat nk ambil city tour jga sebab lebih murah berbanding trun/naik public transport.lagi satu nk tanya di suncheon blh pakai tmoney tak?

    Tq kay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa semua kena book at least sehari sebelum, sebab semua website yang saya jumpa tulis "should book in advance". Actually saya ada call Suncheon Tourist Information Centre tu masa dekat Malaysia tapi tak ada orang cakap BI plak. Tapi kalau Zilla nak cuba terjah juga, mungkin sempat sebab info center bukak dari 9 pg smpi 6 ptg.

      Boleh pakai T-Money dan tambang bas dia semua KRW1,200. Thanks tanya, nnt saya add kat entry kat atas!

      Delete
    2. Kay, terima kasih byk utk info.sgt mbantu.saya ada baca blog katanya kalau dpt book online lagi bagus..dpt lagi murah tapi sygnya web tu dlm korea..takde bi..jenuh kot nk translate satu2 hahaa..

      Delete
    3. No problem Zilla! Saya pon tengok website tu, kan dia ada option translate to English kan? Tapi link tu tak valid dah grr Kalau Zilla ada masa, apakata cuba kontek Korea Plaza dekat Jln Sultan Ismail tu? Mungkin diorang boleh tolong bookkan in advance.

      Delete
  3. Wahh menariknya kay suncheon bay ecological park ni.. bleh bygkan duduk kat situ relaks2 termenung.. amik gambar..amik video..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik! Saya teringin repeat autumn atau winter, mesti cantik kat sini. Next time ke Korea sila terjah tau.

      Delete
    2. Kalau kay ckp masa fall warnanya jd perang..saya terbayang sangumburi crater dkt jeju. Daun2 kat situ pn bertukar jd warna perang masa fall. Tp saya x pasti jenis daun apa. Saya pikir itu lalang. Hihu

      Delete
    3. Aah lebih kurang lah dengan sangumburi crater tu! Tak sure la pula spesies lalang sama atau lain hehe

      Delete
  4. Saya rasa ketam tu malu dengan kamera hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mungkin betul firasat awak tu! or mungkin sebab dia malas nak layan org2 yang duk tunggu dia keluar je!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~