[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon City Tour (Naganeupseong Folk Village Pt.2)
01:00
Setelah habis pusing bahagian government offices, kami dapat free time dalam sejam ntuk explore bahagian rumah-rumah tradisional pula. TG kami just bagi explanation simple je yang rumah-rumah ni kekal sejak 600 tahun lepas dan perbezaan besar rumah tradisional kat sini dengan hanok lain adalah bumbung dia.
Bila tengok rumah-rumah kat sini, sangatlah mengingatkan saya pada Shirakawago dekat Jepun sana tu. Sama tapi tak serupa kan.
Saya just pusing-pusing sambil cari rumah yang terbuka, agak susah nak cari sebab kebanyakan yang terbuka tu dah diconvert jadi kedai la, tempat try aktiviti local lah, restoranlah.
Oh, rumah-rumah kat sini masih didiami penduduk biasa tau. Kerajaan Korea siap bagi duit dekat diorang ni untuk mengekalkan keaslian rumah diorang. Meaning diorang tak dibenarkan suka-suka hati je nak tambah rumah batu ke, buat 2 tingkat ke. Juga menjadi tanggungjawab diorang untuk baiki rumah supaya maintain cantik.
Kawasan rumah-rumah ni agak luas, dalam 2/3 keseluruhan village ni |
Kawasan dia sangat bersih |
Salah satu rumah yang diconvert jadi cafe dan tempat pameran |
Saya pusing-pusing sekejap sambil gerak ke arah west gate untuk panjat fortress.
Saya perasan yang semua rumah kat sini ada patung kayu ni. Menurut TG kami, patung kayu ni function dia menghalang bad luck dan benda tak elok dari masuk rumah.
Ada rumah yang bertutup habis >.< |
Rumah no #121 |
Sekumpulan patung kayu |
Pemandangan dari atas kubu |
Saya panjat naik fortress yang mengelilingi Nagan ni. Fortress ni agak tinggi, sebab bila berdiri memang nampak bumbung rumah-rumah ni.
Agak cuak bila lalu sebelah pokok-pokok buluh belah kanan tu |
Akhirnya dapat view ni! |
Sebenarnya lepas ambil gambar kat atas ni, saya terus panik sebab tangga dia agak tinggi jadi terkial-kial jugalah nak turun. Tak sanggup OK kalau jatuh dekat tangga ni!
Fortress ni agak panjang lah juga tapi saya turun bawah lepas nampak banyak pagar terbuka dekat satu area ni.
Saujana mata memandang *-* |
Tengah-tengah fortress tu ada pondok peninjau ni. Bawah pondok ni ada east gate kalau saya tak silap |
Saya suka gambar ni, pergabungan 2 zaman kan |
Bahagian belakang fortress ni pon cantik, saya turun dan pegang rumput tu, lembut je! Rasa nak golek2 atas tu hehe |
Dah sampai bawah, saya pusing-pusing dan masuk celah-celah rumah.
Kebetulan masa ni dekat pukul 12 tgh hari jadi boleh bau masakan diorang.
Dahlah tengah lapar jadi saya usha-usha la restoran tapi semuanya serve pork jadi kensellah nak makan di sini.
Salah satu rumah yang terbuka Cantik laman diorang.... Jeles! |
Apalah maksud hangul ni kan? |
Rumah ni cantik dan banyak bunga dekat laman dia |
Patung yang berwarna warni |
Pintu maksud yang gah amat |
Disebabkan kelaparan, saya keluar dulu dan duduk kat bangku sambil makan bekal roti coklat dari Malaysia sebelum bergerak ke destinasi seterusnya!
6 comments
Bestnyerr!
ReplyDeleteAnyway, nak tanya, mmg South Jeolla ni the other name for Suncheon ke ek? Or are they 2 different places?
Suncheon ni salah satu bandar dalam area South Jeolla ni, contoh kalau kat Malaysia ni South Jeolla ni Pantai Timur dan Suncheon ni Bentong ke Kemaman ke, lebih kurang macam tu lah.
Deleteowh..ok ok. thanks :)
ReplyDeleteNo prob! :D
DeleteSuka tengok kawasan macam ni. Terus berangan hidup masa zaman tu. Xhabis2 kan pandang ke masa lalu. Memang lawa view dari atas tu Kay, xsesia memanjat kan.
ReplyDeleteSamalah kita, saya suka jalan-jalan kawasan dulu-dulu macam ni, pastu berangan pakai baju tradisi dan jalan-jalan :/ Sangatlah kuat berangan kan.
DeleteSaya ni gayat, padahal tak tinggi mana pon dah cuak!