[TRAVELOG] Jan 2015 - Seoul, Tokyo dan Saya : GO-TO-MALL & J-Party 2015 in Seoul

14:35


Sambungan dari sini.

Selepas termangu di Apgujeong Rodeo station, saya ambil keputusan untuk ke Express Bus Terminal dan ke underground shopping mall dia. Mall ni official name dia adalah Go-To-Mall.
Tempat ini antara tempat wajib lawat saya kalau ke Seoul.
(Er, sejujurnya bila saya kemas almari saya, baru perasan kebanyakan baju saya dibeli di sini.)

ACCESS
Nak ke sini, turun dekat Express Bus Terminal (Line 3, 7 dan 9).
Stesen sama kalau nak ke Banpo Bridge Rainbow Fountain Show tu.
Sampai stesen ni, kalau naik Line 3 cari Exit No. 8 or kalau nak lagi cepat cari arah ke Go-To-Mall, insyaAllah jumpa.
Dari Exit No. 8 ni akan naik ke atas dan jumpa stall2 jual baju, beg dan kasut. Tapi ini bukan Go-To-Mall lagi. Jalan sampai hujung, akan nampak tangga turun ke bawah.
Akan ada pintu masuk macam kat bawah ni:-

Belum sampai Go-To-Mall lagi dah banyak dugaan >.<

Sila tahan godaan dan jalan sampai hujung, akan ada tangga turun bawah macam ni
Turun tangga, akan nampak sign ini. Ini saya ambil gambar dari dalam. Tangga depan tu tangga yang saya turun.

Ini hanya suku dari Go-To-Mall ni

Teringin nak beli bantal korea satu


Ada jual beg juga

Hasil tangkapan di Go-To-Mall
Atas kiri - shawl 2 helai @ KRW5,000
Atas kanan - boyfriend shirt @ KRW10,000
Bawah kiri - cardigan @ KRW7,000, jumper @ KRW8,000
Bawah kanan - dress shirt @ KWR10,000


Go-To-Mall ni macam underground shopping kat bawah stesen Myeongdong tu tapi lagi luas, ada dalam 10 kali ganda kot. Ada jual baju, kasut, beg, barang rumah dan macam-macam lagi. Siap ada 2 foodcourt lagi. Saya selalunya peruntukkan dalam 3 jam kat sini kalau betul-betul nak membeli-belah.

Shopping di Nandaemun mungkin lagi murah sebab boleh tawar menawar, tapi saya juga suka ke sini sebab semua fixed price, berbumbung dan beraircond/berheater (ikut musim). Baju yang dijual juga banyak kena dengan taste saya.


Saya kat sini sekejap ja, just round separuh dan beli apa yang patut then naik Line 3 untuk balik ke Apgujeong station.
Kemudian naik bas 472 dan kembali ke Myeongdong.

Moon Village di tengah-tengah kondo mewah


Singgah J-Holic, kafe JaeJoong dulu sebab saya nak resit dengan tarikh birthday dia :D
Tahun ni saya memang aim pergi after lunch. Last year saya pergi pagi, sangat ramai orang dan beratur dekat 3 jam dalam sejuk!

Mint Choco Latte @ KRW4,800


Petang tu saya ke Jamsil Indoor Stadium untuk ke JaeJoong fan-meeting sempena birthday dia ke-30.
Mulanya saya ingat stadium ni kat Jamsil station, rupanya bukan.
Station yang betul adalah Sports Complex station.
Ini kali terakhir untuk jumpa JaeJoong sebelum dia ke tentera...

View dari seat saya 


You Might Also Like

21 comments

  1. matilah kalau kaki shopping ke situ... harus separuh dari Korea tu dihangkut balik... harga pun boleh tahan murah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh bangkrap kalau suka shopping, sbb tu saya slalu limit masa pada diri sendiri, kena siap shopping dlm sejam ke, 3 jam ke. kalu x, abesss...

      Delete
  2. saya pakai kamera Nikon yg besar gabak tu.. tak ingat jenis apa tapi sebenarnya cuaca dingin kat Sydney membantu juga untuk gambar jadi cantik... kalau terlalu panas susah juga nak setting...

    nak gi Ostolia better gi Sydney dulu baru gi tempat lain

    bisul pecah ke tak? tungguuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo pakai DSLR ke, patutla gambar mantap! Juga terima kasih untuk tips ke Aussie.

      Aik, baru perasan Najib reply kat sini. Saya pon br blk dr menerjah blog Najib ni.

      Delete
  3. Kay...sudah balik ye.....peminat Jaejoong rupa nya..pegi SOLO ke nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka koya jugak dia, best lah JM, ada geng..

      Delete
    2. Dah sebulan dah blk kak JM hehehe
      Aah, saya sangat suka JaeJoong, rasa nk meroyan mengenangkan dia nak ke army.
      Saya selalu solo je ke Korea, senang nk bergerak.

      Delete
  4. Go to mall lg best eh soping???
    Rugi... x tau plk psl soping area tu...
    Nmpk gaya mmg kena ripid lagi ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lg suka Go To Mall ni la, selesa nk shoping dan murah. Tapi kat sini jual brg pompuan je la, tshirt I love korea ke xde tau.

      Hehe mmg akan rasa nak repeat kalau ke Korea ni kan!

      Delete
  5. Haritu pas balik dari Rainbow Bridge, singgah Go To Mall ni juga. Memang sakan ah kawan2 memborong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan2 je ke yang memborong? Cik Bibie x memborongkah? ;D

      Delete
  6. hai.. salam kenal..
    saja nak tanya Dolce tu maksud apa..hehe..
    jemput lah singgah blog cokia ai..
    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Terima kasih dtg blog saya!
      Dolce tu maksud dia cantik ;)

      Delete
  7. Hai..
    Wahh seronoknya, BErani betol travel sorang-sorang. Nani boleh lah share tips-tips untuk travel sorang2 ye.. :)

    Btw nice writing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Takdelah berani mana pon, banyak jugak momen2 cuak dan menggelabah sebenarnya ;D Saya tak layak lagilah nak bagi tips ni hehe

      Delete
  8. Cafe jaejoong pun masih kekal duduk dlm senarai to go ni hehehe. Selalunya begitulah kan. Tempat nak pegi terlalu byk.. last2 kena redo buang itu ini.. tskk. Bkn buang lah kan. Kiv dulu. Barulah ada harapan dan sinar utk next trip bahahaaa. Haritu saya kena let go cafe jaejoong ni n layankan permintaan member utk pegi cafe Yesung. Sbb saya nak sgt2 pegi cafe mango6 the heirs. So x yah berebut n tamak2 sorang dapat 1 cafe. Hahaha sabo je la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, to go list asyik bertambah je kan. Masa dan duit je yang tak bertambah orz Yalah bila travel berpartner ni nak tak nak kenalah give and take kan.

      Delete
    2. A'ah. Gitu lah bila berpartner. Hmm eh excited pulak bila cerita pasal korea. Kat sekolah xde geng nak sembang psl korea.. huhu. Hanya yg pernah pegi je yg phm n excited . So terpaksa lah excited sorang2 dlm blog plus menempel2 blog kwn2 mcm ni. Hee

      Delete
    3. Saya memang xboleh berenti kalau borak pasal Korea. Kalau tiba-tiba rasa nak borak-borak pasal Korea jemputlah singgah sini lagi.

      Delete
  9. اسلام عليكم ورحمةالله وبركاته
    Minta opinion. If kena choose one, Coex or gotomall?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam!

      Depends on your budget and what you want to do actually.
      Coex banyak international brand cam Zara, GAP etc dan juga Korea's original SPA brands (Ziozia, WHO.A.U to name a few). Price range dalam 19,000KRW ke atas (unless ada sale). Juga ada akuarium & kalau suka KPop ada SM Atrium.
      gotomall plak banyak baju tak ada brand dan juga original brand dari designer yang baru nak start. Price range 5,000KRW to 30,000KRW camtu...

      So, tepuk dada tanya selera ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ Followers ~

~ Insta @ chelica32 ~