[TRAVELOG] Jun 2015 - South Jeolla & Seoul : Suncheon City Tour (Naganeupseong Folk Village Pt.1)
23:00
Dari Open Film Set, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Naganeupseong Folk Village.
Perjalanan ambil masa dekat sejam jugalah, sempat saya tidur sekejap.
Oh, Naganeupseong ni disebut Nag-an-eup-seong tau. Saya mula-mula tu dok sebut Na-gan-eup-seong, sampaila ahjussi semalam tu tolong betulkan saya.
Naganeupsong Folk Village
Naganeupsong Folk Village ni dibina tahun 1397 dan walaupun nama dia village, pada saya kawasan ni more to city sebab kawasan dia luas yang amat. Sekeliling Nagan ni ada kubu yang dibina oleh King Sejong pada zaman dia (kalau tak silap saya area tahun 1400s?) untuk menghalang tentera Jepun.
Dalam Nagan ni ada government offices zaman dolu-dolu, ada muzium dan ada juga rumah tradisional Korea. Dulunya ada lebih 300 rumah macam ni, tapi masa pendudukan Jepun di Korea banyak yang dah musnah. Sekarang ni tinggal dalam 90 buah rumah je kalau saya tak silap.
Ada board information pasal fortress Nagan ni |
Dinding kubu belah kanan |
Dinding kubu belah kiri - bayangkan batu-batu tu dah hampir 600 tahun! |
Nagan ni boleh dikatakan terbahagi pada dua- satu area kampung tradisional dan satu lagi area government offices. Kampung tradisional tu memang asal ada, tapi government offices ni dibina masa zaman Joseon Dynasty (again zaman King Sejong).
TG kami bawa route yang mengikut dia adalah route digunakan oleh guests zaman dulu.
Lepas masuk kubu tadi, lalu bawah pintu gerbang merah ni dan kalau guests tu VIP, gong akan dipalu.
Terkejut saya tengok besarnya gong tu.
Pintu gerbang masuk ke kawasan government |
Gong besar yang akan dipalu untuk sambut VIP |
Bangunan first yang kami masuk adalah "Guesthouse of Nagan". Guesthouse ni adalah untuk tetamu-tetamu offical kampung ni dulu-dulu. Saya sebenarnya gak terkejut sebab jumpa guesthouse ni dulu, sebab yalah kan, bukan patut official office letak depan-depan ke?
TG kami explain yang orang Korea zaman dulu ni mendahului tetamu, jadi guesthouse selalunya dibina menghadap pemandangan yang cantik. Kalau pemandangan cantik tu di belakang, jadi guesthouse akan di belakang juga. Oooo baru saya faham!
Panjang benar explanation board ni. Saya baca separuh jalan je. |
Sayangnya masa saya pergi ni, tengah dibaikpulih jadi tak dapat masuk dalam |
Pintu masuk guesthouse |
Sebelah guesthouse ni barulah ada government offices.
First sekali adalah mayor office di mana pesalah laku akan dibawa untuk dihakimi, kemudian akan dihukum atau dipenjara.
Dari mayor office ni ada pintu kecil yang menyambungkan ke main building tempat di mana mayor meeting dan sebagainya, Sebelahnya siap ada dapur official lagi.
Government office |
Ada patung tunjuk macam mana sesi mahkamah zaman tu |
Pintu kecil yang menyambungkan goverment office dan main building |
Inilah main building |
Kawasan dapur yang luas |
Kami keluar dari pintu main building |
Setelah habis pusing kawasan ni, TG bawa kami ke area rumah tradisional pula.
On the way tu dia ada tunjukkan monumen? yang dibuat untuk satu general ni yang banyak berjasa pada zaman dia.
8 comments
kay, entrance fee utk nagan ne berapa ya? bila baca jarak antara open film dgn nagan ne memang ambil masa rasanya mmg lebih jimat kot ambil city tour..nak lompat2 bas, terasa mcm buang masa dan kos pun rasanya lebih tinggi; tak begitu kay?
ReplyDeleteentrance fee nagan ni KRW2,000 zilla. saya rasa tak adalah beza banyak sangat, saya pernah kira mana lagi murah nnt kalu saya jumpa excel file tu saya letak kat blog ya.
Deletetang save masa tu saya setuju sangat, juga tak payah stress fikir nak amik bas mana or bila nak kena turun bas kan.
terima kasih banyak kay, mmg sgt2 membantu semua entry kay berkenaan korea ne....dgn won yang semakin tinggi nilainya, pening dah kepala nak memikirkannya huhuhu.la ne nak cari cara utk cut/maintain cost yang sediada huhuhu
Deletesama-sama Zilla, alhamdulillah la kalau dapat buat panduan :D harap-harap dalam masa 2, 3 bulan ni ringgit dapat naik balik, kalau tidak sakit jugalah nak berjalan kan.
DeleteTd survey duit dkt money changers.. mmg tensen.. yg x berapa nak naik aud dan nzd.
ReplyDeleteBtw kay.. saya suka semua tempat yg kay pegi ni. Film set saya suka sbb boleh verangan2.. folk village pun saya suka sbb boleh ralit belek satu2.
Yalah, sangat sendu tengok nilai ringgit sekarang. Harap-harap cepatlah pulih, seksa sangat nak berjalan kalau macam ni.
DeleteHehe suka ya? Next time ke Korea wajib terjah la ni. Saya pon kalau ada rezeki lebih nak datang lagi ke Suncheon dan pusing sendiri. Tak puas berjalan hari tu.
Itulah kan.
DeleteTp yg lg tension, kita kan biasa beli tix awal.. masa tu mana lahh nak tau pasal nilai matawang akan dtg.. bila da jd mcm ni x leh kata apa la.. terpaksa jgk la kan pegi tuka duit..
Spt biasa list tempat yg nak dikunjungi dlm korea ni sentiasalah bertambah kan hehehe.
Ada member ajak pegi paris hehehehe tp saya x tau kenapa xde perasaan nak ke paris. Chewah statement x leh blah. Tp betul. Perasaannya lebih nak ke korea atau jepun. Misteri sungguh.
Betul tu, nak tak nak terpaksa juga pergi sebab dah beli ticket kan. Saya pon dah start tukar duit sikit-sikit walaupun next trip akhir tahun nanti. Didi ada nak ke mana-mana ke ni? :D Ke manakah destinasi seterusnya?
DeleteSamalah kita orz Memang ada perasaan nak ke Europe ke US ke tapi asal tabung penuh je mesti usha ticket ke Korea/Japan. Ada cuti lebih sehari pon nak ke Korea/Japan. Saya siap ada itinerary ke Europe yang diperam sejak 3 thn lepas tau!