[TRAVELOG] Oct 2015 - Seoul : City Hall

14:30


Trip ke Seoul di akhir bulan October baru-baru ini.
Tiket saya "ter"beli 3 minggu sebelum departure hehe Memang tengah meroyan nak naik flight ke mana-mana, kebetulan pula Air Asia hantar reminder yang BIG points nak expired jadi adalah reason kuat nak beli tiket.
Asalnya saya nak ke Chiang Mai, tapi lepas tengok kena tambah duit sama banyak je nak ke Seoul, sah-sahlah saya pilih Seoul kan. (Kenapalah tiket Chiang Mai selalu mahal >.< Stress saya!)

Trip kali ni pendek, pergi lepas kerja hari Jumaat, balik KL petang Isnin.
Saya cuma jalan-jalan santai sahaja sambil layan autumn, tak ada itinerary bagai pon.
Masa saya pergi ni daun belum bertukar sepenuhnya. Cuaca pula sangat sejuk! Jangan tertipu dengan gambar cahaya matahari kat bawah ni, hari saya sampai suhu adalah 0 ok. Sejuk bangat!

Dari Incheon, saya naik AREX je ke Seoul, cepat dan murah. Selalunya dalam 1 jam macam tu saya dapat sampai Myeongdong. Lepas tumpang letak beg, sementara tunggu boleh masuk bilik, saya jalan-jalan dari Myeondong ke Deoksugung Wall.


Pokok belum bertukar warna lagi T_T

Bangunan futuristik ni adalah Seoul City Hall yang baru.
Bangunan warna coklat kat depan dia tu adalah City Hall yang lama.

Setiap kali lalu depan City Hall ni, saya mesti teringat kenangan first time saya ke Korea.
Masa tu saya belajar dekat Jepun lagi, memang student yang miskin tapi nak juga ke Korea jadi saya dan kawan-kawan naik feri dari Osaka ke Busan, dalam 14 jam jugalah perjalanan dia. Gigih sangat kan! Tiket masa tu murahlah, dalam RM90 sehala. Dari Busan ambil KTX ke Seoul dan tumpang tidur rumah kawan-kawan student dekat Korea.
Tempat first yang kami terjah masa tu adalah City Hall ni, sebab ada konsert free :D
Apa khabar agaknya kawan-kawan saya ni, lepas semua kahwin saya pon dah contact diorang.

Eh, dah jauh melalut pula saya.
Hari saya lalu kebetulan ada Chrysanthemum Exhibition depan City Hall. Ramai sangat orang sebab launching day agaknya. Ingatkan nak masuk tengok pameran tapi tak jadi sebab sesak dengan rombongan budak sekolahlah, Chinese tanah besar lah...


Cantik-cantik bunganya!

Ada siapa-siapa tau nama character bus ni?
Saya selalu nampak dekat Seoul.

Walaupon matahari memancar, masa ni sangat sejukkkk!
Kebetulan pula ada perarakan diraja.
Masa saya sampai ni dah nak habis, diorang just berdiri dan kita bebas masuk celah-celah untuk ambil gambar.

Lama jugalah dioang berdiri tegak macam ni

Tengah saya syok ambil gambar, tiba-tiba diorang bergerak!
Alamak! Tak sempat nak lari!

Bye bye oppa-oppa gagah!

Dari depan City Hall ni, mereka berarak ke arah Nandaemun pula.
Saya tak ikutlah sebab saya ada plan lain

Dari City Hall, saya turun ke underground (malas nak lintas jalan) dan naik semula ikut Exit 2 untuk ke Deoksugung Palace...


You Might Also Like

8 comments

  1. Korea ni tak perlu iti pun xpekan...sbb santai je dan tak perlu takut dengan transportation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Transportation memang mantap kan. Tapi, saya kalau nak ke luar Seoul, perlu ada itinerary saya rasa :D

      Delete
  2. Salam kenal sis..

    Seronoknye berjalan2 ke korea.. Teringin nk ke sane.. Tp angan2 je lah dlu..
    😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah LadyBird :D

      Tak apa, nanti angan2 jadi kenyataan InsyaAllah.

      Delete
  3. Kay x perlu preapare itie lagi kalau ke Seoul...utk beginer je itie tu sbb dh jadi kg Kay...same to me heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe saya sebenarnya tak pandai (juga selalu tak sempat) nak buat itinerary >.<

      Delete
  4. 14 jam naik feri? pergh pengalaman tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tido je 10 jam kak JM hehe! Tapi masa tu muda dan ramai-ramai, 14jam tu sekejap je!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~